Monday, November 9, 2020

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Paling Simple & Sedap Sangat

Hi korang....

Jumaat lepas punya menu ni...hahaha..lupa plak nak publish..biasa la kan bila dah WFH ni macam- macam menu keluar..sedar- sedar jer dah naik berkilo- kilo badan...hehehe...sebenarnya Jumaat tu dah lambat nak buatkan menu untuk Dania. Tak sempat pun nak marinated lama. Tapi alhamdulillah rasa tak lari..sedap jer...

SA masak pun takde la lama sangat sebab nak ayam tu juicy2 isinya. Tak nak garing sangat nanti kering kan...so kena pandai bermain dengan suhu oven. Beli oven besar- besar...tapi jarang guna. Boleh dikatakan sebulan sekali...kalau sebulan duduk rumah ni sure hari- hari guna oven ni...hahahaha....


Kita saunakan dia sampai masak


RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS PALING SIMPLE & SEDAP SANGAT

BAHAN-BAHAN

Ayam sekilo (Saya guna bahagian drumstick tapi boleh guna seekor ayam tak kisah apa-apa bahagian)

120g sos cili

120g sos tomato

120g sos tiram (yg ni saje2 makcik tambah)

2sb madu (yg ni pon makcik tambah)

2 sudu besar gula

1 sudu besar garam

1 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar lada hitam

2 ulas bawang putih di tumbuk lumat

60g butter


CARA-CARA

1. MASAK SEMUA BAHAN

Mula-mula, satukan semua bahan dalam periuk (kecuali ayam) dan masak atas api hingga butter cair.


2. SEJUKKAN BAHAN

Kemudian bila dah siap masak, sejukkan sekejap.

Sambil tunggu sos perapan tu sejuk sikit, bolehlah kita bersihkan ayam, cuci dan toskan.


3. PERAP

Ambil sos perapan yang dah sejuk tadi dan bolehlah lumur pada ayam dan letak sedikit minyak.

Biarkan ia diperapkan sebentar (kalau lagi lama lagi sedap).


4. BAKAR

Akhir sekali bakar suhu 180°-200° ikut oven masing. Guna api atas bawah.

Saya bakar dalam lebih kurang 30-40 min atau ikutlah nak garing mana ya.

Kalau suka garing boleh lebihkan masa bakar tu.



 

Mak- mak yang kat rumah tu kalau buntu tak tau nak masak apa boleh guna resepi ni..Anak- anak suka kan...nak plak anak- anak semua ada kat rumah sekarang ni. Sure dapur open 24 jam. Sure kejap- kejap lapar anak- anak kita...So Mak- Mak kena la sediakan makanan lebih hari- hari kan...

Selamat mencuba ye...

12 comments:

  1. Sedapnyaaaa.. Saya pun suka ayam bakar

    ReplyDelete
  2. hari tu nampak kawan panggang ayam macam ni jugak, terliur dah ni, sape nak tolong ni???

    ReplyDelete
  3. waa sedapnyaa..thank you sharing rsepi! nak cuba ni

    ReplyDelete
  4. wahhh memang nampak juicy dia tu!

    ReplyDelete
  5. Makan ayam je kalau gini gayanya. Sedapnya, pulak makan panas-panas.

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah... tempting nye ayam tuuuuu

    ReplyDelete
  7. Senang aje resepinya. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  8. Nampak moist ayamnya tu. Tak cukup seketul ni... Ahaks!

    ReplyDelete
  9. Wow..resepi mudah ni..nampak juicy je tuu 😍

    ReplyDelete
  10. Kalau dapat perap lama sikit lagi sedap terasa. Macam ni pun sedap sangat dah kak. Bakar guna oven memang kena rajin sikit tengok. Kalau terlebih masak, nanti kering tak sedap.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya.. Resepi yang ringkas tapi menyelerakan..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah