Monday, June 9, 2014

Relaxing Hair dan Penjagaan Rambut

Selain dari mementingkan penjagaan kulit wajah....aku juga mementingkan penjagaan rambut...2 bulan sekali aku akan buat Relaxing...sebagai secretary memang penampilan diri tu penting sebab selain dari kita menjaga bosses kita, kita membawa image company..takkan nak nampak buruk dan kusam kan...even x menggunakan make up yang heavy...penjagaan rambut amat penting..

 alamak rasa macam tembun sgt plak muka...

Selalunya aku pi buat rawatan rambut kat Dataran Senawang...salon yang aku suka dan aku ada highlight kat blog ni last time...masa rebonding..

So kat sini aku nak share tips2 penjagaan rambut...walau bertudung..kebersihan rmbut pun perlu di titik beratkan...

Cara Penjagaan Rambut yangg betul adalah :

1:Sikat rambut anda dengan sempurna sebelum membasahkannya dengan air. Dengan ini, aliran air yang bakal meresap ke dalam helaian rambut anda lebih sempurna dan rata.

2:Sebaiknya mandi dengan air pancur agar rambut dibasahkan dengan sempurna. Anda boleh menggunakan air yang panas atau sejuk. Namun sebaiknya, gunakan air panas (suam) terlebih dahulu, dengan ini kutikel rambut telah dibuka dan segala kekotoran misalnya minyak dan debu dapat dicuci dengan sempurna. Kemudian, bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kembali kutikel yang telah terbuka.

3:Jika anda menggunakan perapi setelah bersyampu, bilas rambut dengan air laju. Gunakan kesemua jari untuk memastikan perapi ini betul-betul habis disingkirkan dari setiap helaian rambut. Sebelum menyapukan syampu atau perapi, jangan lupa untuk menuangkan ke tapak tangan terlebih dahulu. Kemudian, gosok sempurna untuk mengeluarkan buihnya. Jangan sesekali menuangkan syampu atau perapi terus kepada rambut kerana tekstur syampu/perapi yang telalu pekat sukar dihilangkan dengan sempurna jika cucian tidak betul. Perlu diingatkan, syampu perlu disapu pada kulit kepala anda, bukannya pada penghujung rambut anda. Jika cucian tidak sempurna dan sisa syampu tidak dibersihkan dengan elok, rambut akan menjadi lemah dan bercabang.

4:Jangan mencampurkan penggunaan syampu daripada pelbagai jenama. Sebaik-baiknya, lakukanlah cucian syampu sebanyak dua kali. Tujuan untuk pertama kali ialah untuk menyingkirkan minyak dan debu. Manakala cucian yang kedua pula ialah untuk memastikan syampu yang telah disapu ke rambut ini dapat disingkirkan dengan sempurna. Sebelum mengulang cucian untuk kali kedua, pastikan anda menunggu selama beberapa minit agar khasiat syampu dapat diserap sempurna pada setiap helain rambut.

5:Untuk mengelakkan lebihan air pada rambut ,perahkannya dengan sempurna dengan lembut. Jangan lakukannya dengan kasar kerana rambut mudah rosak ketika ia masih basah. Jika ingin memakai perapi pula, sapukan sepanjang garisan rambut dan bungkus dengan shower cap dalam masa 10 minit. Kemudian, bilas dengan sempurna. Walaupun cara ini nampak rumit, tapi inilah cara cucian yang sempurna dan sebaiknya.

Tips from google

Semoga tips penjagaan rambut ini berguna untuk korang semua...

Sharing is caring....

13 comments:

  1. sebulan sekali pun belum tentu buat penjagaan kat salon kak...tapi bila dapat buat nie,mesti best kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mmg kena pi sebab akak x rajin nk buat sendiri...hihi

      Delete
  2. Memang awak perlu buat semua ni, sebab secretary kena always gorgeous :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Doc sbb as a PA /Secretary kena jaga semua agak nampak lebih presentable

      Delete
  3. dah lama tak buat treatment rambut..kalau buat pun, kat rumah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kat rumah pun x pe Fiza janji betul penjagaan. ..

      Delete
  4. betul tu kak...sebagai secretary, penampilan harus dijaga kerana ia secara tak langsung akan membawa imej bos..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Nice tips... X pernh buat rawatan kt salon...

    ReplyDelete
  6. INDEED!! as secretary macam kita ni grooming sentiasa kena jaga..
    nanti boss tengok pun tak berselera.. hahhaha

    ReplyDelete
  7. baru jer gunting rambut tapi terapi rambut macm nie dah lama tak buat.....

    ReplyDelete
  8. lama betul dah tak gi saloon. Proses relaxing ni lama gak kan? 3 jam ke?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......