Thursday, February 2, 2017

Situ Sini Sana Sinun Bersama Suria Amanda

Minggu ni cuti panjang kan...hari ni masuk kerja sana sini ramai lagi yang bercuti..hari ni lambat bersiaran sebab subuh tadi dapat perkhabaran rakan sekerja yang baru di diagnose Brain Cancer Stage 4 meninggal dunia..Al-Fatihah buat arwah kak Azni Abd Latiff. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan di kalangan orang beriman...amin..
So apa aktiviti aku 2-3 hari yang lepas? Aku x kemana, duk rumah buat kerja skit pas tu pi makan..haih asyik makan je kan..pas tu sibuk gemuk kan..tapi takpe la..hidup untuk makan dan makan untuk hidup kan..well bleh plak masa makan meatball kat Ikea x amik gambar sebab lupa..dh nak abih baru ingat nak amik gambar..x leh jd blogger tegar macam ni..hahaha....
Meh la tgok apa aku makan kat Starbuck..


Chic o cheese..all time fav


Signature hot choc

Then kat Ikea makan meatball ngan kepak ayam..ermmm dh tak best macam dulu..even siap panaskan pun still x sedap..harap pihak Ikea pantau semula la dua signature dish diorang ni..sangat berbeza banding dulu la...kepak ayam kering sangat dan x fresh..meatball pun so-so je..aku tengok ramai yang x habis..rugi betul..harga bleh tahan mahal..kena maintain la quality makanan kan sebab rata2 pengunjung Ikea akan makan meatball dan kepak ayam..


Dah tinggal 3 ketul baru nak amik gambar


Jadi la amik gambar sos...hahahha..

Selain tu cuti Hari Wilayah semalam aku keluar gak..kali ni experience pengangkutan awam, pi sana sini naik MRT, sampai ke Mid Valley naik.pengangkutan awam which is pada aku very convenient. Dalam keadaan harga petrol dah makin naik ni rasanya keputusan menggunakan pengangkutan awam adalah keputusan paling bijak sebab jimat minyak, jimat duit parking dan jimat tol. Letih memang letih la semalam tapi seronok...sesekali kena cuba kan..kalau ramai pilih pengangkutan awam confirm masalah jammed dapat dielakkan.
Ada plak yg ckp..eleh...ko bujang bleh la guna pengangkutan awam...
Jawapan aku senang je..kerajaan dah sediakan segala kemudahan..kalau bukan kita yg guna siapa lagi kan..pokok pangkal tepuk dada tanya selera, nak berubah silakan..tak nak berubah terpulang..pilihan di tangan sendiri...

But to tell the truth...jimat banyak wooooo......

9 comments:

  1. sedapnye jalan2 cari makan..hehe..ada orang yg ada baby mungkin tak selesa nak naik kenderaan awam sbb nak menyusu..huhu..kita fikir positif aje..

    ReplyDelete
  2. tak penah try ikea meatball tu..dengar je org ckp, sedap..sedap...haritu ada le tersesat ke Ikea tapi tak de rasa nak try sbb ramai benor org...malas nak beratur...

    ReplyDelete
  3. bila la blh try meatball ikea..:)

    ReplyDelete
  4. Sekali sekala mmg Best dapat naik pengangkutan awam kan...

    ReplyDelete
  5. takziah dan alfatihah

    tak pernah cuba meatball ikea..dah tak rasa mcm dulu erkh

    ReplyDelete
  6. Takziah atas pemergian rakan sekerja akak.

    Sedapnya meatball tu tapi tak ada kesempatan lagi nak cuba

    ReplyDelete
  7. Takziah kak. Meatball menawan hati betul. Sedapnyaaaa.

    ReplyDelete
  8. hahaha.. lupa ambik gambar.. ambik gambar tulang pun ok apa.. hik hik hik

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......