Hi korang...
Ahad lepas SA sempat masak sikit untuk tengahari dan petang SA masak untuk bekal hari Isnin....hari Ahad SA x kemana pun..keluar sekejap pergi Zemart beli lauk untuk masak tengahari...SA beli Ikan Siakap..Mak teringin nak makan ikan siakap masak lemak cili api campur petai kikis...petai kikis? ye...petai tu tak dibuang kulitnya tapi di kikis luaran kulit tu..nanti la akalu SA ada masa SA tunjuk kat sini. Kebetulan besan Perlis dia bagi petai banyak...meriah la lauk pauk letak petai...
Jom la kita tengok gambar...SA busy membawang minggu ni....so..tak banyak entry SA up..nak plak takde langsung entry review tahun ni...dan takde jemputan dah..maybe SA dah mengalami zaman kejatuhan...so takde dah jemputan apa2 pun...kalau ada pun tak dapat pergi sebab SA kerja...event banyak hari biasa..kalau weekend pun tak dapat nak pergi sebab ada tanggungjawab lain kan....
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Campur Petai Kikis
Ayam Goreng untuk anak- anak
Sayur bayam goreng
Sambal sotong petai untuk bekal
Asingkan sikit untuk bekal
Ikan Selar Papan goreng berlada...amik seketul je untuk bekal
Lately ni SA jarang- jarang bawa bekal pergi kerja...kemalasan pun ye jugak...lagi satu kat rumah sewa SA x sempat lagi nak beli apa pun keperluan dapur..ada beras je sikit beli pek kecik...tengok la kalau balik awal kerja SA masak la untuk bekal...takde masa nak singgah beli barang asah..bawang apa segala pun dah tinggal sikit tu...SA hanya akan bawa bekal untuk makan tengahari je...pagi SA sekarang amalkan makan roti wholemeal..dan petang pun makan roti..malam SA memang tak makan..last meal SA sblom kul 8 malam...sekarang inch dah banyak kurang..berat masih mantain 59kg - 60kg..hahaha...
Wah berat badan turun. Makan roti wholemeal memang sihat.
ReplyDeleteas usual menyelerakan menu2 weekend SA. Love ikan siakap.. masak lemak ikan siakap tak pernah try masak.. sll buat stim limau & 3 rasa je. Jellynya Berat SA maintain je! i ni semangat nak workout ada.. tp tak pernah makbul.. in my dream.. hahaha
ReplyDeletewaa sedapnya SA masak..
ReplyDeletePetai tu msk apapun membangkitkan selera,kan..
ReplyDeleteikan siakap masak lemak..tk pernh lg mkn..sotong tu yumyyy..lamanya tk masak gtu
ReplyDeletewaduh sedapnya semua menu kak oi, petai kikis tu biasa kalau masak sambal biilik masak dalam masak lemak pun nampak sedap jugak
ReplyDeletenyum sedap semuanya menu hari ahad dapur SA tu ^_^
ReplyDeletesemua menu akak ni nampak sedap.ni mahu makan bertambah
ReplyDelete
ReplyDeletenampak sedap2 belaka
Wah sedapnya SA.. lama tak nampak orang masak petai kikis. Dulu Mak akak suka masak petai kikis nie SA..
ReplyDeletesambal sotong tu menganciammmm..sayangnya tak makan petai..hahahhaha
ReplyDelete