Tuesday, November 29, 2016

Minyak Yu Yee Cap Limau Penawar Masalah Kembung Perut Bayi

Bercerita tentang minyak Yu Yee Cap Limau pasti terbayang baby yang dah mandi sapukan minyak ni...lepas tu wangi je...kejap-kejap nak cium kan?Lepas tu kalau baby meragam kembung perut sure mak- mak kita hulurkan minyak Yu Yee ni.. Ye..Minyak Yu Yee memang terkenal turun temurun sejak lama dulu malah telah digunakan zaman berzaman. Digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit - sakit ringan pada otot dan sendi serta untuk melegakan simptom kembung perut dan selsema bayi...

Bukan setakat baby je guna kalau kat umah aku tu...yg dewasa pun guna sebab baunya yg melegakan. Dari anak- anak buah aku baby sampai la sekarang dah besar masih lagi gunakan Minyak Yu Yee Cap Limau ni..adalah wajib serta perlu ada dalam setiap rumah dan keluarga.


Didatangkan dalam packaging yang berkualiti iaitu didalan bekas tin agar selamat dan tidak mudah pecah  serta senang dibawa kemana- mana



Kandungan Minyak Yu Yee Cap Limau

  1. Peppermint Oil (36.0% w/v)
  2. Clove Oil (2.6% w/v)
  3. Nutmeg Oil (0.6% w/v)
  4. Menthol (1.6% w/v)
  5. Borneol Cortex Cinnamoni (1.0% w/v)
  6. Resina Calamus Draco (1.0% w/v)
  7. Light Liquid Paraffin (1.0%% w/v)



Minyak Yu Yee Cap Limau  boleh di gunakan dimana- mana dan bila- bila masa. Ketika di pejabat kalau rasa tak selesa perut, boleh juga di bawa melancong di dalam dan luar negara kan...mana lah tau kalau tiba- tiba pening atau mabuk boleh sapu minyak Yu Yee Cap Limau ini untuk rasa yang selesa dan lega.Kadang- kadang bila melancong kita melalui jalan yang berliku-liku maka Minyak Yu Yee ini sesuai dijadikan sebagai teman...psstt.......bau peppermint oil pada minyak ini sangat menenangkan malah sesuai untuk semua peringkat umur...


Qhaira juga merupakan pengguna setia Minyak Yu Yee Cap Limau dari baby sampai sekarang...sebab tu mama suka cium Qhaira lepas mandi...wangi peppermint oil pada Minyak Yu Yee ini sangat menenangkan...masalah kembung perut tiada lagi dengan Minyak Yu Yee Cap Limau!!!



Minyak Yu Yee Cap Limau Disahkan Halal

Setelah melalui pelbagai kontroversi suatu ketika dulu, Kini minyak Yu Yee Cap Limau di sahkan Halal oleh JAKIM Malaysia. Boleh refer di http://www.halal.gov.my. Korang boleh semak sendiri status halal minyak ini sekiranya rasa was- was. 

Cara Guna:

Sapu / Gosok pada kawasan yang sakit ketika perlu

Kesan Sampingan:

Tiada Kesan Sampingan serta selamat digunakan sekiranya tidak mempunyai masalah sensitif terhadap kandungan minyak Yu Yee ini. 

Cara Penyimpanan:

  • Simpan dalam suhu bilik (25-30 darjah C) 
  • Jauhkan dari kanak2. 
  • Patuhi arahan tarikh tamat penggunaan pada botol.


Jangan Lupa...dapatkan Minyak Yu Yee Cap Limau keluaran Weng Seng Medical Factory Sdn Bhd di pasaraya berdekatan anda. Boleh didapati dalam pelbagai saiz dan harga berpatutan serendah RM9 atau mengikut saiz yang ditawarkan iaitu:

  • Minyak Yu Yee 10ml
  • Minyak Yu Yee 22ml
  • Minyak Yu Yee 48ml

Khidmat Masyarakat Minyak Yu Yee Cap Limau dibawakan khas oleh Suria Amanda

Sharing Is Loving.....

20 comments:

  1. yes minyak yu yee memang terbaik akak.. farah pun guna untuk Emir masa dia baby dulu..=D

    ReplyDelete
  2. Minyak ni memang dah jadi pilihan ramai kan :)

    ReplyDelete
  3. kita pun guna .. klu kembung mmg cepat je hilang ..siap pakej2 kentut2 lagi

    ReplyDelete
  4. minyak ni dr anak 1st mmg duk pakai sllu bau dia best dan mengasyikkan hihhi

    ReplyDelete
  5. Minyak ni kadang2 bonde pon guna... sapu kat perut hi hi hi legaa

    ReplyDelete
  6. Masa anak anak kecik dulu mmg guna minyak ni pun. Tp kalau tak silap minyak Yu Yi ni dulu ada isu kehalalan...entahlah

    ReplyDelete
  7. pakaikan dekat fariza dia tak serasi..last2 nad yang pakai..hehe

    ReplyDelete
  8. anak tak berapa serasi dulu.. panas sikit untuk anak-anak.. kena sapu kat tangan dulu baru gosok kat badan.. tak boleh sapu direct..

    ReplyDelete
  9. masa kecik sampai la ni suka bau minyak Yu Yee
    memang fresh seger jer.

    ReplyDelete
  10. Bukan kata anak.. Mak pun suka pakai minyak nie..
    Dahlah bau dia wangi..

    ReplyDelete
  11. Suka kita minyak ni.Kalau baby pakai..mau cium2 perut dia..hahaha

    ReplyDelete
  12. mmg standby minyak ni kat rumah ... bgs sgt minyak yu yee ni

    ReplyDelete
  13. Minyak yu yee cap limau ni bagus untuk semua peringkat usia.. Dari kanak kanak sehingga orang dewasa..

    ReplyDelete
  14. Minyak ni memang bagus.. Pengganti minyak cap kapak.. Bau dia lembut.

    ReplyDelete
  15. Dr mak sampai ke anak guna..sedap. cpt lega kembung perut

    ReplyDelete
  16. ana start pakai minyak ni sejak lahirkan syafi. sejak dr tu memang wajib ada dekat rumah minyak ni. satu keluarga boleh pakai. bau pun sedap.

    ReplyDelete
  17. sha suka bau minyak yu yee ni hehehe

    ReplyDelete
  18. Minyak Yu Yee Cap Limau mmg terkenal dengan keberkesanan dia untuk memulihkan dan menghilangkan masalah kembung perut bayi. Selain daripada tuuu...Minyak Yu Yee dapat mengatasi masalah masuk angin dan sakit perut, perut memulas, mengatasi sakit dan radang ringan pada otot & sendi, juga untuk sakit kepala.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......