Friday, February 26, 2016

Nana Nafi Jalin Cinta Dengan Pengurus Sendiri

Hi korang...

Makin lama makin cantik plak Siti Nordiana ni sejak jadi juara Gegar Vaganza tahun lepas kan...makin popular dan banyak gak aku baca yang sejak dia bergelar juara dia semakin sibuk memenuhi undangan.
Tak kurang jugak pelbagai gosip turut terpalit pada Siti Nordiana.

Nana tetap menafikan cerita berkenaan hubungan dia dengan seseorang..ala...diorang ni pun satu kan...bila Nana dah berjaya bukan main lagi banyak cerita tentang dia..bila dulu dia agak tenggelam dalam dunia nyanyian sorang pun tak peduli...kan?



KUALA LUMPUR: Juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana, 31, menafikan sekeras-kerasnya cerita kononnya dia kini menjalinkan hubungan dengan pengurus sendiri yang dikenali sebagai Anas.

Menganggap gosip berkenaan sebagai resam untuk anak seni dan sekadar andaian sesetengah pihak yang pantas menjatuhkan hukuman, penyanyi Cinta Hanya Sandaran yang mesra disapa Nana itu bagaimanapun tidak cepat melatah dengan cerita sebegitu.

Saat ini, katanya kepada BH Online, beliau selesa dengan status ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie, hasil perkongsian hidup dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup.

Nana dan Faizal berkahwin pada 2006 dan berpisah tiga tahun kemudian. Faizal yang kemudian berkahwin lain meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2011.

"Memang tiada sebarang hubungan cinta antara saya dan Anas. Mungkin orang tengok dia selalu ke hulu ke hilir bersama saya atas urusan kerja, jadi mereka pantas menganggap adanya hubungan istimewa antara kami.

"Anas sudah lama menjaga kerjaya seni saya, sejak berada di bawah bumbung syarikat FMC lagi. Malah, saya juga mempunyai seorang pembantu peribadi wanita," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nana akan merakamkan single baharu tidak lama lagi.

"Saya sudah pun menerima sebuah lagu berkonsep pop yang belum diberi judul, hasil ciptaan Omar K. Cuma, saya belum sempat merakamkannya lagi. Sehingga kini, jadual saya masih padat dengan pelbagai undangan persembahan.

"Selain itu, saya juga sibuk menguruskan perniagaan jubah Paling Comel dan tudung di bawah jenama NanaRayyan," kata Nana yang turut mencatat kemasyhuran hasil lagu duetnya bersama arwah Achik.

SUMBER

4 comments:

  1. asam garam retis kak..dulu sebelum menang GV xde pulak orang nak amek kesah..huhu..sabar je la.

    ReplyDelete
  2. Moga sampai jodoh Nana nanti insyaallah

    ReplyDelete
  3. Bila senyap takde sape nak amik tau, sekarang eemm..

    ReplyDelete
  4. semoga nana cepat bertemu jodoh yang terbaik dalam hidupnya..amiiin

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah