Hi korang...
Selamat berhujung minggu...dh masak ke tu? Takde idea? Okey hari ni SA nak share dengan korang resepi ikan goreng kicap dan SA jarang sekali jumpa ikan ni..kebetulan Selasa lepas masa SA cuti..SA ngan abah sempat ke Zemart cari lauk untuk masak tengahari..abah berkenan kat Ikan Daun Baru ni..rupa parasnya macam ikan bawal besar dan lebar..harga plak RM11 untuk sekilo..so beli aje la..total seekor RM26..kira besar dan berat dalam 2kg lebih..
Sampai kat rumah baru siang ikan tu..Abah memang beli ikan ke ayam ke atau daging memang suka siang sendiri..dia agak cerewet bab siang ikan ni..so ikan daun baru tadi potong 3..cuma goreng bahagian tengah tu je untuk masak tengahari..bahagian kepala dan ekor simpan untuk masak hari lain..
Jom tengok resepi simple SA
RESEPI IKAN DAUN BARU GORENG KICAP
- Ikan daun baru dibersihkan dan dilumur kunyit serbuk dan secubit garam
- Bawang putih 4 ulas di ketuk
- Bawang merah 3 ulas - dihiris
- Cili api - 10 biji - potong 2 dan menyerong
- Halia 1/2 inci - hiris halus
- 1 biji bawang besar - potong bulat
- Satu sudu besar lada hitam- ditumbuk kasar
- Satu sudu sos tiram
- Kicap
Cara masak
- Ikan daun baru di goreng dalam minyak yg banyak dan betul-betul panas
- Dah agak garing angkat dan ketepikan
- Asingkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis
- Tumis bahan 2-5 sehingga naik bau
- Masukkan lada hitam dan sos tiram
- Masukkan bawang besar
- Akhir sekali masukkan kicap
- Dah siap!!
Ada yang tak tau Ikan Daun Baru tu rupa dia macam mana?
Haaaa macam dalam gambar ni ha...puas SA google...mula dah lupa nama dia..gigih gak la cari sebelum up entry ni...amboiii....matanya..besar giler...
Kredit to google.com
Kredit to google.com
Besar ikan yang beli tu lebih kurang besar gambar kedua tu ha...memang cantik je kalau nak goreng seekor tu dalam kuali..tapi ajer gigih plak nak guna kuali besar dan minyak yang lebih banyak kan...so SA suruh Abah potong 3...itupun sekeping bahagian tengah badan yang SA goreng tu agak besar dan tak habis..repeat bawak ke malam..rasa ikan ni? Sedap dan dagingnya manis..kulit ikan ni agak tebal dan SA ketepikan...Abah cakap sesetengah tempat panggil Ikan Telinga Gajah...eh..kenapa plak? Rupanya sebab rupa paras ikan dan kelebarannya macam telinga gajah. SA kalau bab nama- nama ikan ni memang failed. Selalunya kalau pergi pasar akan tanya dulu kat orang yang jual tu..nama ikan...senang nak update kat blog atau social media...hehehe....Dan ada info yang SA dapat selain di goreng sahaja ikan ni sedap di masak Kari Utara..okey nanti balance ikan tu boleh masak kari pulak..
Selamat mencuba ye korang...
first time dengar ikan tu dan first time tengok... disebabkan ada cili api, resepi ni mesti sedap...
ReplyDeletesedapnya.. baru first time dengat nama ikan ni.
ReplyDelete1st time dgr nama ikan ni
ReplyDeletePertama kali dengar nama ikan nie SA..
ReplyDeleteHehehehe... Ikan Telinga Gajah nie memang best... Memang sedap... Susah nak dapat pulak tu... Teman kalau jumpa ikan kat pasar, mesti beli banyak-banyak... Ikan Kerapu Besar, Ikan Telinga Gajah dan Udang Lipan
ReplyDeleteFirst time ena dengar ikan ni. Terima kasih info pasal ikan ni, kalau tak sampai ketua la ena tak tahu hahahaha
ReplyDeletehahaha...sama macam komen di atas
ReplyDelete1st time dengar nama ikan nih
tapi rasa macam pernah makan
first time dengar ikan daun baru ni. hahahaa. macam sedap je resipi ni :D
ReplyDeletefirst time dengar nama ikan tu.dan tak pernah mkn.bila tunjuk kat hubby, memangla dia kenal.kaki pancing.hehe
ReplyDeletenice resepi, tak pasal2 kami belajar nama ikan.hihi
first time dgr nama ikan tu..)
ReplyDeletePernah tgk ikan nih kak tp xtau namanya. Akak share ni bru tahu... Huhuhu
ReplyDeleteuih first time dengar nama ikan daun baru or telinga gajah ni. rupa ikan tapi nama gajah? hihihi...
ReplyDeleteDulu2 pernah pancing ikan ni kat laut.
ReplyDeleteBuat ikan bakar tersangatlah sedapnya.
1st time dengar nama ikan ni. Unik kan. Yang penting sedap di makan
ReplyDeleteAah lah kak. Macam ikan bawal. Ana tak pernah makan ikan daun ni lagi.
ReplyDeletecantik rupa paras ikan ni ekk.
ReplyDeletefirst time aida dgr.
masak kicap... yum yum yummy! :)
First time kak dgr nama & tengok rupa ikan ni. Hihi. Btw, sedap nampak kak SA masak tu.
ReplyDeletefirst time dengar ikan ni
ReplyDeletekita tak pernah masak ikan ni..nak beli tapi tak tau nak masak ape
ReplyDeleteKali pertama tengok.. maklumlah jarang ke pasar besar cuci mata tengok pelbagai jenis ikan.
ReplyDeleteFirst time tengok dan first time dengar nama ikan nie.. Kikiki.. Comel sangat ikannya..
ReplyDeletekalau dekat kg memang ikan masak kicap ni benda biasa :) Cuma dekat bandar mcm jarang jumpa ikan masak kicap hee
ReplyDelete