Monday, December 30, 2019

Masak Lemak Cili Api Daging Salai Campur Terung Telunjuk

Hi korang...

Sabtu lepas kan birthday mak SA, sebelum ni Mak Abah ada la balik kampung sekejap untuk salai daging. Laaa salai daging sampai balik kampung kan..hahaha..xde la..sebenarnya kalau salai daging kami memang suka salai dengan sabut kelapa sebab aroma salai tu yang akan menyedapkan bau daging tu selepas dijadikan masakan. Biasa kalau kat NS ni daging salai memang dimasak masak lemak cili api. Lepas tu di campur dengan sayur- sayur segar yang ada contohnya pucuk ubi, terung telunjuk dan sebagainya. Kali ni SA campurkan dengan terung telunjuk. Sedap...

Sebenarnya lauk ni permintaan birthday girl kan...so kita layankan aje....


Salai daging guna sabut kelapa..kena make sure tak melibatkan api ye..nanti hangus x sedap


Terung telunjuk..


renehkan daging dengan cili api dan serai...reneh lama sikit agar daging tak liat


masukkan santan dan make sure kacau selalu agar tak terbit minyak


Masak dah

tadaaa dah siap..

Korang nak jugak masak macam ni? Nasib baik SA rajin nak bagi resepi....

Masak Lemak Cili Api Daging  Salai

Bahan-bahan
1kg daging ( disalai guna sabut kelapa)
Cili api segenggam & kunyit hidup ditumbuk halus
3 batang serai- dititik
1 kg Santan
Terung telunjuk 7 biji belah 2
Garam

Cara-cara
Masukkan santan + cili api + serai dlm periuk..kacau selalu agar tidak bertahi minyak..tambah air jika perlu, biar mendidih dan agak pekat santan tu
Masukkan daging salai yang dah dihiris
Perasa kan garam
Masukkan terung telunjuk, biar seketika sambil di kacau selalu
Tutup api
Siap

Selain dari dari terung telunjuk biasa SA masukkan pucuk ubi, apa yang sedap dicampurkan dalam masakan daging salai? Ada orang suka campur buah bacang , mangga muda, daun gelugor atau campur buah belimbing buluh..semua ni memang sesuai dicampur dengan Masak Lemak Cili Api Daging Salai...sedap sangat...korang cuba la..

23 comments:

  1. Bukak-bukak je blog terus terampak menu ni arghhh sedapnyaaa....
    Peberet Sis ni, kalau makan luar, nampak menu ni, ini yang Sis ceduk dulu...dap dap!

    ReplyDelete
  2. feveret gak ni, SA. Nak masak sendiri, x reti kalau daging masak salai ni. tapi kalau pi makan kat mana2 ada menu ni, mmg wajib amik.

    ReplyDelete
  3. ooo gitu cara salai nye...baeklah, balik kampung bintulu kang nak salai daging tunjuk kat mak...dia suka bab salai2 ni terutamanya salai ikan tongkol...

    ReplyDelete
  4. wahh msk lemak cili api mancongkam tuu

    ReplyDelete
  5. sedapnya daging salai masak lemak cili api tuh SA, dana tak pernah masak atau makan terung telunjuk tuh... tengok SA masak ni teringin nak try pulak

    ReplyDelete
  6. mana nak cari daging salai tu eh. anak akk suka masak lemak cili api dgg salai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa ada jual kat area2 kampung kak, tepi2 jalan..especially nak ke kuala pilah tu...tapi buat sendiri lagi bagus..beli je daging 1-2 kg, hiris2 lebar2 macam dalam gambar tu..then salai guna arang atau guna sabut kelapa, tempurung kelapa pun boleh...

      Delete
  7. i paling suka masak lomak daging salai dicampur dgn pucuk ubi.. omangai sodap sampai menjilat siku ghroman eh :D

    btw, Selamat Ulangtahun Kelahiran Makcik.. semoga diberi kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  8. makan dengan sambal belacan wowww sangat ini

    ReplyDelete
  9. ade simpan bawah saji lagi tak? nak ketuk pintu rumah ni

    ReplyDelete
  10. Kita suka terung telunjuk buat masak asam tempoyak lawan dengan ikan

    ReplyDelete
  11. sedap nih..ada smokey taste tu yg best..abg ipar orang negori selalu masak gulai ni..

    ReplyDelete
  12. alahai sedapnya..memikat selera tiba2..:)

    ReplyDelete
  13. sedapnya kak SA.. sha suka terung telunjuk tu..

    ReplyDelete
  14. Pernah la sekali dua masak daging salai masak lemak ni. Kat KL ni mana nak cari daging salai sis?

    ReplyDelete
  15. Kalau wak, semasa menyalai dah habis separuh.

    ReplyDelete
  16. Forever favourite ni masak lemak daging salai.

    ReplyDelete
  17. alahai sodap eh nampak. ammi biasa lotak ubi kontang yo....ek ehhhh tercakap bahasa kampung pulak haha

    ReplyDelete
  18. aduyaii kak sedapnya tu.. baru balik dari PD aritu tak sempat nak makan masal lemak daging salai

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah