Tuesday, January 22, 2019

Brisk Walk Di Seremban Lake Garden..

Hi korang...

Lupa SA nak share aktiviti brisk walk di Seremban Lake Garden 2 minggu lepas..hehehe..bagi laluan kat entry yang perlu di up dulu..kena la selang seli task review dengan personal kan..nanti orang ingat blog ni buat advertorial je..sebenarnya SA mengalami sedikit stress cuti baru - baru ni...stress dengan kepanasan cuaca dan masalah elektrik supply kat tingkat atas rumah SA...dah lama dah masalah ni berlaku bila hujan..tak tahu kat mana silapnya..kalau hujan letrik effect..dah beribu duit abih repair dah..ni dia nak mintak duit lagi la ni....sebelum SA lagi stress baik kita tukar citer lain....

Last 2 week SA sambung Brisk Walk lagi..lebih kepada melayan adik bongsu yang waktu tu nak jalan- jalan sebab nak cepat bukaan bersalin. delay 8 hari..so layan la dia berjalan kat Seremban Lake Garden ni..lama giler tak jejak kan..SA ambil peluang berjalan..sesekali jogging skit..agak penat stop..jalan lagi...luas sebenarnya Lake Garden ni tapi best sebab banyak pokok2 besar dan rimbun kan..so angin pun banyak walau peluh dah menjejeh dah...sebelum memulakan langkah...kita workout skit..bagi tak terperanjat urat badan...buat yang simple- simple jer...











Video SA berjalan...



Anak dara ni sekarang suka amik gambar macam ni....seni katanya...


Anak dara ni memang peneman mama dia la...

Tetiba Abah call tanya kat mana..dia nak sampai dah..rupanya dia sempat pi jemput Dida..amboiiii...datang dengan bermekap ala- ala princess...ni nak jogging ke nak apa ni...sempat la bawak dia masa round ke 2..kesian tengok dia mengah..dah tu sapa suruh datang kan...ikutkan dia nak main kat playground tapi kat area lagi satu...area yang SA pi ni tempat orang beriadah dan tempat pengantin- pengantin outdoor..so sambil jalan boleh la kita cuci mata....


Selfie jap ngan Dida


Dida dan kakak Dania


Adik dan mak SA...macam dua- dua mengandung...




Kami lepak kat sini sampai dah nak maghrib dah masa tu...then terus balik sebab kakak Dania nak pi tuition plak pukul 8...bagus sebenarnya kalau dapat buat hari- hari brisk walk ni...SA buat hari- hari waktu pagi berjalan dan naik tangga kat MRT station dan sekali lagi buat masa balik kerja..SA sekarang kan dah mula naik MRT semula...tak naik kereta dah...tak tahan jammed dan minyak agak mahal kan...walau bukan sendiri yang bawak..hahaha...

Minggu lepas tak dan buat brisk walk sebab badan tak berapa nak sihat..dan buat kejap je petang semalam bawak si Opick jenjalan keliling area rumah..tak sempat peluh keluar pun...

13 comments:

  1. Jalan-jalan tengok permandangan tenang rasa sambil hirup udara segar

    ReplyDelete
  2. best buat xtvt keluar pluh ni. Badan jadi sihat. Walaupun jalan-jalan still kluar pluh.. ni asyik duduk jer kt opis dalm ekon plk tu..cik nor la tu..hihi

    ReplyDelete
  3. Aktiviti yg bagus kak.. sedapnya teh ais yg dida pegang tu

    ReplyDelete
  4. cantiknya tempat ni kak. macam ala ala Titiwangsa ye.

    ReplyDelete
  5. teringin jugak nak brisk walk pusing satu taman pun dah ok tapi tulah selalu je tak jadi

    ReplyDelete
  6. bagus akiviti sihat macam ni, bilah lah saya nak berpeluang gini. Mohon ada kekuatan dan keinsafan juga hehehe

    ReplyDelete
  7. Bestnya dpt buat aktiviti mcm ni. Kekadang bila dah bz kerja xsempat nk exercise

    ReplyDelete
  8. Seronok sebenarnya dapat buat aktiviti macam ni. Badan pun terasa lebih segar cuma itulah macam-macam nak buat

    ReplyDelete
  9. hee tgk ig SA bersenam. Rasa seronok je. dapat buat aktiviti keluarkan peluh. baru badan rasa segar and sihat kan

    ReplyDelete
  10. dania la ni jadi photographer SA? pandai dia ambik gambar

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......