Tuesday, September 12, 2017

Cerekarama Siapa Sebenarnya Dia

Sabtu lepas sapa tengok cerekarama Siapa Sebenarnya  Dia ni? haih sentap tangkai jantung SA tengok citer ni...plot cerita memang menarik...dan Remy Ishak bawak watak kecelaruan identiti pun sangat menarik...Izara Aishah pun bawak watak best giler...penghayatan watak yang pada SA sangat berkesan..giler la kalau suami sendiri psycho macam tu...dengan kita nampak baik..nampak loving..tetiba di sebaliknya...pembunuh bersiri...

Details cerekarama:

JUDUL : SIAPA DIA SEBENARNYA
TARIKH / MASA : Sabtu, 9 September 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Ebby Saiful
TERBITAN : Mache Allstar United
PELAKON : Remy Ishak, Izara Aishah, Nina Iskandar, Dato Seri Shahreza, Salimah Mahmud, Zulkifli Ismail, Elly Mazlein




Sinopsis Telemovie Siapa Dia Sebenarnya Cerekarama TV3

Adrianna telah berkenalan dengan pemuda kacak yang bernama Qalif. Selepas 4 bulan bercinta, Adrianna dan Qalif telah bernikah, seterusnya mereka ke sebuah pulau untuk berbulan madu. Adrianna dan Qalif kemudiannya terserempak dengan seorang gadis yang wajahnya penuh kesan parut. Gadis itu bernama Haziqah dan dia amat terkejut apabila melihat Qalif. Adrianna yang tidak sedap hati mula menyiasat dan akhirnya dalam diam - diam dia bertemu dengan Haziqah dan meminta Haziqah berterus terang dengannya tentang hubungannya dengan Qalif.

Adrianna sangat terkejut mengetahui yang Haziqah adalah Isteri Qalif yang cuba dibunuh oleh Qalif sebelum ini. Kemudian Adrianna dan Haziqah berpakat untuk mencari bukti mengenai pembunuhan yang dilakukan Qalif. Tak lama kemudian Qalif pula mengetahui tentang rancangan Adrianna dan Haziqah. Qalif kemudiannya cuba mengelirukan Adrianna supaya tidak mempercayai cerita Haziqah. Apa yang berlaku seterusnya?


Korang dah tengok? terlepas? boleh cari kat Tonton kot....tengok la..best citer ni....

15 comments:

  1. Alamaak.. bila terbaca sinopsis nya terasa nak tengok la pulak.. hahaha.. walhal tak minat izarra aisyah pun.. jalan cerita SA tulis tu macam best pulak untuk TB godek kat tonton.. heee

    ReplyDelete
  2. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. SA tengok haritu.. uishhh,, kesian sangat bekas isteri dia ni.. suami dia ade 5 identiti..

    ReplyDelete
  4. Alaaa... mak terlepas la...Macam best je baca sinopsisnya...

    ReplyDelete
  5. hermm Pakcu tak sempat nak tengokkk, nasib baik ada tonton kikki

    ReplyDelete
  6. Saya tengok kak..Ya Allah memang berdebar tengok cerita tuh..Mula mula dah syak Qalif jahat lepas tuh bila part Haziqah pegang pisau tuh dah was was pulak jadinya. Penyudahnya betul laki dia psycho

    ReplyDelete
  7. tertengok..
    tp dah nak habis.. x tahu dah cerita dia mcm mna

    ReplyDelete
  8. tak tengok lagi cerita ni...nanti tengok online je lah, nampak macam menarik

    ReplyDelete
  9. tengok mmg best kan..psiko si remy

    ReplyDelete
  10. ala...kita tak tengok pun drama ni..nanti nak tengok kat tonton la

    ReplyDelete
  11. psiko rupanya si remy tu kan...ish...

    ReplyDelete
  12. sha tengok cerita ni macam nak gigit bantal, nak tumbuk dinding haha. best jugak drama melayu macam ni, asyik cinta dengan anak dato' je haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......