Alangkah indahnya duduk santai-santai dengan family di hujung minggu...petang-petang sambil minum kopi makan cekodok bilis..borak-borak santai tentang seronoknya anak cucu kalau dapat berlari-lari sekeliling rumah atas tanah sendiri. Berkejar-kejaran main police &thief. Hiruk pikuk suara masing-masing. SA pandang muka abah dan mak yang kian di mamah usia, entah sempat atau tidak nak menikmati kehidupan yang lebih selesa..mengeluh atuk uwan sambil senyum tengok cucu bergurau senda. Terpancar riak bahagia..
Tapi itu seandainya ada rumah atas tanah sendiri kan? Sekarang buat masa ni hanya mampu tengok cucu-cucu main air kolam tiruan dekat porch depan rumah je....impian nak ada rumah di kampung dan atas tanah sendiri entah bila terlaksana.Kalau lah impian terlaksana pastinya Abah Mak nak bina rumah besar dan kawasan rumah dikelilingi pokok-pokok buah seperti durian, manggis, rambutan dan langsat.Bila fikir balik...kenapa kita tidak sekaya mereka yang sememangnya kaya raya?...yang boleh beli rumah macam beli baju kat butik mewah.. Yang ada banyak rumah kat mana -mana dan boleh je hadiahkan untuk anak-anak. Macam yang biasa kita semua tengok dalam drama-drama tv kan? hehe...korang rasa pelik tak? Mesti ada rahsia kan?
Walaupun tahun 2020 semakin hampir sampai ke penghujungnya, masih sempat lagi untuk kita cuba capai azam kita untuk bina rumah secara tunai...bukan orang kaya aje yang boleh buat rumah secara tunai..Orang kerja kerajaan dan swasta pun boleh buat rumah secara tunai kalau kena caranya.
Tapi itu seandainya ada rumah atas tanah sendiri kan? Sekarang buat masa ni hanya mampu tengok cucu-cucu main air kolam tiruan dekat porch depan rumah je....impian nak ada rumah di kampung dan atas tanah sendiri entah bila terlaksana.Kalau lah impian terlaksana pastinya Abah Mak nak bina rumah besar dan kawasan rumah dikelilingi pokok-pokok buah seperti durian, manggis, rambutan dan langsat.Bila fikir balik...kenapa kita tidak sekaya mereka yang sememangnya kaya raya?...yang boleh beli rumah macam beli baju kat butik mewah.. Yang ada banyak rumah kat mana -mana dan boleh je hadiahkan untuk anak-anak. Macam yang biasa kita semua tengok dalam drama-drama tv kan? hehe...korang rasa pelik tak? Mesti ada rahsia kan?
Walaupun tahun 2020 semakin hampir sampai ke penghujungnya, masih sempat lagi untuk kita cuba capai azam kita untuk bina rumah secara tunai...bukan orang kaya aje yang boleh buat rumah secara tunai..Orang kerja kerajaan dan swasta pun boleh buat rumah secara tunai kalau kena caranya.
Rahsia Buat Rumah Di Atas Tanah Milik Sendiri Secara Tunai.
Tidak semua orang tau impian untuk buat rumah diatas tanah milik sendiri boleh dilaksanakan. Perancangan perlu ada. Selain itu wajib anda semua ambil tahu ilmu membeli rumah atau sekurang- kurangnya ada sedikit ilmu pengetahuan khususnya pengetahuan turun naik harga sesebuah rumah samada ianya senang dijual atau tidak di kemudian hari.
Paling penting anda boleh beli rumah di bawah paras kemampuan di lokasi yang strategik. Beli semasa usia muda sebab rumah murah lebih senang untuk dijual semula kerana lebih ramai pembeli. Seeloknya elakkan membeli hartanah premium kerana tidak ramai yang mampu untuk membelinya.
Sebelum kita membuat perancangan untuk membina rumah atas tanah sendiri, perlu buaat sedikit homework.
Kelebihan membuat rumah atas tanah sendiri adalah :-
Kelebihan membuat rumah atas tanah sendiri adalah :-
- Boleh pilih reka bentuk mengikut cita rasa anda.
- Boleh tentukan susun atur dan berapa banyak bilik yang anda mahu.
- Boleh pilih hiasan dan kelengkapan dalaman, mengikut kemahuan dan kehendak anda
Untuk perkara pertama yang anda perlu utamakan adalah Bajet. Anda perlu kaji berbaloi atau tak bina rumah atas tanah sendiri.
Apa nak dibuat dengan rumah murah yang dibeli? Sewakan atau jadikan homestay untuk pelancong.
Sebagai contoh jika anda
berasal dari Melaka dan mempunyai ramai saudara mara di sana, beli rumah di
Melaka dan tukarkan menjadi homestay. Kenapa Melaka?
Kerana Melaka mempunyai lokasi tepi pantai atau dekat kawasan
peranginan oleh itu ia merupakan satu bonus untuk anda jadikan rumah sebagai homestay kerana permintaan tinggi dan sentiasa laku.
orang Malaysia kan suka berlibur. Jadinya permintaan untuk homestay sememangnya tinggi di area ni khususnya pada hujung minggu atau cuti sekolah.
Boleh lihat contoh homestay di Melaka dalam senarai dibawah.
orang Malaysia kan suka berlibur. Jadinya permintaan untuk homestay sememangnya tinggi di area ni khususnya pada hujung minggu atau cuti sekolah.
Boleh lihat contoh homestay di Melaka dalam senarai dibawah.
* Homestay tepi pantai
melaka
Pada musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu semestinya homestay yang mempunyai pantai akan laku keras. Memang susah nak cari homestay di waktu- waktu begini. Kebanyakkan family lebih suka bercuti di kawasan berpantai supaya anak- anak boleh mandi pantai tak kira pagi atau petang. Pelbagai aktiviti riadah juga menjadi kegemaran orang ramai. Tak mustahil permintaan untuk menyewa homestay sangat tinggi.
Klik Sini untuk info selanjutnya > Blogger Ibu Syurga
*Homestay tengah Bandar Melaka
Memandangkan permintaan tinggi untuk homestay di tepi pantai, tetapi ada jugak yang suka cari homestay di sekitar bandaraya. Tak semua suka pengalaman bercuti di tepi pantai kan? Ada juga yang suka suasana berbeza. Homestay yang ada kolam renang dan berada di tengah- tengah bandar juga ada daya tarikan tersendiri. Pelbagai aktiviti juga boleh dilakukan dan tidak mustahil juga homestay di tengah- tengah bandar terutama kawasan Bandar Hilir dan Ayer Keroh sentiasa penuh ditempah pengunjung dari luar Melaka. Semestinya aktiviti JALAN JALAN CARI MAKAN menjadi agenda utama selain berkunjung di lokasi- lokasi menarik yang sedia ada dan terkenal di Bandar Melaka.
Selain itu ramai yang memilih lokasi homestay di tengah bandar Melaka kerana keunikan senibina homestay itu sendiri. Populariti sesebuah homestay itu juga mampu menjadi tarikan contohnya Limastiga Homestay Melaka ini. Interior design untuk homestay ini mampu menarik perhatian orang ramai yang cintakan seni. Zaman social media macam sekarang sememangnya lokasi- lokasi yang cantik menjadi tumpuan untuk peminat fotografi memetik gadjet mereka dan semestinya diabadikan dalam social media untuk kenangan dan tatapan pengikut mereka.
Limastiga Homestay Melaka
Klik sini untuk info selanjutnya > Blogger Ibu Syurga
Mana nak cari lokasi yang panas dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong?, cari di lokasi berhampiran tempat menarik di bawah. Orang ramai akan memilih lokasi percutian yang berdekatan dengan tempat- tempat makan popular. Siang dan malam pasti kawasan ini penuh menjadi tumpuan. Siapa yang tak suka makan- makan kan? itulah tujuan utama sebuah percutian lagipun. Sememangnya tempat makan menjadi tumpuan utama.
Contohnya ramai yang menyerbu
Medan Ikan Bakar Umbai
Asam Pedas Claypot Melaka
Banyak lagi tempat menarik di Melaka yang tersenarai.
Klik sini untuk info selanjutnya > Blog Sukamakanjalan.blogspot
Klik sini untuk info selanjutnya > Blog Sukamakanjalan.blogspot
Jangan risau ye...bukan hanya di Melaka sahaja terdapat tempat popular untuk bercuti. Banyak tempat lain juga menjadi lokasi strategik untuk membeli rumah dan menjadi tumpuan pelancong. Contohnya sekiranya anda mempunyai interest untuk membeli rumah di Cameron Highland atau kalau kampung anda berada berhampiran Cameron highland, boleh beli rumah di Cameron. Jangan tak tau homestay di Cameron Highland juga menjadi tarikan sehingga sekarang. Sebab tu Cameron Highland sentiasa penuh di musim-musim percutian kan?
Contoh contoh homestay di Cameron Highland. Jom baca di blog ini dan terdapat beberapa homestay popular dalam senarai.
Klik disini untuk info selanjutnya > Blog Sukamakanjalan
Jual rumah tersebut sebelum pencen. Ini cara jual rumah cepat.
Sebenarnya cara paling cepat untuk memiliki wang tunai yang banyak adalah dengan menjual rumah yang anda beli sebelum pencen. Rumah yang dibeli pada usia muda sekiranya dijual pada kadar pasaran hari ini, pasti mendapat pulangan yang lumayan. Setelah itu anda boleh membuat perancangan untuk membeli tanah untuk bina rumah secara tunai.
Langkah yang bijak bukan?
Terdapat cara- cara mudah untuk menjual rumah sebelum pencen. Anda boleh rujuk di sini. Segala cara yang mudah tersenarai di sini > https://www.dawaibesi.com/2020/04/proses-jual-rumah-cepat-ejen-hartanah.html
Langkah yang bijak bukan?
Terdapat cara- cara mudah untuk menjual rumah sebelum pencen. Anda boleh rujuk di sini. Segala cara yang mudah tersenarai di sini > https://www.dawaibesi.com/2020/04/proses-jual-rumah-cepat-ejen-hartanah.html
Selepas jual rumah, pastikan kita beli tanah yang sesuai. Ini caranya
Kalau boleh jangan la sampai tersalah membeli tanah untuk dibina rumah, pasti pening kepala nak selesaikan semua masalah ini.
Antara ciri-ciri tanah yang perlu diberi perhatian sebelum membeli;
Antara ciri-ciri tanah yang perlu diberi perhatian sebelum membeli;
- Periksa zon tanah yang ingin dibeli dari jenis kediaman.
- Pastikan tanah tersebut mempunyai geran individu
- Infrastruktur dihadapan lot tanah telah pun disiapkan.
- Saiz lot tanah yang ideal untuk membina rumah.
- Kedudukan lot tanah banglo di atas geran.
- Bentuk tanah yang ingin dibeli.
- Bentuk muka bumi.
Selanjutnya boleh rujuk disini > https://www.dawaibesi.com/2020/03/ciri-ciri-tanah-lot-banglo-yang-wajib.html
Tanah memang mahal sekarang ni, sebab tu ramai buat rumah 2 tingkat supaya lebih luas.
Memandangkan harga tanah sememangnya mahal ketika ini. Konsep rumah yang ingin dibina adalah penting dan perlu di beri keutamaan. Ramai yang memilih design rumah banglo 2 tingkat kerana design ini begitu popular. Pastikan anda berbincang sepenuhnya dengan kontraktor yang telah anda pilih agar perancangan dan pilihan anda adalah tepat.
Ini contoh rumah banglo 2 tingkat untuk kita bina. Pelan percuma disediakan oleh pihak Nas Nuri Construction.
Boleh rujuk disini untuk pelan rumah banglo 2 tingkat tersenarai dalam blog ini untuk rujukan anda
Cari kontraktor rumah yang bagus tau. Lagi bagus kalau kontraktor tu boleh uruskan A sampai Z
Ramai pemilik tanah yang membina rumah di atas tanah sendiri tersalah pilih kontraktor sehingga banglo yang siap tidak kemas & tidak setimpal dengan wang dibayar. Ini sememangnya sangat penting. Elakkan dari tertipu. Pastikan kontraktor yang anda pilih membantu anda membina banglo berkualiti sehingga rumah anda dikagumi para tetamu dengan kontrak yang jelas & tanpa kos tersembunyi.
Elakkan terburu-buru. Ambil masa untuk kenali kontraktor sebelum buat keputusan.
Antara kontraktor
banglo berkualiti yang menjadi pilihan ramai di Selangor, Nas Nuri Construction memberikan khidmat terbaik untuk anda. Klik link dibawah untuk melihat contoh- contoh rumah banglo yang siap dibina dan memuaskan hati ramai pemilik rumah.
Di harapkan agar anda jelas dengan rahsia membina rumah atas tanah sendiri secara tunai seperti yang SA kongsikan. Dapatkan detail sepenuhnya melalui link- link blog yang SA lampirkan sekali.
Kepada abang-abang, kakak-kakak yang baru tersedar dari lamunan panjang, jangan rasa rendah diri dan kecewa.Kita bukannya nak berlumba siapa paling muda beli rumah, siapa ada paling banyak rumah sebelum umur 30 tahun. Tak!
Abang, kakak hanya perlu tetapkan matlamat sendiri dan terus buat sampai jadi.
Tak mustahil dengan cara yang betul anda dapat bina rumah secara tunai diatas tanah sendiri sevekum kita pencen
Janji ada usaha kan?
Semoga impian kita semua ingin membina rumah diatas tanah sendiri tercapai dengan jayanya...itu juga impian SA...
Semoga allah permudahkan....Amin....
Membara rasa nak pergi holiday tengok gambar homestay2 tu SA
ReplyDeletesyok kan ada rumah idaman..bila nak tercapai tak thu la..:)
ReplyDeleteSangat untung beli rumah awal-awal nih, tapi tuhla..bajet x berapa cukup..kan..haihh
ReplyDeletesebenarnya memang teringin nak beli tanah dan bina rumah sendiri, tapi belum ada kemampuan...
ReplyDeletemasih usaha kumpul duit nak beli rumah atau tanah sendiri. doakan !
ReplyDelete