Friday, October 4, 2019

Ragam Housemate...

Hi korang...

Pernah tak korang alami masalah dengan housemate macam SA? SA duduk bujang dah lama giler tau..lebih 10 tahun rasanya duduk rumah sewa, lepas satu rumah ke satu rumah..dari rumah flat, kondo, rumah double story dan sekarang rumah townhouse di kawasan kampung..pelbagai ragam yang SA dah jumpa. dengan pelbagai ragam housemate. Paling best tinggal rumah double story sebab rumah sebesar alam tu ada 4 orang je termasuk SA, duduk plak dengan bangsa lain. melayu 2 orang dan philippines serta Benggali. Masa tu best takde apa masalah pun. Duduk Flat kat Kepong SA alami masalah housemate suka bawak balik lelaki. Keluar plak duduk Kondo SA ada masalah ngan owner yang tak nak langsung datang tengok apa masalah kat rumah, selain tu bertukar2 housemate dan ada gak yang housemate keluar macam tu je takde notis apa pun.

Masalah SA kat rumah sekarang ni muncul bila housemate bertambah dari 3 orang termasuk SA jadi 5 orang..baru- baru ni SA memang ada beli barang dapur SA sendiri untuk masak bekal ke tempat kerja. Biasa la duduk bujang memang kena beli la skit2 barang sebab konsepnya masak sendiri- sendiri. Tapi tu la..lain plak jadinya bila diorang sesuka hati tak maklum kat SA nak guna barang2 SA atau nak pinjam dan ganti balik. Memang sakit hati dibuatnya..Kita bukan jenis orang senang kan nak sentiasa beli barang..kalau orang senang takkan bawa bekal pergi kerja..ye tak?

Kat bawah ni status SA baru2 ni kat FB...




Semalam memang SA takde mood, marah dengan perangai masing- masing. Macam tak tau adat duduk rumah sewa. SA tak kisah kalau masing2 nak pinjam dan ganti balik. ini takde..main rembat jer macam kita ada share plak dengan diorang. Bila SA suarakan kat whatsapp grup seorang pun tak jawab.Pagi tu semua macam mengelak jumpa SA...

Lepas ni memang SA tak beli la barang dapur dah...kalau beli pun beli untuk sekali guna nak bawak bekal je..takpe la janji hati tak sakit kalau buat stock barang tapi orang lain duk selamba perabih kan..lain la kalau dah bincang barang- barang share, sesama makan dan sesama masak...ini seolah- olah SA plak yang menanggung diorang. Kita pun ada gak tanggungan kan...Diri sendiri pun adakala tak cukup. Sanggup makan sardin atau ikan bilis je janji dapat bawa bekal dan dapat makan.

Sampai ke hari ni diorang tak respon pun kat SA. Balik kerja semalam pun diorang lepak je kat bilik. Bila SA dah masuk bilik dan tido baru diorang keluar bilik. Kalau SA keluar bilik diorang cepat2 masuk bilik...apa maksudnya tu?

Ada yang pm SA kat fb cakap tak yah la nak berkira sangat benda makan. Halalkan aje la..setakat sikit je.. Allah...kenapa ada gak yang tak faham. Zaman sekarang ni harga makanan or bahan kering ni semua mahal..sardin dah berapa harga, telur dah berapa harga..ikan bilis lagi mahal. Kalau sekali SA kena takpe..ini rasanya macam dah selalu je kena. setakat bawang baru beli diorag guna sebiji dua tu takpe lagi..ni diorang guna sampai nak habis.Kalau macam ni senang SA cakap diorang ni dah biasa jadi kaki rembat. Takkan la SA nak simpan semua barang2 tu dalam bilik pulak kan...berbau la bilik. Tak pasal2 boleh mengundang lipas, semut or cicak....letih la perangai orang macam ni...terus mood SA sehari dua ni jadi apa ntah...

39 comments:

  1. geram pulak orang yg PM tu. Paham setakat benda makan tu boleh halalkan.. benda makan kannn mmg kalau boleh tak nak berkira.. tapi sekarang ni apa yang SA nak tekankan is ADAB MANA ADAB?! BIADAP KANNNNN!! orang yg PM SA tu dengan org yg rembat brg SA tu pun sama je dua kali lima.

    ReplyDelete
  2. Wow kurang ajar..kalau makan jadi darah daging. Lepas tu kalau beribadat Allah tak terima sebab makan benda haram (jika tak dihalalkan) sebab dah macam mencuri kan ambik hak orang. Lepas tu zalim ambik sampai habis tak bagitahu. Wow banyaknya dosa pastu tahu WA je bukan nak bertemu muka. Kemudian bila ada masalah mengadu2..lupa dah ambik hak orang. Eh kita pun marah tau...eeee kita pun pernah duduk rumah sewa....Nak write up jugak la..

    Teremosi.

    Salam Jumaat...

    ReplyDelete
  3. berani nya ye boleh ambik2 barang then makan pulak tu. jadi darah daging.. nak halalkan pun kena tau siapa yang ngambiknya. bukan main halal2 gitu kan. tak fahamnya concept hidup diarang ni. sabar ye..

    ReplyDelete
  4. sabar ya SA... susah dapat housemate jenis macam ni. kena sound jugak dorg tu. jgn memandai guna barang org. nak masak belilah sendiri.kalau dibiarkan nanti jadi lemak dorang ni.... mia pula yang geram...

    ReplyDelete
  5. tulah orang yg tak rasa memang tak akan faham. kita takkan berkira rasanya kalau org yg ambil tu mintak izin sebelum ambilkan?

    setakat ni ammi takdelah rasa msalah housemate gini. dulu masa duduk rumah sewa zaman belajar memang kitorang beli share-share masak dan makan sama-sama.

    lepas kerja duduk dengan kawan skolah berdua je 1 rumah jadi memang takde masalah langsung.

    ReplyDelete
  6. Tu dah macam mencuri dan berdosa dah tu guna barang orng tanpa minta izin. lagi2 makanan, makan benda haram. tak berkat hidup.hish2..nie mesti kat rumah tak belajar common sense. semoga dijauhkan kita semua dari orng macam nie..

    ReplyDelete
  7. aihh..ada juga ye perangai macam ni. kita pernah duduk rumah sewa masa belajar dulu. masak sendiri2 tp kalau nk pakai barang housemate, kte maklumkan die dulu. selagi dia tak kata YA, mmg tak ambik.. takut..

    sebab tu akan jadi darah daging kan.. moga SA bertabah la dengan depa tu..

    ReplyDelete
  8. apa teruk sangat housemate SA tuh, dahla salah songlap barangan org lps tu tak reti nk minta maaf or ganti lepastu nk buat gaya macamtu, memang semua tau takde adapla SA... taula usia muda macam budak2 tapi perangai takkan macam budak2 jugak... moga masalah ini dapat di selesaikan, kalau tak mmg tak seronok lah ddk macamtu SA... sapalah yg dok pm SA kata suruh halalkan, mesti jenis tak paham kot... konsepnya macamne

    ReplyDelete
  9. As-salam SA..

    ALLAHU.. saya yang baca pun rasa tak selesa. Semoga segala urusan SA selalu dipermudahkan.. in shaa ALLAH

    ReplyDelete
  10. Sakit plak hati kita baca, SA.. Haih kalau ada pilihan lain mmg nk keluar dari rumah sewa tu.. Annoying siap boleh pm suh halal.. Apooo... Kena kat batang hidung dorang, tau la... Duit gaji sendiri ada, buat apa.. Pi berjoli... Mmg mengelak dri SA dorang tu sume..

    ReplyDelete
  11. Dulu masa mak masih bujang dan duduk ramai-ramai, ada juga yang berperangai begitu. Lainlah kalau buat tabung kongsi ramai-ramai untuk masak dan makan sama-sama, kan? Kita bukan tauke balak...

    ReplyDelete
  12. Mmg susah kalau dok ramai2 mcm tu..masing2 dgn perangai masing2..sakit hati kalau jenis yg tak boleh bertolak ansur,suka guna brg org sedangkan hak sendiri tersimpan rapi..

    ReplyDelete
  13. Serius lah macam tu. barang makan main rembat je. kalau orang tak halalkan tak takut ke agaknya. ni kes nak lepas tekak sendiri je amek barang orang. Harap harap dorang sedar lah dan ganti balik takpun minta maaf. bukan senang nak cari duit beli makanan yang dah makin naik harga sekarang

    ReplyDelete
  14. Susah juga kalau dapat housemate yang suka ambil kesempatan macam ni

    ReplyDelete
  15. Nak ambil masak dan makan tuh tak salah tapi kena minta izin dulu. Tanya boleh tak nak guna sekian sekian. Then, cakap akan ganti balik. Barang makna tu kot jadi darah daging. Tak faham spesis macam ni pun ada. Dah buatvsalah duk elak elak pulak..

    ReplyDelete
  16. sabarla..org ni kalau jnis takde adab..mmg la gitu. main rembat je...

    ReplyDelete
  17. Ni masalah adap, halal dan haram. tak tahu ke kalau ambil tu dikira curi.

    ReplyDelete
  18. Duduk rumah sewa mcm tulah ragamnya. Tak kira lelaki atau perempuan. Setakat 3-4 org tu blh sekepala. Tapi bila ahli bertambah, mulalah mcm² hal berlaku. Kes hilang duit dlm rumah pun berlaku.

    ReplyDelete
  19. Eiii bencinya dgn perangai org camni kak! Tu kan barang makan so kena la mintak izin! Jd darah daging kottttt

    ReplyDelete
  20. mmg susah ada housemate camni, pernah kena, masa nak masak nasi, takda beras lak sdgkan mmg masih byk sebelum nya, mmg down dan blood go upstair lah, rasa nak jadi naga masa tu, nsb ada yg sabarkan

    ReplyDelete
  21. Hadoii parahlah ada housemate macam nih! Bonde tak pernah mengalami perkara macam nih, tapi baguslah SA tanya, kalau diaorang tak ngaku tak pe, tak perlulah beli banyak stok untuk mudahkan mereka guna lps nih.

    ReplyDelete
  22. Mmg kurang adab betul2 tu...
    Sabar ya kak.. Jgn stress2... Akak kena jaga kesihatan.. Xleh stress2 selalu.. Buat mcm yg akak ckp tu.. Beli utk sekali masak ja...

    ReplyDelete
  23. Bagi saya,kalau yang minta baik-baik tu, memang tak ada masalah nak halalkan. Kalau sekali-sekala nak minta makanan kita tak pelah. Tapi kalau hari-hari tu memang kita pun marah. Kalau dah tak tahan, Kak SA kena cari rumah lain lah. Lama-lama nanti makin stress pula kalau terus duduk kat situ. Semoga dipermudahkan segala urusan, kak.

    ReplyDelete
  24. Kurang adab lah dorang SA.
    bukan nak minta maaf depan2..pastu main mengelak plak tak nak bertembung.
    lama-lama stress..

    ReplyDelete
  25. hurmm, kalau sama2 beli tak berkira bolehlah halalkan, tapi kalu kita sorangggg jer beli, SK pun marah SA uiii

    ReplyDelete
  26. Hmmm diorang buat senyap je ke SA? Tak ganti balik. Penat juga macam tu kan

    ReplyDelete
  27. Replies
    1. Sekali dua bleh la bersabar..ni dah selalu..lain la kalau mintak izin...

      Delete
  28. Tak pernah ada pengalaman duduk menyewa. Susah juga kan kalau tak hormat hak orang lain ni.

    ReplyDelete
  29. Parah jugak kalau mcm nie.. Pasni takyah beli dah..

    ReplyDelete
  30. kalau saya pun memang hot juga dengan orang macam ni, jenis susah nak hormat kat orang.

    ReplyDelete
  31. dulu penah gak wak nak sewa bilik bujang smpi owner tnye samade wak ni org negara K kah?! kalo negara K owner xnak sbb dh serik.. huhu hebatt kanns

    ReplyDelete
  32. Kalau Sha jadi akak pun Sha marah.. barang kita beli untuk kegunaan kita.. Dah lah main ambil je.. Kalau ada perbincangan untuk berkongsi barang makan lain ceritalah.. dah tu tak reti nak minta maaf ke apa.. Memang tak suka orang perangai macam nie.. Tak reti menghormati hak orang..

    ReplyDelete
  33. kalo jd mcm SA kita pn marah..yela dh la xckp apa..nk pinjam ke..nk ganti blk ke..diam plak..ingt kita beli nk tanggung smua 1 umh...mmg payah la camni

    ReplyDelete
  34. kalau duk tempat kak SA mesti la marah gak.. ada housemate macam tu.. kita lelah buat keluar duit beli barang dia senang2 susuk barang tu..apa la manusia punya perangai mcm tu

    ReplyDelete
  35. kita sekarang duduk rumah dua tingkat 4 orang, sorang satu bilik...best tu best tapi owner tak nak amek tau pun apa2 pasal rumah..rosak ke ape kee tanggung sendiri...sebab sewa pun murah bawak 1k...

    bab masak2 ni semua da gitau awal2 share2 n pakai aje...kalo ada yang ekslusif sikit macam megi ke, lauk pauk ke, akan tanya dulu sebelum amek, then ganti kemudian...kalau macam housemate kak SA tu adoi..payah gak ekkk...nape tak mengaku and minta maaf aje kalo da salah, nanti ganti la balik..nak duduk satu rumah kot!

    ReplyDelete
  36. Macam-macam hal ya SA bila dah duduk berkongsi macam nie.. patut kena faham juga lah bila nak guna barang tu lebih manis mintak izin..

    ReplyDelete
  37. kalau dpat housemate mcm tu pun JM mengamok..mmg akan bisisng la..mana boleh main ambik brg orang...masing2 keje beli la kalau nk mkn..kalau asyik dok rembat barang org..'untung' besar la..seyes x suka org perangai cengitu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah