Saturday, July 31, 2021

Buat PCR Test Sebelum Masuk Kerja Next Week

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni hidung dan tekak SA ternoda, perit pedih dan macam- macam rasa ada...walaupun sekejap aje tak sampai 10 minit..tetap la terasa siksanya. Ntah macam mana la yang selalu buat swab test tu...SA buat RT-PCR test untuk masuk kerja next week. SA kan terlibat dalam project bid submission sampai 9hb so nak tak nak kena la buat test ni..Dah itu antara syarat- syarat SOP company. Untuk test ni SA dikenakan bayaran RM200. Tapi boleh la claim semula kat company. SA x buat melalui insurance sebab tahun ni dah banyak guna..tak nak cepat habis limit nanti..

Jom tengok gambar yang SA sempat snap tadi....terpaksa mintak tolong staff klinik amikkan gambar sebagai bukti SA dah buat PCR.



Ada yang berkenan dengan face mask SA ni kat klinik...rata2 yang terserempak ngan SA tanya beli kat mana...Shopee je uolls...apa ntah kod face mask ni...


SA buat PCR Test kat sini...klinik ni kat Dataran Senawang. Orang Seremban tau la ni...


Ternoda hidung SA....dah la lama gak dia putar2...


Bila nak habis erk


Buat kat tekak plak ye...
 

SA dikehendaki kuarantin selama 3 hari sampai Isnin atau sampai keputusan keluar

So..bermulalah kuarantin diri dari tarikh hari ni sampai Isnin nanti...atau sampai keputusan keluar...dah buat test hari Sabtu...lab Ahad x buka kan...and memang dah di beri info result untuk PCR Test ambil masa 48-72 jam. So kena la ikut.. tak boleh la x ikut kan...dah la next week SA kena masuk kerja hari- hari termasuk Sabtu dan Ahad. Ikutkan risau jugak nak kerja hari- hari..nak - nak plak kes semakin hari semakin tinggi kan...kadang ada yang x faham. Ye kita tahu la tanggungjawab kita sebagai pekerja tapi kena fikir jugak situasi sekarang yang sangat- sangat bahaya. Kita pertruhkan nyawa tau untuk bekerja. SA x mintak banyak pun...mintak faham keadaan je. dah la kesihatan sedikit miserable selepas vaksin ni..antibody SA dan antibody orang lain dah tentu tak sama sebab SA pernah sakit kronik dulu kan...pernah koma dan sebagainya..kadang- kadang benda macam ni buat SA stress..kita nak badan kita sentiasa sihat untuk kelangsungan hidup..tapi ada pihak yang sengaja tak nak faham keadaan kita. Sakit pening kita ada ke mereka yang akan amik tahu? Takde kan?

Semoga allah permudahkan lah perjalanan SA dalam mengharungi cabaran untuk bertugas nanti..Dan semoga SA diberi kesihatan yang berpanjangan untuk menjayakan project bid submission ni..tak lama hanya sampai 9hb aje....lepas tu back to normal semula....

15 comments:

  1. Allahu... sama la SA, klu kat opis ako pun kena swab dulu b4 masuk opis.
    Tapi kami just guna swab RTK je, dalam 10-15 minit dah bole dpt result tu.
    Memang kalau bole nak elakkan kena masuk opis sbb ngeri nak kena cucuk idung ni kan.
    Pape pun smeoga result SA -ve dan dipermudahkan urusan SA bekerja lepas tu..insyallah

    ReplyDelete
  2. Seram betul bila kena swab test. Nak tak nak kena juga buat sebab kena ikut syaratnya. Kod mask tu KF94. Semoga dipermudahkan urusan kerja akak nanti. Aaminnn...
    Cepat settle kerja, then back to normal work.

    ReplyDelete
  3. Aduh.. Dekat bahagian saya 2 orang kakitangan dah positif covid..

    ReplyDelete
  4. Sakitt kan swab test tu
    Semoga dipermudahkan segala urusan kakak
    Semoga baik2 je

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan, Kak SA.

    ReplyDelete
  6. Moga semuanya baik-baik ye SA :)

    ReplyDelete
  7. Dua-dua sekali kena buat ye SA, hidung dan air liu.
    Bertabahlah SA. Nak buat macaman. Kita dah buat yang terbaik tapi masih ada juga yang tak reti bahasa langgar SOP.

    ReplyDelete
  8. Sekarang PCR ni dah jadi rutin wajb kan kak. Allahu. Sentiasa jaga diri ya kak. Bismillah.

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah, yg baik2 saja buat SA, Amiinnn

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan segala urusan sehariannya

    ReplyDelete
  11. Moga dipermudahkan urusan dan keputusan baik-baik sahaja

    ReplyDelete
  12. semoga semuanya dipermudahkan....ngeri betul bab jolok hidung n tekak ni

    ReplyDelete
  13. Aduyai. Seksa yaaa. Paling xsuka kat hidung tu 😆 moga result nya negative..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......