Tuesday, July 4, 2017

Rendang Burung Puyuh Campur Pucuk Maman

Hi korang...

Orang kampung macam SA ni memang takde lain la kalau masak..memang prefer masakan kampung..korang pernah makan rendang Pucuk Maman?Signature dish orang NS especially masyarakat Gemencheh. Rendang bercampur pucuk Maman sedap ke? Korang kena menjejak sendiri Rendang Pucuk Maman ni baru korang tau macam mana sedapnya. Bukan setakat dicampur dalam rendang sahaja tetapi selalu di buat jeruk dimakan bersama nasi putih sebagai ulam sampingan.


Tentang Daun Maman.
  1. Maman adalah sejenis herba dengan nama saintifik Cleome Gynandra. Ia di tanam secara meluas di Terengganu dan NS terutama di Gemencheh NS. Ada jugak tumbuh liar.
  2. Selain boleh dicampur bersama rendang, ia juga boleh dibuat jeruk. Daun dan akarnya boleh dijadikan ubat traditional untuk membantu penghadaman, mengatasi masalah buasir, cirit- birit, kulit gatal dan Reumatisme.
  3. Ia memerlukan 25 hingga 30 hari sebelum boleh dituai.
  4. Sekiranya musim hujan ia akan mengambil masa lama untuk bercambah.


Pucuk maman yang telah siap disiang


Rendang burung puyuh dengan pucuk maman..

Kebetulan SA masak burung puyuh dan kebetulan juga SA ada beli 1kg pucuk maman. Kawan kepada mak saudara SA jual..boleh tahan jugak harganya RM7 sekilo tau...tapi sekilo tu dapat sikit jer pucuknya..cukup untuk sekali masak...tapi walau sikit...bila makan...ya allah sedapnya...sedap kalau rendang tu pedas dan lagi sedap kalau masak dengan ayam tua. Ayam tua tu kan keras dagingnya dan sesuai di buat rendang..begitu juga masak dengan daging...SA sajer cuba masak dengan burung puyuh untuk kelainan..pun sedap jugak..makan panas- panas dan masakan kena pedas..tak pedas tak kick la kan?tak pedas bukan orang Nogori la namo eh...ye tak?

12 comments:

  1. Pucuk maman..pernah dengar tapi tak pernah makan lagi..

    ReplyDelete
  2. First time dengar & tengok pucuk maman. TQ share. Rendang burung puyuh pun first time dengar. Tapi pernah je makan burung puyuh kecik comel tu. Sedap.

    ReplyDelete
  3. Kami kt kelantan buat jeruk jer😀

    ReplyDelete
  4. dana tak penah rasa maman tu camne, tp msti sedap lagi2 ada burung puyuh

    ReplyDelete
  5. Xpernah rasa pg pucuk maman tuh mcm mne

    ReplyDelete
  6. rendang negeri memang menyengat.. kak.. letak resepi la..

    ReplyDelete
  7. Biasa makan bburung puyuh goreng jer.

    ReplyDelete
  8. xpena try lgi mkan pucuk maman nie..nnt boleh try resepi nie..:)

    ReplyDelete
  9. tak pernah masak puyuh macam ni..

    ReplyDelete
  10. kak !!! sedapnye pucuk maman tu kalau dibuat jeruk.. makan dengan nasik panas2..

    ReplyDelete
  11. Tak pernah makan lagi pucuk maman. Burung puyuh kalau kena yg lembut isi dia tu mmg sedap kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......