Saturday, May 26, 2018

Resepi Masak Lemak Perut Babat Campur Rebung

Hi korang....

Siapa suka Masak lemak cili api perut lembu? atau sesetengah tempat panggil perut babat..SA suka masak lemak cili api atau buat kerabu perut..sedapnyaa..lama dah tak makan ni..Ekceli resepi ni saje SA share sebab memang dah ada dalam draft lama dah..lupa nak share..bila tiba bulan puasa ni memang lauk- lauk macam ni yang orang cari kan..lauk macam ni yang membuka selera..SA dan adik beradik kalau dapat lauk ni memang berebut..sebab tu tiap kali kalau masak kena masak banyak at least semua merasa..


Jom tengok resepi dan cara masak..

Bahan - Bahan
  1. Kunyit Hidup 
  2. Cili Api 20 biji/ lebih 
  3. Serai 4 tangkai ( di titik)
  4. Perut Lembu/babat  ( direbus bagi empuk)
  5. Santan dari Sebiji kelapa 
  6. Rebung ( SA beli RM5)

Cara2 masak
  1. Tumbuk cili api dengan kunyit hidup sampai agak2 halus ( nak cepat hancur letak sedikit garam kasar)
  2. Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam kuali / periuk serta masukkan serai 
  3. Biarkan di atas api sehingga kuah sedikit pekat
  4. Masukkan perut yang dah direbus
  5. Biarkan menggelegak
  6. Masukkan rebung
  7. Perasakan garam
  8. Tutup api
  9. Sedia di hidang
Masak lemak cili api perut lembu ni kena buat pedas baru ok...kalau tak pedas rasa macam tak best. Lagi satu kena rebus berulang kali untuk buang bau dia kan..sesetengah orang dah bersihkan sampai hilang bau..tak tau la depa guna apa..lagi satu ada jer yang di jual di pasaraya yang dah putih bersih..mak cakap tu dah rendam ngan air kapur berulang kali dah tu..tak apa la kan..janji sedap..lagi satu SA suka makan tembusu lembu iaitu perut muda lembu..payah nak jumpa tau..SA memang suka sangat..cara masak pun sama tapi kena masak ngan daun kunyit..campur benda lain jadi tak sedap..hehe..itu yang mak SA ajar la..macam adik ipar kat Perlis cakap perut muda depa selalu bakar dan cicah air asam..sedap...susah sekarang nak dapat perut muda..kena order siap2 sebab memang menjadi kesukaan orang yang pandai makan...

32 comments:

  1. Sedap menu tu.. ai ni tengah tunggu rebung mak dari kampung.. fresh buat sendiri.. tak sabarnya..

    ReplyDelete
  2. resepi lagi...bagus!!!
    boleh tambah dalam buku resepi...
    jemput ke Blog saya, ada GIVEAWAY sedang berlangsung...TQ

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa..menu peberet Suami Sis..nanti nak cuba gak laaaa

    ReplyDelete
  4. masak lemak suka, rebung pun suka tapi perut tu takmakan­čśé

    ReplyDelete
  5. Suka2.
    Biasanya guna babat lembu tempatan.
    Warna hitam, lagi piau

    ReplyDelete
  6. Amboi sedapnya lauk ni... Lama juga dah tak makan...

    ReplyDelete
  7. Allahuuu sedapnya perut..dulu tak suka makan perut..sekarang nih menjadi jadi plak..terliur la kak! Nak makan pn awal sangat nih baru 8 pagi..hehe

    ReplyDelete
  8. Amboi kak terliur sye ni hahhahaha..kerabu perut mmg sedap la..resepi akak ni semua best dan senang je hehehe...thanks kak sharing

    ReplyDelete
  9. Akak asyik tayang resepi je ye, hehe. Jeles betul la, akak tahu masak macam2. Emi pun kena contohi akak jugak ni. Practice makes perfect kata org.

    ReplyDelete
  10. wow sedapnya. Nak guna resipi ni untuk masak malam ini

    ReplyDelete
  11. Saya tak pernah makan perut masak lemak camni.
    Tapi, klu sup perut atau perut air asam memang favorite
    Sedapnyaaa. Tak sabar nk balik berbuka dengan family kat kampung

    ReplyDelete
  12. memang sedap makan perut ni dengan menu masak lemak cili padi.. lagi berapi lagiii terangkat.. thanks for sharing the recipe!

    ReplyDelete
  13. Masakan yang SA hidangkan ni memang berselera sekali. Tak pernah cuba makan perut masak lemak. Kalau perut buat sup je yang pernah makan. Haaa perut dengan air asam pun pernah sebab masakan orang utara. Masakan ni ada selalu Raya Korban.

    ReplyDelete
  14. babat tu x silap kat sabah orang panggil lemak kan? hehhe tak pernah makan perut tak tau rasa dia macam mana., tapi masak lemak tu sedap. kalau ganti dengan udang pun lagi sedap

    ReplyDelete
  15. Kebetulan inc8k asben baru je bawa balik rebung madu dari kebun.. Japgi baru nak siang. Tak kena gaya, mau miang sati badan kang haha

    ReplyDelete
  16. Sedapp ni kak, ada pulak sambal belacan, ngam!

    ReplyDelete
  17. nasib haritu dah dapat makan perut..hehee..jadi tengok ni tak rasa kempunan sangat..haha..tapi rebung tu..adoii..lama tak makan oii..buat masak lemak memang sedp..

    ReplyDelete
  18. lama dah ayu x makan rebung ni...dulu berpantang sekarang dah boleh tapi tak berkesempatan lagi..tapi nak buat masakan ni takdelah susah mana cuma nak cari rebung tu tak semua pasar ada huhu

    ReplyDelete
  19. Nampak sedap danemyelerakan pulak masak lemak perut babat ni.. Tapi tuhlah saya yak makan perut pulak. Tengok orang makan macam aedap je tapi bila nak makan tak boleh masuk

    ReplyDelete
  20. saya memang penggmar perut lembu. kalau kat kelantan perut lembu biasanya famous dengan menu air asam. alahai tulis komen pun dah kecur air liur hahaha. tpkan comel plak panggil babat tu

    ReplyDelete
  21. busyra tak makan perut.. tp busyra suka rebung.. hehe.

    ReplyDelete
  22. sy mula2 tak suka makan perut lembu. Tp bila makan char kuew teow kulit lembu dekat jempol dulu tu, terus tersuka. Mmg sedap perut lembu nie. Tak tahu pulak babat nie boleh dimasukkan sekali utk resepi masak lemak cili api. Nanti sy nak cuba jugak lah masak resepi nie

    ReplyDelete
  23. Perkongsian ini sukses membuat selera makam muncak deh. Klo saja bukan bulan puasa pasti Abby dah melipir ke warung sebelah paling tidak cari makanan yg hampir sama. Soalnya mau ke tempat ini jauuuuhhjj....

    ReplyDelete
  24. Nasib la Rawlins tak suka perut. Haha. Tapi masak lemak itu memang kelihatan sangat menyelerakan. Dah la time lunch nie. Hahahaha

    ReplyDelete
  25. Wah thanks sis. Macam sedap je ni. Nak buat juga laa..

    ReplyDelete
  26. MasyaAllah Kak SA punya masakan memang umphhhhh! Memang onie akan cari blog akak la bila nak belajar masak ,hehe

    ReplyDelete
  27. my favorite!!! but i dunno how to cook this dish. finally i can refer your recipe. wish me luck!!!

    ReplyDelete
  28. Aduh... terliur setiap kali saya tengok your resepi. Ini kalau masak bertambah tambah nasi kita makan kan. Sedap giller

    ReplyDelete
  29. thanks for sharing your simple home recipes, easy for us to try out as well!

    ReplyDelete
  30. Kalau lauk nie, sha makan perut je.. rebungnya tak makan.. kikiki..

    ReplyDelete
  31. setuju, kena buat pedas baru ummpphh makan dengan rebuk pulak memang terangkat!

    ReplyDelete
  32. minat ni. aida kan cucu org Nismilan pure.
    tapi tu la.
    mr.asben tak makan semua nyer, SA.
    rebung, babat, perut. semua dia x gemar :(

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah