Hi korang.....
Dalam kehidupan sebelum soal kewangan
sememangnya akan berlegar- legar di fikiran kita. Walaupun begitu masih ramai
lagi yang gagal dalam aspek pengurusan kewangan.Disini aku ingin kongsi sedikit
panduan agar korang lebih faham akan kepentingan untuk mengutamakan keperluan
berbanding kehendak agar hidup korang tidak terjejas dengan soal kewangan di
zaman kos sara hidup semakin tinggi sekarang ini.
PENDAPATAN TETAP DAN TAMBAHAN
Zaman sekarang ramai isteri yang di lihat
keluar bekerja demi membantu suami meringankan beban kewangan keluarga. Tidak
dinafikan harga barang pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Selain
kos hidup yang semakin meningkat, suami juga perlu memikirkan tentang
pendapatan tambahan untuk menyara kos sara hidup yang semakin meningkat dewasa
ini.Mungkin pendapatan tambahan boleh di perolehi dengan menjadi dropship atau
berniaga melalui talian.
AGIHAN DUIT PENDAPATAN
Sekiranya kita sudah menerima duit gaji
dari pendapatan tetap, benda pertama harus dilakukan adalah sila agihkan duit
tersebut untuk bayaran- bayaran tertentu dengan kadar segera. Jangan sesekali
gunakan duit selagi kita belum memperuntukkan bayaran seperti ansuran rumah,
bil utility, ansuran kereta dan sebagainya supaya kita tidak terbeban untuk membayar di kemudian hari.
BERJIMAT DALAM BERBELANJA
Untuk berjimat dalam berbelanja, elok
sekiranya korang merancang dalam soal pembelian barangan baik keperluan
dapur di pasar mahupun di pasaraya.
Korang boleh jimatkan perbelanjaan dengan menyenaraikan terlebih dahulu senarai barangan yang perlu
di beli.Dengan cara ini korang dapat mengatasi masalah terlebih
berbelanja.Tambahan pula dengan adanya senarai barangan yang ingin dibeli dapat
menyekat dan mengurangkan nafsu kita dari memberi barangan yang tidak perlu.
Selain itu kita dapat melakukan perbandingan harga di beberapa buah pasaraya,
walau ada perbezaan RM1 atau RM2 bagi setiap barang, ia sudah cukup untuk
memberikan banyak penjimatan. Jika terdapat penjimatan lebihan wang kita tadi
boleh di simpan.
MENABUNG
Simpanan seperti pelaburan emas mahupun
hartanah sememangnya memberikan pulangan yang lumayan tetapi korang juga perlu
ingat tak semua orang boleh membuat pelaburan sebegitu.Oleh itu cara paling
mudah adalah menabung dengan skala kecil sama ada RM100, RM200 sebulan memadai
bergantung pendapatan sesebuah keluarga. Amalan menabung sedikit sebanyak dapat
membantu kita sekiranya berlaku sesuatu kecemasan di kemudian hari.
Ini la cara aku menabung selain simpanan di ASB, aku menabung duit syiling...cukup RM200 tukar kat kedai makan kat food court..aku sendiri bawak bekal pi kerja...so agak jimat la...tak dinafikan semua ni perlukan semangat yang gigih..Aku plak bukan jenis yang boros..sesetengah kawan- kawan aku..dapat gaji je..belanja macam dah takde hari esok dah...tak boleh ye...zaman serba mahal sekarang..perlu ada simpanan untuk tujuan kecemasan...kadang- kadang kita tak jangka bila masalah atau musibah datang bertandang kan....
Apapun...bagaimana cara kita atasi peningkatan kos sara hidup semuanya bermula dari rumah...selagi takde kesedaran...selagi tu kita tak capai matlamat kita...semoga kita semua dipermudahkan segala urusan...
Saya tak pernah berjaya menabung secara tabungan macam sis nie..
ReplyDeleteYang berjaya simpanan luar (ASB) tu je.. Agihan tu memang selalu buat bila dapat gaji.. Sekarang nie tengah latih diri supaya berbelanja dengan jimat.. Part nie yang susah terutama sekali bila nampak makanan dan novel..
Setakat ni yang tabung pon Lya guna jugak utk duit syiling..Yang bulanan terus simpan kat tabung haji siap2 bila dapat gaji.m
ReplyDeletetips yg bagus..bleh jadi rujukan pd masa akn dtg..^
ReplyDeletetabung siap kira tuh, bagus SA. Kita main sumbat je. Pantang jumpa duit syling terus masuk tabung
ReplyDeletesama ler dgn aida, SA.
Deleteada tabung tapi takde mesin kira kat penutup nyer.
menabung juga cenggini..tp kene sorok. Kalau ank nmpak mula la dia keluarkan semua
ReplyDeleteMenabung juga. Lately ni bolehla sikit2. Duduk kat kg, so kos hidup rendah sikit. Bila ada kecemasan, tabungan tu dululah yg digunakan. Lepas ni nak cuba didik.bawa bekal every day...susah nau nk laksanakan...
ReplyDeleteNice tip kak SA...
ReplyDeletezaman sekarang kena pndai2 berbelanja...
Biar la org kata kedekut pun bab2 duit..janji bila kita ada apa2 duit tu ada kan
Nice sharing akak.. suka la tabung akak..comei jer..baru semangat nak saving ada tabung comei cmtu
ReplyDeletebab nak beli brg memang bolh jimat , tp kalau bawa anak2 , anak minta macam2 lemahhhh mak ..tk dpt nolak ..
ReplyDeleteAlhamdulillah...betul tu kos sara hidup semakin meningkat. Akak pun pantang jumpa syiling terus sumbat dalam tabung. Bila penuh terus sumbat dalam ATM syiling masuk dlm acc. Guna bila ada kecemasan aje.
ReplyDeleteiols pun duk menabung gak ni..syiling je mampu
ReplyDeletealhamdulilah tiap 2x setahun pi bank simpan..
senanglah tabung tu..xyah dah kira bape duit dlm tabung
ReplyDeletetp leh percaya ke?hahaha
dulu masa belajar kita suka kumpul syiling..tp sekarang takde masa dh nk kumpul..asyik mengorek je..hahaha
ReplyDeleteMasa zaman mengandung selalu masak pepagi buta tu utk husband bawak bekal ke tempat kerja.. Bila dah makin sarat dah tak mampu dah nak bangun awal masak.. Huhu.. Ni tgh berpantang lagilah, tak dibenarkan buat apa pon.. Tunggu habis pantang ni In Shaa Allah nak start balik masak bekalan suami..
ReplyDeletemenabung memang menabung.. tapi biasanya belum cukup bulan dah korek balik tabung tu.. huhuhuhu
ReplyDeletetips yg bagus sbb sha dapat gaji je dh fikir nak beli skincare la mkeup la huhu
ReplyDelete