Sunday, July 31, 2016

Sarapan Rakyat Marhaen


Hi Korang...

Selamat berhujung minggu..sekejap je dah Ahad ha...x puas betul berehat...dan as usual tak dapat nak berehat langsung..nak kemas bilik pun x sempat..pepagi gigih masak untuk bawak bekal ke IJN..sambil masak sambil sempat bancuh tepung buat cekodok ikan bilis...hey..sempat buat sambal sardin..cekodok cicah sambal sardin adalah awesome....


Kena plak dengan semug nescafe o panas..

Nikmat apa yg perlu diperkatakan lagi,hidup sebagai rakyat marhaen kan...memang best..lagi best makan dengan housemate..si doc praktikal Hosp Sungai Buloh...yes aku serumah dengan Doctor, Dengan Engineer..coming soon ada sorang lagi nak masuk..chinese girl..nisha plak Kaur..takpe ke serumah dengan bukan muslim? Aku ok je asalkan dia tau batas2 kami yg beragama islam...rumah besar ni ada 4 bilik..lepas ni complete la rumah ni...

Thats all for now..
Doakan aku rajin lagi la...hahaha..giler pemalas 2 bulan ni..memang sikit jumlah entry aku...

Saturday, July 30, 2016

Special Treat For Dania After Trial UPSR

Hi korang...dah 2 minggu tak jumpa buah hati aku yang sorang ni...satu2nya harta dunia akhirat...rindu tak tertanggung..baru dapat jumpa hari ni...itupun mama jumpa kat IJN je..ntah bila dapat spend time berdua dengan dia..dia oun sibuk dengan UPSR...baru UPSR je pun..esok2 dah masuk U x tau la macam mana sibuknya dia kan...ye aku akui aku tak puas besarkan dia..sekejap je masa berlalu...
So nak dijadikan citer..aku layan la dia makan best skit saje nak treat dia sebab baru lepas exam..sib baik ada Gloria Jeans kat IJN ni..malas citer banyak..moh la tgok gambar...


Latte for mama..cuppucino ais for Dania


Order Lamb Chop dapat Lamb Rack...belasah aje la Dania..janji sodap
RM23.30


Tak pandai guna garfu dan pisau..kena prektis lagi ni...

Sekejap je dpt luang masa ngan dia..kami borak2 santai je...citer pasal exam dia..citer pasal rumah Seremban yg dh lama aku tinggalkan..ntah biler dpt balik..rindu plak kat rumah tu...so..next week dah janji ngan dia..dia nak ikut aku balik umah sewa..boleh je..lagipun mak tehnya ada wedding kat Shah Alam..so memang dia kena tinggal ngan aku sampai Ahad...harap dapat spend time ngan dia nanti..

Friday, July 29, 2016

Jus Primadona Sufee Snow Minuman Para Isteri Yang 1st Class

Assalammualaikumm...

Hi korang...sekarang ni supplement tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan kan...banyak sangat dan yang terbaru yang aku review ni...Primadona nama di beri....kalau nak cantik macam primadona korang kena consume supplement ni...first time aku cuba dah rasa jatuh hati sangat sebab ianya merupakan jus campuran minuman botani Kurma & Pueraria Lobata yang kaya dengan khasiat..ehem..sapa tak nak anjal...sapa tak nak payudara nampak sihat macam anak dara kan?

Psstt...jangan x tau...Primadona ni merupakan Minuman Isteri 1st Class

Kenapa aku kata first class?
Sebab pelbagai khasiat dalam kandungan jus Primadona ni yang mampu memberi manfaat kepada wanita...tak percaya? kena la consume...

Jom kita tengok apa keistimewaan Primadona...yang penting produk ini Produk 100% keluaran BUMIPUTERA/ISLAM dan di jamin halal..jangan ragu- ragu..jangan sangsi- sangsi ye.. produk sufee snow tidak terdapat di kedai kerana bimbang produk tiruan terhasil, so korang boleh membuat order terus dari Hq Sufee Snow atau Stokis Sah Sufee Snow sahaja...



KHASIAT PRIMADONA

  1. Mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang telah mengendur
  2. Memantapkan lagi bemtuk menjadikan ia lebih padat
  3. Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut
  4. menegangkan dan menstabilkan kedudukkan payudara
  5. Menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah yang ketara
  6. Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara
  7. Mengekalkan kecantikkan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi, sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih tegang
  8. Sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari
  9. Melawan kanser payudara
  10. menganjalkan kulit yang melendut
  11. menggalakkan pertambahan kandungan susu

RAHIM DAN VAGINA

  1. Mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal
  2. Merawat keputihan dan masalah haid tidak teratur
  3. melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan
  4. menghalang jangkitan pada vagina dan pundi ( bladder)
  5. Menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi
  6. Merangsang tenaga batin
  7. membantu mengembalikan fungsi hormon esterogen, juga mengandungi kalsium dan juga magnesium yang berperanan dalam kesuburan ( meningkatkan peluang kehamilan)
  8. Mengatasi masalah senggugut
  9. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin
  10. membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan
  11. menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj
  12. menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami, keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya
  13. Sesuai kepada mereka yang belum berkahwin


KULIT DAN TUBUH BADAN

  1. Mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara).
  2. Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’
  3. Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.
  4. Mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan
  5. Mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata

KESIHATAN

  1. Menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
  2. Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
  3. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah menopos dan osteophorosis
  4. Mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi
  5. Mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea, rabun jauh dan lain-lain
  6. Menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh
  7. Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
  8. Mengatasi masalah sukar tidur
  9. Membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati
  10. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis Menstabilkan Paras Kolestrol
  11. Memulihkan sel-sel urat besar.
  12. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  13. Membersih dan menambah darah.
  14. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
  15. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
  16. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
  17. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

TESTIMONIAL SUFEE SNOW PRIMADONA













2 botol dah dapat kesan hebat!!!Korang jangan tunggu lagi...moh cepat beli...dan semestinya pastikan yang original..sebab tu produk ni takde di pasaran kedai2 jamu seluruh Malaysia ye...hanya di jual di website official sahaja...korang kalau berminat dan inginkan makeover yang menakjubkan...bolehlah layari media sosial Sufee Snow Primadona di bawah...Harga pun aku yakin sangat mampu milik kan...yang penting jus ni selamat dan mempunyai pengiktirafan dari KKM


Cara pengambilan :

2 sudu - sebelum sarapan pagi
2 sudu - sebelum tidur malam
( sila gunakan sudu plastik)


Harga : RM55.00 ( Semenanjung)
RM 65.00 ( Sabah Sarawak)
$35.00 ( Singapore/Brunei)


Maklumat lanjut korang boleh hubungi media sosial SUFEE SNOW PRIMADONA





Hotline    : +6014-8386206


Thursday, July 28, 2016

10 Tanda Utama Serangan Difteria

Pastikan Anak Anda Dibawa Ke Klinik Dengan Segera!


wabak-difteria-diphtheria-Tengah heboh diperkatakan tentang Difteria di negara kita kan? Kami kongsikan serba sedikit fakta yang ibu-ibu wajib tahu tentang Difteria.

Difteria berpunca dari serangan sejenis bakteria. Ia biasanya tersebar melalui selsema dan batuk si pembawa. Lebih bahaya, pembawa biasanya tak mempunyai apa-apa simptom.

Serangan Difteria akan bermula pada salur pernafasan terutamanya hidung dan tekak. Pesakit yang dijangkiti akan menghasilkan sejenis toksin yang kemudiannya akan menyebabkan kegagalan fungsi organ lain termasuk hati, jantung, malah otak!

3 faktor risiko yang menyebabkan jangkitan Difteria adalah tahap kebersihan yang kurang memuaskan, tempat yang sesak dan tidak mengambil imunisasi yang lengkap.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah dijangkiti khasnya anak-anak yang dihantar ke pengasuh atau taska.

Simptom Difteria biasanya dapat dilihat dalam tempoh 1-7 hari selepas dijangkiti. Pastikan anak anda segera dibawa ke klinik jika mempunyai salah satu tanda-tanda ini:

    Demam
    Sakit tekak
    Sukar menelan makanan
    Batuk
    Air liur meleleh
    Kulit pucat dan kebiruan
    Hidung berdarah
    Selsema
    Sesak nafas
    Ruam kulit

Difteria boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin. Malangnya, vaksin tersebut luput selepas 10tahun. Jika keluarga anda dijangkiti Difteria, anda juga patut mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan dos tambahan.

Jika anak anda tidak mengambil imunisasi ketika usia 2, 3 dan 5 bulan, sebaiknya elakkan membawa mereka ke tempat-tempat awam.

Mereka mungkin dijangkiti

Wednesday, July 27, 2016

WW> Kalau Gaduh Pun Jgn Bahayakan diri


Haa...meh nak kabo kan kat adik2 kat luar tu...kot ye pun gaduh jangan nak nyeksa diri...jangan ikut macam dlm gambar tu...bahaya..haih...pasal apa la gaduh sampai lagu tu...sorang kat hulu...sorang kat hilir. Lalu lori....selamat dua2 bawah lori...
Nauzubillahhiminzalik...

Jangan buat tau...kalau naik keta takpe...naik lori ke basikal ke...bahaya..nak gaduh boleh..tapi jangan sampai nyawa tergadai..

Ingat tau...namo..namo..namo...

Monday, July 25, 2016

RANIAKU: KISAH DUGAAN DAN CINTA ABADI

Sebuah Pelancaran Muzik Video SAFI & Aizat Amdan,Bersama Kelahiran Baharu Teknologi DUO EMAS 24K


Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat di dalam kasih, terselit di dalam rindu, tersimpan di dalam hati.  Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya. 

Berkongsi perasaan indah antara dua jiwa, SAFI jenama Halal no.1 Malaysia berbangga untuk melancarkan Muzik Video Raniaku, dengan kerjasama penyanyi terkenal Aizat Amdan dan pengarah muzik video En Nan Salleh. Menurut Ketua Eksekutif WIPRO UNZA, En. Sriram Krishnamurthy,   “Penghasilan Muzik Video Raniaku merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah itu diperkenalkan. Kami ingin meyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup.”

Menjadikan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama di dalam muzik video ini, beliau membawa watak sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH, sebuah masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya serta tugas sebagai seorang isteri. Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman- lakonan Remy Ishak. Setelah didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi walaupun perkara ini pahit di telan Azman. Dengan usaha untuk mengembalikan isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan ini. Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata. Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat.         









Kata- kata aluan dari Ketua Eksekutif WIPRO UNZA, En. Sriram Krishnamurthy


penerangan dari Konsultan SAFI Pn Mahsuri Sulaiman



Aku ingat Remy Ishak x datang...eh...ada rupanya


sweet sangat tau....


Tak sempat bergambar dengan Nora Danish & Remy Ishak, bergambar dengan poster pun cukup la..




Penggambaran muzik video yang berlaku di Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan Direktor, En Nan Salleh, diiringi oleh lagu Raniaku nyanyian Aizat Amdan bersama produser muzik, En Anas Amdan. Setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Penyanyi juga penulis lirik Raniaku, Aizat Amdan turut menyelitkan tentang jerih perih yang dihadapi akan mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam. 

Menurut Konsultan SAFI Pn Mahsuri Sulaiman, “Aizat Amdan merupakan pilihan SAFI yang tepat untuk berkolaborasi dalam projek Muzik Video Raniaku. Garapan lirik yang baik serta kreativiti Aizat menzahirkan mesej SAFI dalam bentuk gubahan lagu ini menjadikan ia sesuatu yang unik. Setiap baris yang terungkap penuh dengan makna yang tersirat.”

Bersempena pelancaran Muzik Video Raniaku, SAFI turut memperkenalkan produk baharu SAFI Rania Gold diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K. “Kali ini, SAFI turut melancarkan 3 produk baru dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu 

1) Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold, 100ml
2) Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold, 20ml
3) Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold

Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.” Jelas Pn Mahsuri.
Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk terbaru dari SAFI. “Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan berkurangan menjadikan kulit kering, kasar, dan hilang keanjalan. Alhamdulillah, Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan menyediakan kulit Nora untuk menyerap produk seterusnya. Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold pula Nora gunakan untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan formulasi DUO EMAS 24K Nora tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. Ketika cuaca panas di set penggambaran atau berjalan-jalan di luar, Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold sentiasa Nora bawa bersama. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga bertindak untuk mengekalkan solekan Nora!” 

Produk SAFI Rania Gold ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Friday, July 22, 2016

Happy Birthday ALTHEA KOREA.. #ALTHEATURNS1

#ALTHEATURNS1 BIRTHDAY CELEBRATIONS BLOG SHOUT OUT...

Wanita dan kecantikkan memang tak boleh dipisahkan..Teruja dengan barangan yang sememangnya ditunggu- tunggu sebab rakan blogger yang lain dah terima barangan Althea mereka. Setiap hari ternampak rakan- rakan blogger happy apabila update birthday kit yang mereka terima. Status demi status lalu di timeline FB dan Instagram..terus perasaan tak sabar membuak- buak melanda aku...Eh..kenapa barang  aku tak sampai lagi...see keterujaan melanda seorang Suria Amanda. Bila dah sampai jer product kat tangan....haaa...bermula la saat- saat tidak sabar...cepat- cepat update di Instagram dan FB...

Hey... #ALTHEATURNS1!!!!
Happy Birthday Althea... You really made my day la.. Limited Edition Birthday Beauty Box yang sangat special dan of course its in pinkkkk!!!!!fell in love and kalau korang nak tau..bukan aku je yang teruja..kawan-kawan opis pun teruja sangat sampai ada yg volunteer nak amikkan gambar untuk aku..semua gambar di bawah tu kawan opis yang tolobg snapkan..tenkiu Nani!!!


Sampai office tengok kotak pink ni atas meja..terus melompat suka..ciss over!!


Kotak ni kena simpan sebab cantik sangat


Kosmetik yang menjadi pilihan hati


Selfie skit..


Me with the Limited Edition Birthday Box and choices of my new cosmetics..lovely!!!


Haih..dh kenapa teruja sgt ni


Skinny Brush Big Marker Liner
RM 28 each


Shadow 4 Eyes
RM 34..jarang beli eyeshadow so grab je yang ni..pilihan warna yg ceria adalah a must...


Pink Rumour Dangerous Matte Lip Colour
RM64..
Cubaan berani dengan warna yg terang...

Best kan?korang pun boleh shopping di Althea..banyak barangan yang menarik hati korang...gerenti punya...


Althea merupakan website yang menjual barangan kecantikkan dari KOREA. 100% ASLI dan menawarkan harga yang sangat BERPATUTAN.. Bersempena dengan Ulangtahun Hari Jadi Althea yang pertama, Althea ingin memberi hadiah kepada korang semua.. Nak tahu, meh baca sini ...

Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016

Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.

Free Goodies for first 1,500 shoppers
Full size beauty products. While stocks last. 

Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
Rebate will be credited into your account. 

What are you waiting for??
Sign up my.althea.kr


Minyak Herba Penawar Asma Mujarab Sesuai Kegunaan Keluarga

Assalammualaikum...

Hi korang...
Sekarang ni musim hujan kan...bila hujan setiap hari  dari petang bawa ke malam, suasana malam tu memang la sejuk..untuk penghidap asthma memang masa- masa ni merbahaya. Asthma selalu menyerang. Kalau kita yang dewasa ni mungkin boleh tahan sampai ke pagi kalau malas nak ke klinik atau hospital kan. Kesian pada anak- anak kecil bila asthma menyerang..nak tarik nafas rasa sempit je dada kan..Ada antara kita boleh jer start kereta malam- malam terus ke klinik /hospital. Silap haribulan terus check in. Sekarang tak perlu risau lagi dah..dah ada penawar untuk melegakan sementara Asthma atau pun batuk yang menyerang. Sapu jer Minyak Herba Asthma Mujarab ni...insyaallah akan beransur kurang dan anak korang boleh tidur dengan selesa...kena gunakan selalu dan berterusan bukan sekali sapu je...Aku sendiri sedang dilanda batuk..sememangnya tak selesa waktu malam..sebelum tidur sapu kat dada dan sapu gak kat sendi2..alhamdulillah kurang diserang batuk...selesa nak tidur. Tak salah kalau kita ikhtiar kan..

Minyak Herba Asma Mujarab ini bukan hanya untuk penyakit Asthma, Lelah atau batuk ye..untuk kegunaan luar seperti terkena gigitan binatang, sakit perut, kembung perut, Sakit gigi, tergeliat atau terseliuh serta lain- lain lagi.Tetapi sekiranya sakit berlarutan hendaklah segera berjumpa doktor.


Penawar Anak- Anak Semput, Lelah, Asthma Dan Batuk Sehingga Muntah- Muntah


Minyak Akar Kayu ini adalah dijamin HALAL dan Selamat kerana di proses secara tradisional oleh seorang pakcik di kampung yang sentiasa mengamalkan perubatan tradisional Asli. Beliau tidak memproses minyak ini di kilang serta bukan di proses di bawah syarikat SDN BHD. Beliau hanya menggunakan herba asli daripada ramuan rahsia turun temurun. Disebabkan itu korang digalakkan untuk membeli minyak ini direct dari Pakcik itu sendiri.




Setiap botol produk yang Original mempunyai Hologram, QR Code & Nombor siri

Berhati- Hati Dengan Minyak Herba Tiruan

Zaman sekarang ramai yang mengambil jalan mudah dengan menciplak atau dalam ayat paling senang adalah meniru sesuatu produk untuk mengaut keuntungan dengan cara yang senang. Oleh itu korang dinasihatkan untuk berhati- hati. Minyak ni pun ada yang ditiru. Untuk mengesan ketulinan minyak ini jom kita tengok perbezaan pada gambar di bawah.


Korang boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website kami.

Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang Original baru beli.



Produk Tiruan adalah seperti berikut: 

👉Bau produk tiruan seperti asap rokok dan tak berangin

.

👉Pengiklan akan membuat taktik jahat...mengiklankan produk original tapi produk tiruan akan di berikan pada customer

.

👉Harga jualan adalah sama bagi mengaburi mata pelanggan

.


Cara-cara Mengenal Produk Original Herba Asma Mujarab




Testimoni Minyak Herba Asma Mujarab


Berikut merupakan testimonial mereka yang berpuas hati dengan kehebatan Minyak Herba Asma Mujarab ini..korang tunggu apa lagi...jom la cuba..







Harga sebotol RM39 sebotol. Hanya tambah RM10 untuk penghantaran.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan

Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner)

HQ  En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)



Tuesday, July 19, 2016

Teringin Rendang Itik Air Tangan Mak...


RENDANG ITIK RAYA 2014

Belek- belek gambar lama...terjumpa gambar rendang Itik ni....ya allah sedapnya...teringin sangat..tapi nak yang mak masak.....boleh?


Memang tak dapat la...

Mak tak sekuat dulu...kalau nak makan kena masak sendiri...mak kena pantau dan kena la aku ikut arahan demi arahan...

Tak sabarnya nak tunggu mak keluar wad macam biasa....abah pun dah lama sangat kat hospital..semua pekerja pun dah kenal abah dah...selok belok IJN pun abah dah hafal....maklumlah dah sebulan lebih kat hospital kan...

Kalau allah izinkan...raya haji tahun ni nak buat Rendang Itik la...Itik lagi sedap dari ayam tau...

Sapa makan itik?

Meh komen skit....

Raya 2016 Yang Sederhana Dan Penuh Keinsafan..

Rata- rata yang update suasana raya diorang semuanya penuh kemeriahan, kegembiraan berbanding dengan kami sekeluarga...sememangnya tiada langsung persediaan beraya yang istimewa seperti tahun- tahun lepas..sambutan tahun ini penuh keinsafan apabila kami di duga dengan kesihatan Mak kami yang sangat membimbangkan...Mak mengalami komplikasi selepas pembedahan pintasan jantung nya...paru-paru mak berair dan membuatkan pernafasan mak tidak sempurna..kami redha apabila kami terpaksa beraya di hospital, kami redha apabila keindahan malam raya kami sunyi sepi tanpa alunan takbir raya dari Abah..sedih memang sedih...airmata kami seolah-olah sungai yang mengalir deras...juadah raya kami yang simple tetap kami sediakan...dibawa ke hospital dan dinikmati bersama satu keluarga...

Jangan salah faham...entry ni bukan mengundang simpati...aku abadikan di blog ni hanya sekadar kenangan..supaya kami sentiasa ingat kepayahan dan semangat kami di saat ini hanya inginkan mak sihat seperti sediakala. Sepertimana mak sihat sebelum pembedahan sampailah selepas pembedahan kami nak mak sihat seperti biasa...mak sekarang makin pulih walau terpaksa melalui proses pemulihan yang panjang...alhamdulillah...kesihatan mak semakin baik...

Jom tengok sedikit gambar kenangan di hospital, cuma x cukup kami 5 beradik..Lisa satu family lambat sampai...sebenarnya ramai yang tak beraya macam kami..bukan kami sekeluarga je...ada ramai lagi keluarga yang tak beraya...lagi hebat satu keluarga ni dari Banting...Mak dan Ayah diorang sama- sama buat Bypass...bayangkan nak jaga kedua ibu bapa diorang operation...masuk ward yang sama...tapi katil lain- lain....semua ini sememangnya menginsafkan....


Semua sebuah keluarga


Family aku yang tak complete


Family Angah adik lelaki aku


Family Ateh


Family Dikno


ini je gambar raya kami...

Walau tiada sambutan yang maha hebat...tetap meriah walau sederhana...terima kasih diatas kunjungan saudara mara di pagi raya...merasa la kami makan rendang dan lemang...alhamdulillah terubat sedikit rasa yang kurang...sepanjang syawal aku tak kemana pun...ulang alik hospital tengok mak..sampai la sekarang...aku tak berpeluang nak pi beraya atau rumah terbuka...pada aku yang penting hanya mak dan abah yang dah sebulan lebih kat hospital...diorang aku dahulukan...kalau nak fikir raya...bila- bila pun boleh raya kan...Apa yang aku harapkan adalah keajaiban...semoga allah makbulkan doa kami dan doa semua secara tidak langsung...hanya allah yang dapat membalasnya....terima kasih kepada yang sudi menitipkan doa buat Mak....