Hi korang....
Weekend lepas SA jumpa diorang ni semua....ada yang balik...so tak la boring..anak dara SA tu macam biasa la weekend memang memerap dalam bilik study...2-3 kali SA tinjau memang dia leka study...turun bawah pun untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang je...riuh rendah rumah kalau anak- anak buah balik...baik lelaki baik perempuan semua melasak...lari sana sini dan yang pastinya akan bergaduh jugak la..biasa la nama pun budak- budak kan....
Masa lepak- lepak kat depan tv tetiba rasa nak pi jogging...terus cakap..siapa nak teman mama pergi jogging...wahhh...Dida ngan Opick melompat- lompat..tak padan kecik si Opick tu...nak ikut....SA x bagi Opick ikut sebab susah nak control dia kang...dia suka lari meluru laju tak terdaya SA nak mengejarnya...tak jadi jogging SA kang..tapi dia nak ikut jugak...ibu dia pun cakap bawak la mama.....aduhai..dia buat muka kesian plak masa tu...terus SA cakap Opick kalau nak ikut mama kena kiss mama dulu....terus dia kisss....sabar jer la....ajak jugak la kakak Dania...senang dia nak tengok - tengokkan adik2 sepupu dia main permainan while mama jogging 3-4 round padang permainan tu...
Dida dan Opick
Si bujang SA yang lasak yarabbi ni...
bukan main suka main gelongsor
Mamalong diorang jogging...brisk walk..sampai berjurai- jurai peluh...lega rasa dapat jogging
Dengan Tiara adik si Opick...SA nak tido di kacau...dia ni boleh tahan lasak gak ni
Itu lah rutin SA time weekend kalau tak kemana...minggu ni tak tau la diorang ni balik ke tak...kalau tak balik sunyi la rumah...bila balik riuh rendah...minggu ni SA takde agenda kat rumah..tak tau la..biasanya aktiviti adhoc..maybe masak- masak...maybe nak buat popia sayur Dania request...maybe nak buat mee goreng kerang ke...eh..banyak plak agenda..x tau la lagi..kalau ada entry update dari SA tu ada la aktiviti...
Kisah akasia MRT SA pun makin hangat...post pasal tu je cecah banyak betul likes and komen...tapi tu la..masih ada kesinambungan la selagi tak jumpa point sebenar mamat tu kan..maybe dia nak kenal..atau mungkinkah dia agent insurance macam yang SA kena sebelum2 ni...atau dia mmg suka tgok perempuan membaca..eh..x tau la...kita tunggu lagi la eh...hari ni jumpa dia tapi dia dah naik train dan SA lewat seminit pintu train dah tutup...wakaka...takde la rasa frust ke apa sebab dari dalam train mamat tu senyum dan lambai kat SA..hahahaa....so to be continue la nampaknya....korang yang mengikuti kisah ni sila sabar tunggu sambungan part 5 eh.....hahahaha...
Mamalong confirm jenis sporting sebab tu selalu anak-anak buah nak dekat :)
ReplyDeleteMasa hujung minggu boleh keluar jalan-jalan.
ReplyDeletebest kan anak buah ramai, memang meriah havoc weekend ^_^
ReplyDeleteSalah satu terapi jugakan SA bila dapat berkumpul dengan anak-anak buah ni.
ReplyDeleteBest ny anak buah ramai..
ReplyDeletewak di kelilingi pokok2 buah aje
ReplyDeletebestnya melayan budak-budak ni :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteseronok layan budak2 kat taman...
ReplyDeleteBila akak post gambar kaki mamat MRT tu, kitorang pulak yang rasa saspen kak..haha
ReplyDelete