A
Sememangnya tidak dinafikan, menu telur goreng adalah menu paling mudah dan disukai oleh anak-anak kecil serta keluarga. Tanpa telur goreng mereka seolah olah hilang selera makan dan akan tersenyum lebar bila ibu menyediakan telur goreng kesukaan mereka. Sebagai seorang ibu semestinya akan menyediakan telur goreng sempurna dan beraroma yang dimasak menggunakan Planta.
Bertempat di pusat membeli belah 1 Utama, telah berlangsungnya satu acara telur goreng. Ingat tak bahawa desas desus mengatakan seorang Jutawan telah menawarkan RM 1 juta untuk membeli hak cipta resipi telur goreng yang dikhabarkan telah memberi kejutan besar kepada kaum ibu. Sekumpulan ibu- ibu turut mengadakan protes bagi menghalang Jutawan tersebut meneruskan niat untuk membeli hakcipta resepi telur goreng ini, termasuklah saya sendiri yang berusaha menghalang jutawan tersebut. Pada acara ini, rahsia jutawan tersebut terbongkar. Didapati bahawa resipi telur yang hangat diperkatakan dan menjadi fenomena rebutan kaum ibu dan jutawan itu adalah resepi #telurgorengplanta.
Pada acara tersebut,pelakon dan Ibu kepada dua orang anak, Sharifah
Sofia juga turut serta dalam Demontrasi memasak telur goreng menggunakan Planta, beliau turut mengakui keenakan telur goreng yang dimasak menggunakan
Planta menjadi resepi kesukaan ramai. Beliau berkata telah mencubanya sebagai langkah untuk anak sulungnya Arianna
supaya makan nasi dan sandwich.
Untuk ‘mengumpan’ anaknya, Sharifah Sofia turut
menyediakan telur goreng Planta bersama hidangannya itu.
Chef Zaidah, salah seorang chef terkenal di Malaysia juga turut hadir. Banyak tips2 memasak telur goreng menggunakan Planta yang turut dikongsi oleh Chef Zaidah |
Resipi #telurgorengplanta Menjadi Pilihan Ibu- Ibu Di Malaysia
Pada hari itu,orang awam dan pihak media di beri peluang untuk merasa
dan meneka perbezaan telur yang digoreng dengan minyak masak dan Planta melalui
ujian rasa. Aku turut mengambil peluang membabitkan diri dalam ujian rasa
tersebut dan sememangnya deria rasa aku
untuk ujian itu adalah sangat kuat. Naluri seorang ibu yang selalu memasak
makanan kegemaran anak memang tidak boleh ditandingi dan aku sangat yakin dengan
pilihan aku.
Kaum bapa juga turut di temuramah oleh pengacara majlis untuk
berkongsi pendapat dan kebenaran tentang telur goreng. Eh…orang lelaki pun
pandai buat telur goreng tau especially bila time bujang2 dulu kan…
Naz selaku pengacara majlis mengumumkan
berita gembira melalui ujian rasa resipi ini dimenangi oleh Telur Goreng
Planta.
Planta, jenama marjerin terkemuka dan dipercayai oleh rakyat Malaysia
sejak turun temurun. Planta telah membuktikan bahawa telur goreng yang dimasak
menggunakan Planta mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Hanya dengan satu
sudu Planta boleh menghasilkan telur goreng yang lazat, beraroma serta tekstur
yang garing dan warnanya yang cukup menarik. Aku memang dari dulu masak telur
goreng menggunakan Planta untuk anak-anak, sampaikan mereka sendiri pun boleh
tau kalau aku masak telur goreng selain dari menggunakan Planta, mereka akan rasa lain macam
dan akan mintak aku masakkan telur goreng yang lain. Mereka boleh cam telur
goreng Planta hanya dari baunya sahaja. Hebat penangan telur goreng Planta ini.
Alhamdulillah, anak-anak gemarkannya.
Bak kata Joel Lim,Pengurus Jenama, Kategori Makanan, Unilever (M)
Holdings Sdn Bhd., “Semua orang boleh menggoreng telur. Telur goreng adalah
salah satu resipi yang paling mudah dan cepat untuk disediakan - jadi kenapa
memilih telur goreng yang berminyak, kurang garing tanpa keenakan yang
dikehendaki? Hanya dengan satu sudu Planta, keenakan telur goreng boleh diubah
dengan serta-merta apabila dimasak dengan marjerin Planta yang harum aromanya.
Planta bukan sahaja mempunyai rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur
garing beserta aroma yang menyelerakan. Hasilnya – telur goreng yang dimasak
tampil sempurna, tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh dengan kelazatan.”
Marjerin Planta boleh didapati di semua pasar raya di seluruh Negara
dengan harga runcit RM4.90 untuk 240gram dan RM8.40 untuk 480 gram. Yang
penting bagi semua harga yang dipaparkan adalah termasuk GST.
Maklumat lanjut anda boleh layari laman social facebook planta di ww.facebook.com/PlantaMalaysia atau saluran youtube Planta di www.youtube.com/resepiplanta. #telurgorengplanta
Sedikit mengenai Planta
Planta merupakan jenama margerin terkemuka di Malaysia. Planta adalah
satu daripada jenama Unilever (Malaysia)
Holdings Sdn Bhd, satu nama isirumah yang dipercayai di Malaysia untuk
menghasilkan pelbagai makanan seperti kek dan biskut serta sebagai sapuan dan memasak
selama lebih 80 tahun.
Buat masa ini, Unilever Malaysia mempunyai portfolio 13 jenama utama
yang merangkumi produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady’s Choice, Wall’s dan
Planta. Barangan penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear , Lifebuoy,
Fair & Lovely dan Rexona serta penjagaan isi rumah seperti Breeze.
Kebanyakkan jenama ini merupakan peneraju di dalam kategori masing-masing.
Planta,
dah try dah buat...sedap..tak payah nak tambah garam dah
ReplyDeletewahh telur goreng..feverettt hihihi
ReplyDeletemmg suka goreng telur pki butter tp xpernah try pki planta lg..hihi
ReplyDeleteBoleh try buat lepas ni. Mesti yummeh :D
ReplyDeletesuka pengacara dia.. naz tu..
ReplyDeleteEH!!! ahaahaha
CN pun suka naz ahmad, comel ! Hehe
Deletenanti nk try la goreng telur ngan planta
ReplyDeleteglamer kak suria..
ReplyDeletekene try ni, mesti anak2 suka
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeleteOh.. SA pun ada di sana ye.
ReplyDeleteAda dua-tiga blogger yg buat N3 tentang ini.
Pernah buat jugak. Memang sedap. Wangi semerbak aje rumah bila masak dengan planta :)
ReplyDeleteMmg feveret ank2 saya...nasi goreng planta + telur goreng planta.
ReplyDeleteSesekali buat kelainan mesti menjadik.. nak pulak anak2 jenis pemakan.. hehehe..
ReplyDeletemmg sedap kn
ReplyDeletemmg sdap..:)
ReplyDeleteNak try goreng telur guna planta pulaklah lepas ni
ReplyDeletememang sedap dan menu pantas.. :D
ReplyDeleteJom grg tlor guna planta
ReplyDeletei am egg lover ! hahaha~
ReplyDeletekebanyakan makan nk dgn telurrrr,, sampai mak risau jd sado...
tp jarang letak planta, takut lg cepat sado nyeee, so,biase kosong jer,sekali sekala...cmpuq lahhhh bahan2, hehe