Wednesday, August 31, 2016

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com


{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram  :
@acik21

4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu


LARIAN BERSAMA YANG TERSAYANG SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA

Hi Korang...

Berita baik serta info menarik untuk mereka yang rajin menyertai acara larian....jom sertai Be My Reason Shower Run bersempena dengan Kempen Kesedaran Payudara  pada 9 Oktober 2016..

Be My Reason Shower Run merupakan anjuran Shokubutsu untuk terus meningkatkan kesedaran tentang pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.Be My Reason Shower Run bakal menjadi satu larian yang berbeza di mana para peserta digalakkan untuk berlari bersama pasangan mereka sebagai simbolik penyebab mereka melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Be My Reason Shower Run akan diadakan pada 9 Oktober 2016 di The Arc, Bandar Rimbayu Shah Alam bermula jam 7 pagi. 

Siri jelajah yang diadakan oleh Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara ternyata memberi hasil yang membimbangkan. Ramai di antara mereka tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan malahan tidak komited dalam pemeriksaan sendiri payudara di rumah yang selesa. Lebih mengejutkan apabila pemeriksaan rambang yang dilakukan di siri jelajah tersebut, enam wanita didapati mempunyai ketulan yang mencurigakan pada payudara mereka, menunjukkan tanda-tanda lazim kanser payudara.

Situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu, jenama terkemuka sabun mandian di Malaysia, untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon yang menggalakkan wanita melakukan perubahan terhadap diri mereka dan orang yang mereka sayangi dengan memeriksa sendiri payudara semasa mandi secara kerap. Sekali lagi, disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), kempen pada tahun ini bakal menjadi lebih besar dan lebih berani. Untuk menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi, Shokubutsu akan menganjurkan Be My Reason Shower Run, larian bertemakan mandi, pertama di Malaysia



Be My Reason Shower Run dianjurkan dengan harapan ia mampu menggalakkan semangat memperkasa dengan memberikan komitmen bertindak sepenuhnya untuk diri sendiri dan juga demi orang yang kita sayangi. Kami juga berharap agar larian ini akan menjadi satu landasan untuk rakyat Malaysia menunjukkan sokongan mereka terhadap orang yang mereka sayangi yang menghidap kanser payudara dan kami amat menggalakkan para peserta untuk menyertai larian ini bersama pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan! 

Selain daripada tujuan utama larian untuk mencipta kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, para peserta turut akan dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, NCSM akan turut membuka sebuah but pameran khas buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul. 

Setiap peserta Be My Reason Shower Run akan menerima sehelai t-shirt, sebuah pingat, sijil dan goodies bag dengan barangan Southern Lion termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara dan juga minuman yang ditaja oleh Umbro-Isotonic Drinks.


Butiran Be My Reason Shower Run:
Tarikh : 9 Oktober 2016, Ahad
Masa : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran : RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan

Pendaftaran: Melalui online di http://pacerssport.my/shokubutsubemyreason.

Senarai kategori larian Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Code
Participating Type
Category
Starting Time
Entry fees**
Distance
A
B
On-Line
Men Open     (Individual)
Women Open (Individual)
7.30 am
RM 50* per pax + RM 3 on-line registration fee
5KM
C
On-Line
Men or Women Open (Pair or Couple)
7.30 am
RM 90* per pair/couple + RM 3 on-line registration fee


5KM
D
Corporate Registration
Men or Women Open
(Group of 10 & above)
7.30 am
RM 45* per pax with NO on-line registration fee

Use form attached and send to by Sep 10, 2016

5KM


RM10 daripada yuran penyertaan Be My Reason Shower Run dan RM0.10 daripada pembelian setiap produk mandian Shokubutsu akan disumbangkan kepada NCSM sebagai tanda sokongan terhadap organisasi ini dan juga sebagai tanda kesedaran. Kempen Pink Ribbon oleh Shokubutsu akan diadakan bermula 1 Oktober 2016 sehingga 30 Oktober 2016. 


Pengambilan Race Kit :
Tarikh     : 7 dan 8 Oktober 2016 | Jumaat dan Sabtu
Masa      : 11.00 pagi - 5 petang
Tempat  : The Arc @ Bandar Rimbayu (Bersebelahan Kota Kemuning, Shah Alam)


Korang nak join larian Be My Reason Shower Run?

Khas buat pembaca & follower Blog www.suriaamanda.com  ni, aku akan memilih 3 pemenang bertuah untuk larian tersebut secara PERCUMA!!

Untuk memenangi Race Kit secara PERCUMA dan korang akan menyertai larian yang diadakan pada 9 Oktober 2016. Korang cuma ikut arahan seperti dibawah ni yer....

  1. Follow Blog Suria Amanda | www.suriaamanda.com
  2. Follow Instagram Suria Amanda | www.instagram.com/Rizzdania78
  3. Korang hanya perlu muat naik gambar di instagram dengan gaya aktiviti senaman bersama dengan suami, ahli keluarga atau rakan-rakan korang.Sila masukkan slogan "Saya ingin menyertai larian Be My Reason Shower Run anjuran Shokubutsu kerana ......... (tidak melebihi 20 patah perkataan)
  4. Jangan lupa hashtag #BeMyReasonShowerRun2016 dan #suriaamandadotcom
  5. Lastly, tag gambar tersebut di Instagram Suria Amanda >  www.instagram.com/Rizzdania78 dan Instagram Shokubutsu Malaysia www.instagram.com/shokubutsumalaysia


Jangan tunggu lagi, jom beramai-ramai sertai larian Be My Reason Shower Run untuk bersama-sama menjayakan kempen kesedaran payudara.

Jom semua…

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Shokubutsu Malaysia

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke- 59

Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia.....Tahun ni genap 59 tahun kita Merdeka dengan bertemakan SehatiSejiwa. Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang menyambut Hari Merdeka walau hanya menyaksikan perarakan Kemerdekaan di TV. Semangat Merdeka tetap ada....

Merdeka...

 Merdeka...

 Merdeka...

sumber google

Bagi menyuntik Jiwa Kemerdekaan, tema rasmi "Sehati Sejiwa"telah dipilih dan memberi bermaksud bersatu hati dalam perpaduan serta mengenepikan perbezaan pandangan mahupun fahaman politik serta membentuk jati diri rakyat dalam meraikan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini
selain itu ianya lebih kepada menzahirkan semangat nasionalisme, kecintaan dan kebersamaan rakyat dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 59 Malaysia!!!!

Tuesday, August 30, 2016

Sesi Melampiaskan Nafsu Terhadap Raja Buah....

3 minggu aku menahan rasa tiap kali melintasnya gambar korang makan durian di wall/ timeline aku x kira di blog, ig or fb...giler terliur masa tu...memang memendam rasa je...ajak cik abe makan durian tapi asyik tertangguh je...kekadang rasa nak nangis tau...hampir 3 bulan ulang alik hospital tengok mak masa tu...setiap kali lalu jer kat tempat orang jual durian...lalu sesaje je tak singgah....Kali ni tak boleh tahan lagi...jom la cari durian....durian kampung pun boleh..durian kawen pun boleh...takde hal dan tak jadi masalah pada aku....tapi sayangnya beli 3 biji durian kampung RM30 tapi rasa macam x cukup..terus cari lagi kali ni durian kucibg tidur..agak mahal sekilo RM21..beli jugak 3 biji dan kena RM130...aku kalau tekak dh nak...memang x kisah pasal harga...


Durian kampung


Beli 3 biji RM30 tapi isi x berapa bagus..org NS sebut 'dingkir' sebab isi dia x masak habis


Ini durian kawen.. RM21 sekilo...

Bertabah ye tgok gambar2 kat bawah ni..kali ni sesi aku menayang durian plak...korang dh tayang hari tu kan...


Tadaaaaaa....sikucing tido


Seksinyaaaaa awak...


Cakkk..gebu gebas kan....


Tak habis makan pun...simpan untuk esoknyaaa...


Ermmm...so yummy ..so creamy...


Dak kecik ni pun sibuk layan Nunian dia..tapi tak leh blah...


Sambil makan sambil cakap mucuk!!!!


Mucuk- mucuk pun makan jugak kannnnn...poyo lebih..

Eh mana kakak Dania? Minah diva tu x makan durian...x suka..dia ngan acu dia memang gang x makan durian...tapi kalau tempoyak dia makan pulak...so diva la awak kakak...ikut sejarah aku yg x makan durian masa beberapa tahun sudah...tapi bangun dari koma yg lama aku dh jadi pencinta durian...rasa rugi plak x menghayati keenakkan raja buah tu sebelum2 ni..hehehe....

Apapun..aku puas hati dapat melampiaskan nafsu aku makan raja buah ni banyak2..lepas ni tak mengidam dah..lepas ni dh takde teringin lagi dah...
Kbai...


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Dengan Formulasi Dipertingkat & Berwajah Baru

Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat


Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan.  


Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.
Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.


Di beri peluang untuk mengalami atau merasai pengalaman menggunakan product Sumber Ayu yang sangat menarik hati...jom tengok 3 produk terbaru yang aku terima di keluarkan khas untuk semua gadis dan wanita..istimewa kan menjadi seorang wanita...Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.


MUSK, ORCHID DAN FRUITY


Pembersih Wanita Daun SirihSumber Ayu MUSK - Aroma semulajadi kasturi yang ringan yang menyuntik kesegaran optimum agar kekal segar sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa ke hadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun



Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ORCHID - Haruman segar dari kuntuman Orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara



Pembersih wanita Daun SirihSumber Ayu FRUITY - Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari.Pilihan terbaik bagi si gadis yng ceria,lincah dan sentiasa bersedia serta yakin dalam apa jua keadaan.


Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 


Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.



Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.




Penjagaan kawasan intim perlu dititik beratkan bagi mengelakkan dari terkena sebarang jangkitan yang membahayakan..bila sentiasa bersih dan selesa kehidupan akan lebih terjurus ke arah yang lebih sihat kan?baru la boleh senyum sepanjang masa..sesuai diletakkan di dalam tas tangan dan di bawa kemana sahaja. Boleh menjadi teman baik wanita bekerjaya..membuatkan anda terus tampil yakin, anggun dan berkarisma..Cubalahhh.....



Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu boleh di dapati pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti Sumber Ayu ini dibawakan kepada anda oleh Wipro Unza.

Produk -produk Sumber Ayu ini boleh di dapati di semua pasaraya utama dan farmasi berdekatan.

Tak perlu tunggu lagi..jom bertukar kepada Pembersih kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu...

Monday, August 29, 2016

Aktiviti Masak Memasak Kembali Lagi.....

Nampaknya aktiviti masa hujung minggu aku berjalan seperti sediakala..hahaha..takde maksud nak buat korang terliur..tapi saje nak share mana tau lepas ni weekend korang buntu x tau nak masak apa bleh refer kat sini..resepi x yah la aku letak sebab sama je resepinya..cara masak je lain kan...

Jom tgok menu aku masak ari tu...


Kari Kambing


Sambal Udang Petai


Tumis Sayur Bayam


Ayam goreng



Ikan cencaru Stim Limau

Haaa...itu je la menu yang sempat aku masak..kebetulan ramai yg datang melawat mak..cuma risau keadaan mak sekarang..hilang selera makan..kalau makan pun sikit je..semua tak kena kat tekak dia...maybe berubah suasana kot kan...kesian aku tengok Abah hari2 risau..kalau paksa makan kang takut dia muntah..bau durian pun boleh buat dia muntah..ntah bila mak akan ok semula selera makan dia..makin lama makin kurus...


Saturday, August 27, 2016

Cara Cara Mengelakkan Diri Dari Di Ngorat...

Haa...pernah kena ngorat tak walau korang dh kahwin...wahhh acah2 sweet je kan dah tua bangka masih kena ngorat..nak plak budak muda yang sekarang ni acah2 suka kat wanita berusia...

Ni nak citer pengalaman aku kena ngorat masa beli air kopi stabak...cerita petang Jumaat...

Letak gambar air cukup la..
Hihi...

Staff 1: ye cik selamat dtg ke stabak..boleh saya dapatkan order?
Aku : erm..jap eh..i nak pilih..
Staff 2 : eh...wait2 i macam kenal you and pernah jumpa you..you org Ipoh kan?i pernah jumpa you kat Ipoh la...
Aku : ohhhh..ye ke..maybe la kot sebab hubby i org ipoh....
Staff 2 : senyap terus...sambil sengih...

Haaaa...haa..ha....nampakkk?walaupun hubby ko org KL ke NS ke..ko jawab je mcm tu...jawab dengan muka bersahaja...pas tu sure budak tu tersipu2 malu...

scene 2 plak...kali ni melibatkan orang tua

Uncle : excuse me...are you Philipines? your face look like Filipinos....
Aku : Really?ekceli i am bumiputera and my hubby is Malaysian...( Jawab dengan senyum )
Uncle : senyum sambil berlalu pergi...

Haa...nampak..nampak x cara mengelak dari dia duk dekat ngan ko..lepas ni kena jawab jenis sarcastic skit..ayat berlapik tapi tepat kena tuju ke jantung..

Haih..kena ngorat dengan style or taktik dah lapuk la...semua tu old school..nak ngorat kalu guna la skill baik skit kan...hahaha...sorang ckp pernah kenal kat Ipoh..sorang ckap aku minah philipines...gelak aku sepanjang petang.....




Friday, August 26, 2016

Cerita Tentang Makan Aje dan Hampa....

Hi korang...sihat hari ni...Suriaamanda nyer blog ni x lari dari citer bab makan kan..makn..makan..makan..pas tu food review la..apa laa..sampai buat korang terliur ekkk...sorry la korang..nak buat cane kan..sejak terjebak food review selama ni aku dah x leh lari dari aktiviti makan..semua aku nak cuba kalau boleh..sebab tu berat badan aku ni turun naik..hehehe...sebab tu meroyan..jom tengok gambar makanan aku utk 2 tarikh yg berlainan...

Rabu 24hb - Nyonya Colours Mid Valley

Penang Assam Laksa


Teh Tarik Sedap


25hb - OCoffee Club The Gardens


Seafood Aglio Olio


Ice Lemon Tea


Sib baik kat sini ada wifi..boleh update apps..hehehe...hajat hati nak beli kasut...Nine West tgh sale..tp setiap kali pi situ salesgirl dia xde...xde sapa nak layan..kenapa erk...x sudi nak terima duit aku ke..huh..sampai hati..dah la aku rehat 1 jam je...
Akhirnya pulang dengan hampa...petangnya datang semula lepas opis...still sama..salesgirl takde..korang dh kenapa...sekali tgok kasut aku aimed tu dh ada org amik..demmmm.....

Bukan senang bila aku dh berkenan...at last x dapat jugak...xde rezeki..hilang mood...


Prestasi Blog Yang Makin Meningkat

Alhamdulillah..syukur ke hadrat allah s.w.t
Blog picisan aku ni makin lama makin meningkat walau tak seberapa..pageviews mencecah lebih dari 10k sehari...berkat kesungguhan dan komited diri sendiri..ni cabaran untuk diri sendiri dalam menambah baik kualiti blog walau masih di peringkat awal.

Dulu blogging hanya untuk suka2 sahaja dan x pernah ambil peduli pun tentang pageviews atau unique views sekarang alhamdulillah jumlah makin hari makin naik..oleh itu kena la hari-hari update...income dari blog pun dah mula menampakkan hasil..terima kasih semua diata s kepercayaan yang diberikan selama ini..

Untuk itu kalau ada antara korang yang berminat melantik aku untuk product atau Food review / advertorial / event..
Boleh emel ke  Suriaamanda@yahoo.com
Harga kita boleh runding..ok?

Thursday, August 25, 2016

Tak Main La Cucuk Sana.. Cucuk Sini

Kulit Pulih Seperti Sediakala Sejak Guna COSMODERM

Ada plak ingat aku cucuk vitamin c kat muka...eloooo....aku tak main la..cucuk sana..cucuk sini...aku guna product penjagaan muka dengan konsisten je la...ekceli aku dh 8 bulan guna product Cosmoderm ni..guna secara disiplin..kalau x disiplin takde dapat keputusan baik seawal pemakaian..dh tengok kulit muka makin elok aku teruskan guna product ni..

Jom tgok gambar kat bawah..ekceli ada beberapa lagi product aku guna utk set ni..tp gambar xde plak dalam hp..malas nk amik gambar lagi...nanti korang rujuk website je la ye...senang macam tu..my bad..sebelum ni dah amik gambar tp terdelete kot...


Muka yg dh pulih seperti sediakala..dlm gambar ni just guna less mekap..foundation, compact powder ngan lipstick je


Pembersih wajah
Produk yg takde kat dalam ni Tea Tree Oil Purifying Mask dan Tea Tree Oil Anti Blemish


Ini la rahsia aku...aku takde la nak kata aku cantik..tapi aku bangga nak bagi tau kulit aku dah pulih sejak gunakan produk Cosmoderm...so korang kalau ada masalah kulit berminyak or berjerawat boleh la cuba set Tree Tea Oil Cosmoderm..produk ni sangat efektif dalam mennagani masalah jerawat dan mengandungi formulasi khas. Sesuai digunakan untuk remaja dan dewasa...

Gambar dari website

Set ni yg aku guna..


Maklumat selanjutnya korang boleh layari 

Selamat mencuba....


Wednesday, August 24, 2016

Boleh Mengah Makan Dinner Wendy's Beef Up Combo 2

Ni namanya mengidam tahap kronik..selalunya lalu je x pernah rasa nak singgah kat Wendy's ni sebab perasan agak mahal sikit dari MCD...terus decided nak cuba Wendy's plak...mulanya memang ingat normal portion sekali amik koooo......bapak besar betul burger Wendy's ni..dengan double beef  patty yang tebal compared patty burger lain dan yang penting mereka menggunakan 100% pure Australian Beef Patty...memang puas hati dan worth dengan harga dia yg mahal...even burger king pun x leh lawan tauuu...hehehe..sorry la MCD...i dh lama x suka u..ehhhh....


Do it like a true food lover....


Gambaran dari atas...nampak kecik je...hakikatnya besar


This is second bite ok...first macam x cantik je...pehal plak nak cantik kan..


Crispy fries!!!bestttt...


Haaa...aku amik yang set RM18.90 tu ha..siap ada beef bacon jugak...so far..aku suka..sebab apa..sebab ketebalan beef patty yang juicy...sedap..sebiji burger ni mampu buat korang rasa mengah nak abihkan..atau org NS cakap Hongeh.....

So korang kalau nak cuba Wendy's boleh je dapatkan di mana2 restaurant diorang yang berdekatan..for sure memang ada di mana2 mall... Fully recommended!!


Untuk promo ni..aku dapat
 1 x Beefanator Burger
1 x Crispy Chips
1x Regular NESTLE Lemonade 16oz

Portion besar dan memang sodap!!!


Tuesday, August 23, 2016

I G-Nius Luban - Makanan Sunnah Tambahan Untuk Anak Anda

Perlancaran produk I G-Nius


I G-Nius luban telah dilancarkan pada 15 ogos 2016 buat julung kalinya di sebuah Madrasah tahfiz di Klang, Selangor.

Dimana produk ini yang dikenali sebagai I G-Nius yang berasaskan makanan sunnah iaitu luban. Ini adalah satu-satunya herba makanan sunnah di malaysia yang diformulasikan dalam bentuk jus.



MHS Mahakarya Resource selaku pengeluar produk ini telah melakukan pembangunan dan penyelidikan (r&d) bagi produk selama setahun sebelum ianya dikormersialkan di pasaran tempatan. Ianya bermula daripada salah seorang ahli keluarganya yang bekerja di jordan yang menyedari tentang khasiat yang ada dalam luban dan mempengaruhi syarikat ini untuk membantu dan menyedarkan masyarakat malaysia bahawa makanan sunnah dari luban ini amat memberikan seribu kejayaan.





Inilah rahsia bagaimana ahli tahfiz di Jordan sangat kuat ingatannya dlm mempelajari quran, begitu jua kehebatan I G-Nius luban. ini mahu ditunjukkan oleh pengasas yang lebih dikenali sebagai hamka kepada anak anak dan ibu yang mengandung di malaysia.


(pohon luban yang banyak di kawasan-kawasan beriklim panas seperti oman, yaman, mesir, egypt dan sebagainya.)


Apakah keistimewaan luban?

- Salah satu makanan sunnah yang menjadi warisan sejak turun temurun.
- Meningkatkan keyakinan diri.
- Meningkatkan tahaptumpuan pada pembelajaran.
- Menyuburkan niat anak-anak dalam mnghafal semua subject dan al-quran
- Meninggikan kecergasan dan ketajaman akal.
- Merawat saraf lidah untuk memudahkan masalah pertuturan.
- Amat sesuai pada anak yang lemah daya ingatan dan hafalan.
- Dapat mngelakkan daripada serangan kanser.



(ini adalah sebahagian daripada luban atau dikenali sebagai boswellia thurifera .)

Kandungan I G-Nius telah disahkan oleh pihak KKM. Antara bahan yang digunakan ialah ekstrak dari kurma, buah delima, buah tin, gam arab, badam, habatus sauda, madu dan kismis.


Pencarian ejen dan stokis I G-Nius luban


Adakah anda mencari peluang bisnes yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan berterusan?
Rebutlah peluang menjadi pengedar dan stokis produk I G-Nius kami yang sah sekarang dengan modal permulaan yang sangat rendah!


 Promosi & tawaran berganda.

- hadiah menanti bagi stokis yang berjaya mngandakan jualan.
- berpeluang menikmati aktiviti menarik seperti melancong, beriadah
- macam-macam lagi yang ekslusif bersama kami.

Jika berminat, hubungi kami segera!
Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website: www.Ig-nius.Com
Facebook rasmi:  ig-nius hq
Instagram : #igniushq
Email: mhsmahakarya@gmail.Com

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah