Bu..
adik cuma ingin bertanya je...
Rasanya ibu takkan mampu menjawabnya..
Ibu ingat 14 Feb tak?
Malam tu ibu ada temujanji
Ibu jumpa jejaka itu
Ibu kata dia cintakan ibu..
Benarkah Bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai Ibu
Dia kata cintanya hanya untuk Ibu...
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah Bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Macam dia kata...mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu bu,
Masa berlalu bu,
Hari ini selepas 9 bulan
Pohon yang ibu dan lelaki itu tanam membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir
Tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia pergi tidak azan/iqamat kan kami
Mengapa ibu pun benci kami
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian
Mengapa bu?
Tak terasakah sakit dan perit
Tak terasakah sakit dan perit
Tak berbaki kah kasih dan sayang
Tidak lagikah ibu bertuhan?
Benarkah bu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya jer bu....
Kenapa kami dibuang bu?salah kami ke bu?
Jawablah bu....
sob... sobbb.. :(
ReplyDeletedalam maksud nye...
ReplyDeletei love dis entry...touching sungguh rase nyer...menitis jugak air mata.. =)
ReplyDeletesiann kannnn tgk bayi dibuang mcmni:(
ReplyDeleteramai yang kahwin susah nak dapat anak.. kenapa dibuang bayi tu.. huuhuhu
ReplyDelete