Friday, February 21, 2020

Sinopsis Novel Aku Ada Dia ~ Lynn Alyna

Hi korang..

SA dah habis sebuah lagi novel best keluaran Kaki Novel..dan ada jugak tertumpah air mata ni ha..as usual bila terlalu menghayati...

Tajuk : Aku Ada Dia
Penulis : Lynn Allyna
Harga : RM22.00



Ayu Harlina pasrah. Demi anaknya, dia rela melepaskan Engku Fareez. Enam tahun berlalu... dan takdir menemukan mereka sekali lagi. Walaupun cinta masih ada di hati mereka, tapi keadaan menghalang.

Engku Fareez berusaha untuk memujuk, tapi hati Ayu Harlina masih ragu-ragu. Cukuplah dia rasa rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu hancur. Dia tak mahu jadi parasit yang mungkin akan hancurkan rumah tangga orang lain pula.

“Abang... jangan main-main boleh tak?” Dia tak suka dan tak selesa bercakap tentang hati dan perasaan dengan Engku Fareez. Keadaan dah berubah. Mereka bukannya suami isteri macam dulu. Tolonglah faham.

“Abang tak main-main. Sejak kali pertama abang jumpa Ayu dua minggu lepas, abang rasa makin rindu. Macam dah tak boleh ditahan-tahan. Kalau dulu, tak boleh jumpa sebab tak tahu Ayu kat mana, tapi bila dah jumpa semula ni memang abang tak mahu lepaskan peluang.” Jujur sahaja Engku Fareez membuat pengakuan.

“Abang... jangan buat Ayu rasa serba salah boleh tak? Abang dah ada keluarga sendiri, kita dah tak boleh jumpa macam ni. Kalau Hayfa atau keluarga Hayfa tahu macam mana? Kalau bonda abang tahu macam mana? Ayu tak sanggup kalau apa-apa jadi kat Hanania. Ayu tak sanggup, abang.”

“Ayu tak rindukan abang ke?”

Tapi mampukah dia menahan hati yang masih sarat dengan cinta? Siapa Sarah? Dan apa kaitan Hayfa dan Tengku Soraya dalam kehidupan mereka?

“Cintai Dia. Percayalah pada-Nya. Kerana Dia akan sentiasa ada untukmu.”

11 comments:

  1. wah..best ni..lama nau tak baca novel..:)

    ReplyDelete
  2. Konflik tak nak kacau rumahtangga orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah dipaksa bercerai, anak dirampas sejurus melahirkan..dan isteri mengalah hanya kerana nasib anak, best citer ni...nangis baca

      Delete
  3. Ini kalau buat drama ni pun best nie...

    ReplyDelete
  4. kalau masih sayang kenapa dulu nak lepaskan dan curang. stressnya laki macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam citer ni Engku Fareez orgbkaya, Ayu org biasa, bonda dia yg pisahkan sejurus lepas ayu bersalin, anak kena rampas dan ayu yg mengalah...sedih citer dia..

      Delete
  5. Takda produser filem yg minat ke utk buat filem..

    ReplyDelete
  6. novel2 gini nama karakter dia mesti cantik2 kan...

    ReplyDelete
  7. cerita macam ni confirm akan ada drama adaptasi nanti

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......