Friday, December 25, 2020

Masakan Sihat Sempena Cuti Krismas

Hi korang....

Cuti Krismas pun SA tetap masak...tak kemana-mana kan hari ni so aktiviti masak memasak tetap berjalan dengan lancar. Takde istilah gantung periuk kat rumah SA ni ..makan tetap kena makan kan..so Chef SA menjalankan tugas sebagai tukang masak rumah dengan jayanya....

Memandangkan SA kena jaga makan start sekarang sebab Uric Asid dah tinggi. Risau plak kalau makin tinggi akan jadi gout..bacaan uric asid SA agak tinggi iaitu 490 dari had yg sepatutnya iaitu tak boleh lebih dari 405 ke 450 dh lupa plak...malas plak SA nak pi tgok result check up tu..haha...so SA masak sup ikan jenahak dan masakkan lauk peria goreng campur udang untuk the rest...up plak telur dadar untuk dania dan ada left over kari ayam Pak Zain masak....cukup la tu kan...



Sup Ikan jenahak


Sayur Peria Goreng campur Udang
 

Kalau korang nak tau..peria yang Pak Zain tanam banyak betul buahnya...naik muak plak asyik makan sayur peria...dah sedekah kat jiran-jiran...kat sedara mara dan anak-anak dia..pokok makin banyak keluarkan buah...seronok memetik SA la...nak tanam tak pandai kan...tk tau nak gayakan sayur peria ni macam mana lagi dh...dh goreng berlada, dh masukkan dalam lauk gulai, dh rebus buat ulam..dah goreng campur daging...erm....masih ada sebesen kecik lagi..kalau x abis nanti SA nak bawak pi opis la...sedekah kat kawan opis plak...memang pokok peria ni x putus-putus buahnya..berkat Pak Zain tanam dan bersedekah kot...

8 comments:

  1. Kecur Kita tengok sayur peria udang tu, kalau dekat nak aje minta peria yg terlebih2 tu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
  3. belum pernah makan lagi sup ikan jenahak . nampak sedap tu

    ReplyDelete
  4. Peria tumis telor pun sodap sis

    ReplyDelete
  5. sedap tu sup ikan jenahak.. makan ngan nasik letak sup bnyk2..

    ReplyDelete
  6. skarang musim ujan..dpt hirup sup mmg best...biasa mkn sup ikan merah

    ReplyDelete
  7. sedap-sedap tu walaupun menu sihat ha...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......