Sunday, October 25, 2015

10 fakta Mr.Bean yang anda tidak tahu

ROWAN ATKINSON A.K.A MR BEAN




1. Watak Mr.Bean dicipta sendiri oleh pelakonnya, Rowan Atkinson, ketika sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University Oxford pada tahun 1979.

2. Atkinson kemudiannya mempersembahkan idea itu di hadapan sekumpulan penonton berbangsa Perancis pada tahun 1987. Tujuannya adalah untuk mengetahui jika lawak yang dipersembahkannya boleh difahami mereka.

3. Sebelum menggunakan nama Mr.Bean, Atkinson dan pihak penerbit memikirkan nama Mr.White sebagai nama karakter. Tetapi salah seorang krew mencadangkan agar nama sayuran digunakan, dan nama Mr. Cauliflower dipilih sebelum mereka akhirnya bersetuju menggunakan nama Mr.Bean.

4. Mr.Bean diterbitkan secara rasmi pada tahun 1990.

5. Tidak diketahui nama sebenar watak Mr.Bean, namun dalam beberapa episod pernah dipaparkan pasport Mr.Bean dengan nama Atkinson di hadapannya.

6. Mr Bean tinggal di Flat 2, 12 Arbour Road di utara London. Walaupun ia bukan alamat yang wujud di alam realiti, namun Arbor Road merupakan sebuah kawasan perumahan di Enfield, juga di utara London.

7. Episod siri Mr.Bean dengan rating paling tinggi ialah episod 'Merry Christmas, Mr.Bean'. Ia mencatat jumlah penonton lebih 19 juta pada tahun 1992.

8. Siri Mr.Bean ditayangkan di lebih 190 negara di seluruh dunia.

9. Jumlah kutipan dua buah filem Mr.Bean, Mr Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr.Bean's Holiday, mencecah AS$330 juta.

10. Laman Youtube rasmi Mr.Bean pula mencatat tontonon lebih 1.3 bilion, manakala jumlah likes di Facebook rasminya ialah 65 juta.
Sumber : 


SUMBER:
http://www.radiotimes.com/news/2015-02-15/mr-bean-25-facts-and-figures-for-his-25th-anniversary
http://mentalfloss.com/article/62455/15-things-you-might-not-know-about-mr-bean
http://www.myinterestingfacts.com/mr-bean-facts/


12 comments:

  1. thanks for sharing...baru sy thu..:)

    ReplyDelete
  2. mr.bean diterbitkan tahun kelahiran saya:)

    ReplyDelete
  3. kaknoor pun baru tau
    best tngok mr. bean terhibur

    ReplyDelete
  4. hahahha. sejak kecil sampai harini still layan lagi mr bean. sebab kelakar. walaupun tak faham. -_-

    ReplyDelete
  5. selalu jugak tgk mr bean dlu...tmasuk la mr bean yang version kartun...

    ReplyDelete
  6. ohh..rupanya Mr.bean bukan calang2 punya orang kan..

    ReplyDelete
  7. Rowan Atkinson ni kira memang educatedlah tapi saya tak tahu pun Mr Bean ni idea dia sendiri. Saya dulu memang suka tengok Mr Bean tapi sekarang ni tidak lagi. Tapi masih lagilah teman anak-anak tengok kartun Mr Bean :)

    ReplyDelete
  8. tengok cite mr bean ni tak penah jemu walau dah tengok berkali2 kadang2 tu tetap gak bole tergelak...

    ReplyDelete
  9. suka jugak tengok cerita mr bean ni walau kekadang tu macam lawak ntah ape² je kan

    ReplyDelete
  10. La ni turn anak2 pulak tengok kartun Mr. Bean.. sebab ai dah puas tengok.. hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah