Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan. 
 Aku terlanggar 
seorang asing semasa berjalan, 
 "Oh maafkan saya, saya tak perasan" 
 Katanya "Maafkan saya juga, 
 Saya tak nampak saudara" 
 Kami amat bersopan dan saling menghormati, 
Kami 
saling melambai sambil berlalu pergi, 
Tetapi di rumah lain 
pula ceritanya, 
 Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda, 
 Lewat petang, tika memasak makan malam,
 Anak lelaki 
kecilku berdiri di dapur secara diam-diam, 
 Bila berpaling aku 
hampir melanggarnya jatuh, 
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi 
main jauh-jauh" 
 Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan 
beku,
 Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, 
 Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
 Terdengar suara halus 
datang membisik, 
 "Bila bersama orang tak dikenali, 
 Begitu bersopan dan merendah diri, 
 Tetapi ahli keluarga tersayang, 
sering dimarah dan dicaci", 
 "Cubalah kau pergi lihat di lantai 
dapur, 
 Kan kau temui bunga-bungaan berterabur", 
"Itu 
adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, 
 Dia memetiknya sendiri, 
kuning, biru dan unggu", 
 "Dia berdiri senyap agar jadi kejutan 
buat kamu, 
 Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu", 
 Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, 
 Airmataku mencurah ibarat air di kali, 
 Senyap-senyap 
ku kebiliknya, dan melutut di katil, 
 "Bangunlah, anakku, bangunlah si 
kecil" 
 "Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak? 
 Dia 
tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak" 
 "Adik 
memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, 
 ibu tentu suka terutama yang 
unggu, 
 "Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
 Ibu tak 
harus menjerkah kamu, sebegini, > 
 Katanya,"Oh, ibu, itu tak 
mengapa, 
Saya tetap sayang ibu melebihi segala, 
 Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, 
 dan ibu suka bunga itu, terutama 
yang unggu, 
 FAMILY 
 Adakah kamu 
sedar, sekiranya kita mati hari ini, 
 syarikat tempat kita berkerja akan 
senang-senang mendapat pengganti, 
 dalam hanya beberapa hari? 
 Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, 
 akan merasa kehilangan 
kita sepanjang hayat. 
Dan sedarlah, sekiranya kita 
menghabiskan masa kita kepada kerja,
 Melebihi keluarga kita, adalah 
merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. 
 Bukankah begitu? 
Jadi apakah maksud yang tersirat?
 Tahukah anda makna 
"FAMILY"? 
 FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU 
 " HARGAILAH KELUARGA ANDA " 
 
 FIKIR2kan..selamat beramal :D
betul2 betul.... ikut nada upin dan ipin... ^_^ hargai sementara masih ada...kalau dah x do... x dapek den nak nolongnyo...
ReplyDeletebetul tu adik manis...
Deletegreat story
ReplyDeleteyup..
Deleteterharu..terus rasa nak balik keje skang jugak!!..huhuhuu..
ReplyDeletesame to me...
Deletenice entry.... betul tu.. family tu keutamaan kita..wlu camne pun , air dicincang takkan putus.. hormat menghormati & saling menghargai itu mmg perlu... ;)
ReplyDeletesgt setuju dgn deqla
Deleteterima kasih share citer penuh bermakna ni..KZ pun pernah melakukannya..spontenous..tengah bersilat kat dapur, anak datang minta buatkan milo memang kena jerkah..lepas ni kena control sikit perasaan tu.
ReplyDeletekita selalu lupa
DeleteTerus sedar lepas baca entry ni..
ReplyDeleteMQ pun kadang2 pelik dgr org luar bukan main polite la..
Dengan adik beradik sendiri mak MQ selalu cakap MQ ni mak tiri...
sekarang terbawa2 kat anak pulak..
Ya allah...
sama dengan SA..adik beradik panggil mak tiri..tp sekarang dah slow kot...
Deletealamak...tersentap hati den....
ReplyDelete