Friday, September 30, 2016

Senda Jumaat

*Peringatan..... Hari ini Jumaat..... Waspada....Jemaah Beza Aliran*

minggu lalu saya datang ke masjid (....) untuk menunaikan Solat Jumat.

Saya datang agak awal sekitar jam 11, saat itu jemaah di masjid masih ada beberapa orang sahaja
dan seperti yg diajarkan Rasulullah, saya Solat Tahiyyatul Masjid. Setelah itu saya duduk dekat tiang sambil berzikir sebanyak-banyaknya......

Astaghfirullah, saya terkejut .... ini masjid aliran apa.??
Tanpa azan tanpa khutbah
Terus iqomah......???!!

Dengan perasaan ragu-ragu dan agak terpaksa saya berdiri juga untuk Solat Jumat sampai selesai.

Kemudian saya tanya pada jamaah di samping saya sambil bersalaman...
"Encik, ini masjid aliran apa?" Dia terkejut sambil menjawab : "Syafii, ahlussunnah wal jama'ah"

Lantas saya tanya lagi :
"Kenapa tak  azan dan khutbah??"

Dia jawab : *"ek eleh, bukan ekau membuto ko tadi? "*

Happy weekend korang..

Birthday Celebration Dania 12 yrs

Hi korang...
Hari ni aku bersiaran seperti biasa...lambat sikit publish post sebab bz sangat lepas MC semalam..bertimbun kerja atas meja..alhamdulillah demam dh kebah cuma lalok ubat aje..rasa drowsy sangat...risau nak jalan lebih2 .duk dendiam kat tempat...
Hari ni nak citer tentang simple birthday. celebration  untuk Dania..
Birthday dia 25 September...tp sambut 24 September sebab esoknya di sukan...

Jom tengok gambar...korang jangan heran sebab tiap kli sambut birthday yg 3 org tu memang over..org lain punya birthday pun diaorang punya birthday...


Cake blueberry


Hidang KFC je


Si kembar over..si Qhaira mcm confuse


Nyanyi2...x nyanyi x leh potong kek


Yeayy..tiup lilin


Setahun ntah berapa kali diorang bertiga ni potong kek


Ok kakak plak potong kek


Lepas tu sesi buka hadiah..satu je pun hadiah..


Yeay..kakak dapat bag...suka betul kakak..

Semoga membesar menjadi anak yang berguna..mama sayang kakak sangat2...


Thursday, September 29, 2016

Tak Semena-Mena Tewas Akhirnya....

Takde angin..
Takde ribut..
Tiba-tiba badan seram sejuk dari opis smlm bawak ke malam..sendi2 semua sakit..tapi pagi tu sihat je sebenarnya...cuma ada la rasa macam tekak ada benda tersekat..tp just buat biasa je..buat je kerja..pakai cardigan sebab rasa ekon sejuk giler..balik je masa dalam keta dah bersin plak berpanjangan tak henti...pergi makan dulu...masa tu la rasa nak pitam..terus je pi klinik..merasa la di inject montot sebab x tahan sakit2 sendi..


Maka itu dengan rasminya aku diistiharkan Demam Viral dan Tonsilitis...tonsil sebelah kanan dh mula nak bengkak..tp aku x rasa sakit..masa cucuk montot plak x rasa jarum..tau2 dh sudah je...so ari ni aku MC..rehat dan kejap lg nak makan ubat..korang semua jangan nakal2..entry food review cuba aku settlekan secepat mungkin..

Sapa pencinta Italian food?

Nantikan review aku untuk LaFayette Cafe Uptown Damansara..

Stay tuned..


Wednesday, September 28, 2016

Resepi Sup Cendawan Suriaamanda

Hi korang...

Hari ni nak share resepi sup cendawan yang aku masak last week...ini version aku snediri..mana tau korang takde idea nak masak kan...masak sup cendawan and goreng ikan masin...laju je makan...menu ni sesuai untuk korang yang tiba2 kurang selera makan...


Resepi Sup Cendawan

Bahan-bahan
1. Cendawan tiram ( dicarik)
2. Sawi ( satu pek)
3. Bawang merah (dihiris)
4. Bawang putih (dihiris)
5. Ikan bilis segenggam
6. Suhun ( sepeket kecil)

Cara masak
1. Didihkan air setengah periuk, masukkan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis, biarkan mendidih seketika utk dapatkan stok
2. Masukkan cendawan
3. Masukkan sawi
4. Masukkan suhun
5. Perasakan garam dan tutup api

Siap!!!
Senangkan?
Selamat Mencuba....

WW: Hakikat Kehidupan..Yay or Nay?


Hi korang...
Pernah hadapi keadaan seperti diatas?ini lumrah kehidupan kan?

Tuesday, September 27, 2016

Sehelai Rambutmu Lebih Mulia Dari Jubah Ulama

KISAH INSPIRATIF

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang wanita yang ingin mengadu.

“Ustaz, saya adalah seorang ibu rumah tangga yang sudah lama ditinggal mati suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk menyara anak-anak saya, saya mengait benang di malam hari, sementara siang hari saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan bekerja sebagai buruh kasar di sela waktu yang ada.

Kerana saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan mengait itu saya lakukan apabila sedang terang bulan.”

Imam Ahmad rahimahullah menyemak dengan serius pertuturan ibu tadi. Perasaannya sayu mendengar ceritanya yang memprihatinkan.

Dia adalah seorang ulama besar yang kaya raya dan dermawan. Sebenarnya hatinya telah tergerak untuk memberi sedekah kepada wanita itu, namun ia tangguhkan dahulu kerana wanita itu melanjutkan pengaduannya.

“Pada suatu hari, ada rombongan pejabat negara berkhemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu yang jumlahnya amat banyak sehingga sinarnya terang benderang. Tanpa sepengetahuan mereka, saya segera mengait benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.

Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual?

Bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu?

Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentu saja itu tidak lain adalah wang rakyat.”

Imam Ahmad rahimahullah terpesona dengan kemuliaan jiwa wanita itu. Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang kurang akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi.
Padahal jelas, wanita ini begitu miskin dan papa.

Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, sebenarnya engkau ini siapa?”

Dengan suara serak kerana penderitaannya yang berpanjangan, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”

Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut.  Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah Gabenor yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyatnya semasa hidupnya. Rupanya, jabatannya yg tinggi tidak disalahgunakannya untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sehinggakan adik kandungnya pun hidup dalam keadaan miskin.

Dengan menghela nafas panjang, Imam Ahmad rahimahullah berkata,
“Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk mengumpul kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan mempergunakan wang negara dan menipu serta membebani rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, ibu. _*Sungguh, sehelai rambutmu yang terurai dari sela-sela jilbabmu jauh lebih mulia dibanding dengan berlapis-lapis serban yang kupakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.*_

"Subhanallah, sungguh mulianya engkau, sampai hasil kait itu engkau haramkan? Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan kewangan negara…”

Kemudian dengan penuh haru dan takjub Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untukmu. Silahkan engkau meminta apa saja dariku, bahkan sebagian besar hartaku, niscaya akan kuberikan kepada wanita semulia engkau…”.

Diriwayatkan dari Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a, dari Rasulullah, beliau bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ

“Tidak akan masuk ke dalam surga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”
(Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Jangan cari kekayaan tanpa keberkatan, carilah keberkatan walau dengan itu kamu tidak kaya.

Semoga bermanfaat dan menjadi asbab hidayah bagi kita semua....

Safi Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat Tanpa Kompromi...

Inovasi Terkini Syampu Khas Wanita Bertudung

Hi korang...
Industri syampu semakin berkembang pesat. Bukan hanya tertumpu pada wanita yang mementingkan kecantikkan rambut malah kini muncul inovasi yang terkini khas untuk wanita bertudung. Berbanding wanita yang tidak bertudung, penjagaan rapi juga perlu dan penting bagi wanita bertudung. Keselesaan kulit kepala ketika bertudung perlu dititik beratkan agar sentiasa tampil yakin dan selesa sepanjang hari.

Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir  dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa kua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini semeangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya.


Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakkan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, Safi Shayla rangkain jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatur Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi SAFI Shayla Pek Fleksi.


Safi Shayla memang pilihan Dania..


Inovasi Pek fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu, diambil dari perkataan fleksibel iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan. SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualitipada harga mampu milik. Dengan satu syampu satu harga pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza

Simanis Dania dengan product SAFI Shayla Pek Fleksi..

Warna dan corak serta reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi di kekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla  pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek Inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65. Untuk maklumat lanjut mengenai produk SAFI sila layari lama Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI @safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di


ECOWELL ORGANICS COSMETIC | ECOWELL ULTRA MOISTURISING ECO BIO FACE CREAM

Berkhasiat, perlindungan dan pelembab krim formulised untuk penjagaan muka sensitif.

Hi korang...
Akhirnya sampai la kita ke sesi review product terakhir dalam kit penjagaan muka Ecowell...
Terima kasih kepada rumusan tidak berminyak kulit cepat menyerap krim. Bahan-bahan vitamin E, minyak argan organik, minyak aprikot organik dan organik minyak naik mempunyai pelembap yang sangat kuat dan kesan melindungi. Membuat kesan pelembab kulit lembut dan smooth.Rapid dan intensif dengan formula yang cepat menyerap sesuai untuk memohon di bawah make-up. Mengandungi Rose Oil,Vitamin E, Argan Oil dan Apricot Oil..bahan- bahan semulajadi yang sesuai dan sangat diperlukan oleh kulit.

Jom kita lihat kandungan product hebat ini...


Rose Oil

  1. Salah satu daripada bahan-bahan organik yang paling mahal
  2. Sifat-sifat pemulihan untuk kulit kering atau halus.
  3. Memulihkan kelembapan
  4. Mengurangkan kemunculan garis-garis halus
  5. Mengandungi ciri-ciri antioksidan
  6. Meningkatkan pembaharuan kulit
  7. Astringen semulajadi
  8. Mengekalkan kesihatan kulit yang optimum
  9. Meninggalkan kulit lembap, licin, dan berseri
  10. Juga antiseptik dan cicatrizant semula jadi; membasmi kuman kulit dan penyembuhan luka dan parut



Vitamin E

  1. Salah satu daripada 5 nutrien anti-penuaan yang paling mujarab
  2. Tinggi kandungan ofstrong sifat antioksidan
  3. Membantu melindungi terhadap penuaan
  4. Menjauhkan kerosakan yang berkaitan dengan usia
  5. Penghilang berkesan bagi pelembab bahan
  6. Dalam penjagaan kulit dan ia adalah penting untuk kesihatan kulit



Minyak Argan

  1. Healing
  2. Kaya dengan vitamin A dan vitamin E.
  3. Makan dengan antioksidan, asid Omega-6 asid lemak, dan asid linoleik
  4. Melegakan keradangan
  5. Melembapkan kulit
  6. Meningkatkan pengeluaran sel
  7. Menggalakkan kulit yang sihat dan rambut.
  8. Cicatrizant Natural - Menyembuhkan luka dan parut
  9. Mengurangkan sebum
  10. Menyekat kulit berminyak dan jerawat secara semula jadi


Apricot Oil

  1. Kaya dengan Vitamin A
  2. Melembapkan dan mengekalkan kulit seimbang, kulit berminyak dan hormon kulit reaktif
  3. Amat berguna untuk kulit yang berminyak
  4. Cukup lembut untuk digunakan pada mana-mana jenis kulit
  5. Deskripsi kering, sensitif, kulit radang atau terlalu awal penuaan.
  6. Melegakan keradangan
  7. Meningkatkan pengeluaran sel
  8. Menggalakkan kulit yang sihat dan rambut
  9. Ciri-ciri antibakteria dan antiseptik melindungi kulit daripada jangkitan
Cara- cara guna : Sapukan dalam amount keci ke seluruh wajah dengan lembut, sesuai digunakan diwaktu siang atau malam.

Kandungan: Aqua, Cetearyl Alcohol, Coco-Caprylate/Caprate, Dicaprylyl Carbonate, Glycerin, Cocoglycerides, Tocopherol, Disodium CetearylSulfosuccinate, Phenethyl Alcohol, PrunusArmeniaca Kernel Oil, ArganiaSpinosa Kernel Oil, Xanthan Gum, Ethylhexylglycerin,Rosa Damascena Flower Oil.

                set lengkap Ecowell Organics Cosmetics


                Bagaimana untuk mendapatkannya :

                Korang boleh beli dari rangkaian online di bawah atau terus walk in ke mana- mana farmasi atau mall berdekatan dengan korang








                Selamat Mencuba!!!!


                Fast, Safe & Strong Data Cable For Micro USB Keluaran SISTA Malaysia

                Hi korang...
                Pernah hadapi masalah cable USB android korang tak function? Kadang-kadang beli yang ori tp pakai tak lama, tak sampai sebulan pasti rosak dan tak berfungsi..so bermasalah la nak caj handphone kan?bukan apa kehidupan sebagai seorang blogger aksesori gadjet ini seperti usb cable sangat penting. Kalau tak berfungsi macam mana nak settlekan masalah kehabisn battery kan..nak pulak usb cable dan power bank memang aksesori yang perlu ada di dalam handbag seorang blogger.
                Untuk itu baru-baru ni aku ada beli cable usb keluaran SISTA Malaysia. Apa tu? Tak pernah dengar pun kan..okey SISTA Malaysia adalah company yang focus kepada jenama aksesori telefon yang versatile. SISTA ditubuhkan di Hong Kong dan mempunyai ibu pejabat di Shenzen. Dicipta oleh sekumpulan anak muda yang sangat meminati dunia teknologi. Mereka berasal dari Hong Kong, Shenzen dan Malaysia. Mempunyai dedikasi yang tinggi dan sentiasa mementingkan mutu dan kualiti sesuatu product mereka. Hebat kan...muda lagi dah pandai mencari keuntungan pasaran walau hanya accessories untuk gadjet.


                Mereka telah mencipta serta mereka product yang menjadi kepentingan kepada pengguna gadjet dan menjanjikan kualiti di dalam kelas tertinggi..mereka menjanjikan product yang selamat, kuat serta pantas..mampu caj handphone korang dalam masa yang singkat...menarik kan?


                Untuk itu aku sangat berpuas hati dengan prestasi Apollo Data & Sync Cable for Micro USB and Lightning. Sebagai seorang blogger accessories ini yang paling penting..tak semua cable boleh memberikan kepuasan. Ada yang hanya mampu berkhidmat 2-3 bulan lepas tu rosak...aku berharap sangat riwayat Apollo Data & Sync Cable for micro USB and Lightning ini mampu bertahan lebih lama.


                Kenapa aku suka Apollo Data & Sync Cable keluaran SISTA?
                1. Pantas mengecas dan transfer data
                2. Sangat selamat semasa mengecas
                3. Material dan Silikon berkualiti
                4. Direka tanpa gumpalan, wayar nipis dan flat
                5. Bau yang menyenangkan
                6. Panjang cable sehingga 1000mm


                dapat cable dengan warna kegemaran...memang cukup puas hati


                caj handphone dari cpu dan laptop pun tak jadi masalah...

                terima kasih rakan sekerja sebab pinjamkan handphone utk jadi model..

                So..kalau korang nak cuba Apollo Data & Sync Charging Cable keluaran SISTA ni aku memang sangat2 recommend. Dengan kualiti terjamin..dengan produk yang berprestasi tinggi dan ditawarkan dengan warna yang menarik. Pilih sahaja mengikut warna kegemaran korang...ada yg bertanya tentang harga..korang jangan risau..harga adalah berpatutan bernilai sehingga RM39...

                Kat mana nak dapatkan produk ni..korang boleh layari link berikut : 


                atau

                FACEBOOK : SistaMalaysia
                WEBSITE : www.sista.hk
                PHONE : 03-89417677


                Monday, September 26, 2016

                Orang Bandar Pulang Ke Kampung..

                Hi korang....
                Masih cerita weekend...balik kampung sekejap tgok Mak Lang yang kurang sihat...sebenarnya aku dh lama tak balik kampung sejak mak buat bypass dan berkampung kat IJN 3 bulan lepas...menghirup udara kampung sangatemberikan ketenangan..dalam tempoh beberapa jam aje kat kampung macam2 aktiviti aku ngan anak dara aku buat...anak2 buah plak berkejaran sana sini..cuma sayangnya kat kampung dh habis musim buah..dapat kutip sayur2 kampung aje la....

                Jom tgok gambar....hasil dari kamera hp aku yang cantik...


                Org bansar yg jarang balik kampung..ini la kerjanya kutip hasil kampung bawak balik bandar...phuiii bandar la sgt...


                Abaikan aku yg kelihatan macam gedik..pssttt..i kurus kan? Baik korang jawab kurus...


                Kutip cili api...bawak balik KL...


                Cantik kan..ini hasil HDR dari hp aku...macam kamera pro x?


                Papaya biasa


                Papaya luar biasa....


                Rezeki kami..Mak Lang hidang cempedak goreng...isi tebal dan the best part ini hasil buah sulung....

                2 jam kat kampung macam tak puas.. memandangkan mak tak leh jalan lama2 so akur la kena balik semula ke Seremban..nasib baik x jauh sangat Kuala Pilah dan Seremban....x sampai 1 jam dh sampai rumah dh..

                Eh..nak tanya la..sapa orang NS kat sini...meh komen...NS kat mana?

                PNB Melancarkan Mawar Qaseh Double Storey House RM380,888.00

                Double Storey House 20' x 70' - bermula dengan harga RM380, 888


                Bagi sesiapa yang belum mempunyai kediaman sendiri, ini lah masanya untuk kita survey harga rumah, lokasi rumah dan pelbagai kemudahan yang di sediakan oleh pemaju.

                Bagi mereka yang berminat, PNB Development Sdn Bhd telah melancarkan satu lagi produk mereka iaitu Double Storey House dengan keluasan 20' x 70' bertempat di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.

                Produk ini di kenali dengan nama Mawar Qaseh.


                Dan bersempena dengan pelancaran itu, satu majlis pelancaran akan di adakan esok bertempat di D'Streetmall, Kota Seriemas.

                Antara artis yang akan menjayakan ialah Siti Nordiana, Hazama dan Sepahtu.

                Ni ada pesanan dari Siti Nordiana.

                video

                Aturcara Majlis Pelancaran



                Brochure Double Storey House




                Pandangan dari Scale Model






                Lokasi Majlis Pelancaran.


                Bagi sesiapa yang tidak tahu tempat ini, follow sahaja maps di bawah ini:-



                Menu Best Lunch Tengahari Ahad...

                Assalammualaikum...
                Hi korang..semalam lunch aku masak lauk best...selera betul makan..ye la asyik masak ayam je kan....sesekali kena tukar menu...kalau balik kampung lagi best...segala macam sayur kampung bleh dpt..sesekali balik kg kan...

                Jom tgok gambar makanan aku masak semalam..


                Burung puyuh masak lemak cili api..ini yg gambar zoom


                Ini version dlm kuali...


                Sup cendawan campur sayur sawi...

                Alhamdulillah sedap makan..goreng plak ikan masin..lagi laju bertambah..kalau balik rumah seremban memang aktiviti makan tak pernah gagal..waktu ni say bye2 pada diet..no more diet on weekend...
                Nasib ko la labuuu......


                Friday, September 23, 2016

                BAYANGKAN KALAU GPS IKUT DIALEK!

                haru jadinyeee...

                Waze

                Sabah:-
                Pigi dapan siiikit... Lepas 200m pigi siring sblah kanan aa...nah kann telimpas sudahh!...

                Sarawak:-
                Kitak maju jak kat dapan yaa... Gik 200m ke kanan... Nang paloi na! Aku limpas jak simpang ya tek!...

                Johor:-
                Ko tegak je lagi doh... Dalam 200m masok kanan ekk... Siot ahh ape seyh dah terlpeas bodoh sial kau!...

                N9:-
                Ekau torus jo... Lagi 200m ekau masok kanan... Kot bangang bonar! Talopeh simpang!...

                Melaka:-
                Ok hawau gi depan je... Lagi 200m kau belok kanan... Amende kau gi kiri lak lahabau!...

                Tganu:-
                Mung gi depang sket... 200m pahni mung kona kkanang... Ohhh bodoh nnatang ni tlajok!...

                Kedah:-
                Teruih lagi bak ang... Dalam 200m hangpa masok kanan... Mangkok hayun hg ni.. kan dah telepaih!...

                Peghok:-
                Kome teghoih ke dpn, dlm due ghatuih miter kome kona kanan, iss ate ngape kome telajak pulok.. aje ngan ye kome ni pon...

                Kelantan:-
                Demo gi depey lagi... Daley 200m demo masok kkaney... Alhamdulillah... Mujo ado pamoga!!!...

                😆😆😆😂😂😂

                Thursday, September 22, 2016

                Lunch Set Asam Pedas Ikan Jenahak

                Hi korang...
                Huhu..dah petang baru up pasal lunch td..alhamdulillah lunch hari ni di taja..makan set Asam Pedas Ikan Jenahak..terbakor bibior teman...giler pedas tp sedap..aku suka hirup...tapi satu masalah plak perut meragam sebab makan pedas sangat....padan muka aku...sedap tp x fikir bahana yg sampai...


                Nasi dengan ulam kacang botol dan timun


                Sepotong ikan jenahak dan sebiji kacang bendi


                Papadom dan sambal belacan pedas berapi...


                Alhamdulillah kenyang perut suka hati...happy perut aku makan asam pedas...nak masak selalu asam pedas x berapa pakar..bukan tak pandai..boleh cuma tak sama dan x sesedap yang beli ni la...harga pun murah...satu set ni RM7.50....
                Murah kan?


                ECOWELL ORGANIC COSMETICS | ECOWELL MAKE-UP CLEANSER MILK

                Organic Olive Oil Make Up Cleanser Milk Membersih, Melembapkan dan Menyuburkn Kulit.

                Hi korang,

                Bagaimana korang membersihkan mekap di muka? Adakah terus menggunakan pembersih muka? haa...salah yer kawan- kawan...sebelum cuci muka kita di galakkan untuk membersihkan mekap terdahulu agar kulit kita tampil bersih dari segala kekokotoran mekan..Untuk itu Ecowell Make-Up Cleanser Milk berkesan membuang kesan make-up dan juga tanpa menyumbat liang sambil melindungi kelembapan penting kulit. Ia melembut dan menyegarkan semula kulit meninggalkan rasa lembut dan segar.

                Sejak mengenali produk Ecowell ni aku dah rajin gunakan Ecowell Cleanser Milk ni di wajah sebelum mencuci muka dengan pembersih muka Ecowell. Bukan apa..Make up yang kita gunakan kadang- kadang menjadi punci liang- liang roma kita tersumbat..sebab tu perlu dibersihkan dengan teliti...ini untuk mengekalakan kebersihan dan mengelakkan kekotoran kekal bertakhta di wajah...

                Jom baca tentang kehebatan Ecowell Make- Up Cleanser Milk ni....


                Fungsi Ecowell Make- Up Cleaner Milk

                1. Berkesan membuang kesan mekap
                2. Pembersih
                3. Pelembap
                4. Memelihara
                5. Tanpa menyumbat liang roma
                6. Kelembapan penting Skin Protec ini
                7. Melembutkan
                8. Memulihkan kecergasan
                9. Menjadikan kulit lembut
                10. Kulit terasa segar
                11. Diiktiraf organik
                12. Sesuai untuk semua jenis kulit



                                                   

                                                     Kebaikkan Minyak zaitun organik

                1. Antioksidan anti-penuaan
                2. Vitamin E
                3. PolyphenolVs
                4. Phytosterols
                5. Mengembalikan kelancaran
                6. Menghalang UV dan bebas kerosakan radikal
                7. Melembapkan dan melindungi kulit.

                Kebaikkan Vanilla Oil

                1. Antioksidan
                2. Mencegah dan membalikkan kerosakan kulit
                3. Melindungi kulit.
                4. Ciri-ciri antibakteria merawat jerawat
                5. Sumber yang baik B-vitamin seperti niasin, thiamin, Vitamin B6 dan asid Pantothenic yang menyuburkan dan mengekalkan kulit yang sihat.
                6. Anti-radang

                Bagaimana menggunakannya :

                Sapukan ke muka dengan pad kapas, kemudian perlahan-lahan lap ke arah luar. Untuk hasil yang optimum, sapukan sebelum mencuci muka dengan Ecowell Liquid Soap Face. 
                Sesuai untuk semua jenis kulit.

                Kandungan :

                Aqua, Glycerin, Dicaprylyl Carbonate, Olea Europaea Fruit Oil, Cetearyl Alcohol, Cocoglycerides, Olus Oil, Lauryl Glucoside, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystearate, Phenethyl Alcohol, Xanthan Gum, Vanilla Planifolia Fruit Oil, Glyceryl Oleate, Ethylhexylglycerin

                Bagaimana untuk mendapatkannya :

                Korang boleh beli dari rangkaian online di bawah atau terus walk in ke mana- mana farmasi atau mall berdekatan dengan korang








                Selamat Mencuba!!!!

                Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah