Friday, May 22, 2015

Telur Goreng Yang Enak, Garing Dan Beraroma Semestinya Telur Goreng Planta

A
Anak anda sukakan telur goreng? Anda sangat bangga apabila anak anda memuji kehebatan anda menyediakan telur goreng? Telur yang dimasak sempurna, tekstur garing di tepi dan berwarna kuning keemasan. Anda pasti anda adalah chef terkemuka di rumah yang mampu menambat hati anak- anak dan keluarga anda bukan?

Sememangnya tidak dinafikan, menu telur goreng adalah menu paling mudah dan disukai oleh anak-anak kecil serta keluarga. Tanpa telur goreng mereka seolah olah hilang selera makan dan akan tersenyum lebar bila ibu menyediakan telur goreng kesukaan mereka. Sebagai seorang ibu semestinya akan menyediakan telur goreng sempurna dan beraroma yang dimasak menggunakan Planta.

Bertempat di pusat membeli belah 1 Utama, telah berlangsungnya satu acara telur goreng. Ingat tak bahawa desas desus mengatakan seorang Jutawan telah menawarkan RM 1 juta untuk membeli hak cipta resipi telur goreng yang dikhabarkan telah memberi kejutan besar kepada kaum ibu. Sekumpulan ibu- ibu turut mengadakan protes bagi menghalang Jutawan tersebut meneruskan niat untuk membeli hakcipta resepi telur goreng ini, termasuklah saya sendiri yang berusaha menghalang jutawan tersebut. Pada acara ini, rahsia jutawan tersebut terbongkar. Didapati bahawa resipi telur yang hangat diperkatakan dan menjadi fenomena rebutan kaum ibu dan jutawan itu adalah resepi #telurgorengplanta.


Pada acara tersebut,pelakon dan Ibu kepada dua orang anak, Sharifah Sofia juga turut serta dalam Demontrasi memasak telur goreng menggunakan Planta, beliau turut mengakui keenakan telur goreng yang dimasak menggunakan Planta  menjadi resepi kesukaan ramai. Beliau berkata telah mencubanya sebagai langkah untuk anak sulungnya Arianna supaya makan nasi dan sandwich. 
Untuk ‘mengumpan’ anaknya, Sharifah Sofia turut menyediakan telur goreng Planta bersama hidangannya itu.

Chef Zaidah, salah seorang chef terkenal di Malaysia juga turut hadir. Banyak tips2 memasak telur goreng menggunakan Planta yang turut dikongsi oleh Chef Zaidah
















Resipi #telurgorengplanta Menjadi Pilihan Ibu- Ibu Di Malaysia



Pada hari itu,orang awam dan pihak media di beri peluang untuk merasa dan meneka perbezaan telur yang digoreng dengan minyak masak dan Planta melalui ujian rasa. Aku turut mengambil peluang membabitkan diri dalam ujian rasa tersebut  dan sememangnya deria rasa aku untuk ujian itu adalah sangat kuat. Naluri seorang ibu yang selalu memasak makanan kegemaran anak memang tidak boleh ditandingi dan aku sangat yakin dengan pilihan aku.


Kaum bapa juga turut di temuramah oleh pengacara majlis untuk berkongsi pendapat dan kebenaran tentang telur goreng. Eh…orang lelaki pun pandai buat telur goreng tau especially bila time bujang2 dulu kan…


Naz selaku pengacara majlis mengumumkan berita gembira melalui ujian rasa resipi ini dimenangi oleh Telur Goreng Planta.


Planta, jenama marjerin terkemuka dan dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak turun temurun. Planta telah membuktikan bahawa telur goreng yang dimasak menggunakan Planta mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Hanya dengan satu sudu Planta boleh menghasilkan telur goreng yang lazat, beraroma serta tekstur yang garing dan warnanya yang cukup menarik. Aku memang dari dulu masak telur goreng menggunakan Planta untuk anak-anak, sampaikan mereka sendiri pun boleh tau kalau aku masak telur goreng selain dari menggunakan Planta, mereka akan rasa lain macam dan akan mintak aku masakkan telur goreng yang lain. Mereka boleh cam telur goreng Planta hanya dari baunya sahaja. Hebat penangan telur goreng Planta ini. Alhamdulillah, anak-anak gemarkannya.

Bak kata Joel Lim,Pengurus Jenama, Kategori Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd., “Semua orang boleh menggoreng telur. Telur goreng adalah salah satu resipi yang paling mudah dan cepat untuk disediakan - jadi kenapa memilih telur goreng yang berminyak, kurang garing tanpa keenakan yang dikehendaki? Hanya dengan satu sudu Planta, keenakan telur goreng boleh diubah dengan serta-merta apabila dimasak dengan marjerin Planta yang harum aromanya. Planta bukan sahaja mempunyai rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing beserta aroma yang menyelerakan. Hasilnya – telur goreng yang dimasak tampil sempurna, tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh dengan kelazatan.” 

Marjerin Planta boleh didapati di semua pasar raya di seluruh Negara dengan harga runcit RM4.90 untuk 240gram dan RM8.40 untuk 480 gram. Yang penting bagi semua harga yang dipaparkan adalah termasuk GST. 

Maklumat lanjut anda boleh layari laman social facebook planta di ww.facebook.com/PlantaMalaysia atau saluran youtube Planta di www.youtube.com/resepiplanta. #telurgorengplanta


Sedikit mengenai Planta

Planta merupakan jenama margerin terkemuka di Malaysia. Planta adalah satu daripada jenama Unilever          (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, satu nama isirumah yang dipercayai di Malaysia untuk menghasilkan pelbagai makanan seperti kek dan biskut serta sebagai sapuan dan memasak selama lebih 80 tahun.

Buat masa ini, Unilever Malaysia mempunyai portfolio 13 jenama utama yang merangkumi produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady’s Choice, Wall’s dan Planta. Barangan penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear , Lifebuoy, Fair & Lovely dan Rexona serta penjagaan isi rumah seperti Breeze. Kebanyakkan jenama ini merupakan peneraju di dalam kategori masing-masing.



Planta, 





20 comments:

  1. dah try dah buat...sedap..tak payah nak tambah garam dah

    ReplyDelete
  2. wahh telur goreng..feverettt hihihi

    ReplyDelete
  3. mmg suka goreng telur pki butter tp xpernah try pki planta lg..hihi

    ReplyDelete
  4. Boleh try buat lepas ni. Mesti yummeh :D

    ReplyDelete
  5. suka pengacara dia.. naz tu..

    EH!!! ahaahaha

    ReplyDelete
  6. nanti nk try la goreng telur ngan planta

    ReplyDelete
  7. kene try ni, mesti anak2 suka

    ReplyDelete
  8. Oh.. SA pun ada di sana ye.
    Ada dua-tiga blogger yg buat N3 tentang ini.

    ReplyDelete
  9. Pernah buat jugak. Memang sedap. Wangi semerbak aje rumah bila masak dengan planta :)

    ReplyDelete
  10. Mmg feveret ank2 saya...nasi goreng planta + telur goreng planta.

    ReplyDelete
  11. Sesekali buat kelainan mesti menjadik.. nak pulak anak2 jenis pemakan.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. Nak try goreng telur guna planta pulaklah lepas ni

    ReplyDelete
  13. memang sedap dan menu pantas.. :D

    ReplyDelete
  14. i am egg lover ! hahaha~
    kebanyakan makan nk dgn telurrrr,, sampai mak risau jd sado...
    tp jarang letak planta, takut lg cepat sado nyeee, so,biase kosong jer,sekali sekala...cmpuq lahhhh bahan2, hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......