Thursday, July 1, 2021

Menu Lunch Hari Ini...

Assalamualaikum

Hi korang...

Lepas balik dari Senawang Specialist Hospital hantar Mak untuk ambil vaksin dia pagi tadi...SA balik rumah macam biasa..tak tunggu apa lagi terus masak...hari ni meriah sikit lauk kat rumah...lain- lain plak permintaan tekak..Pak Zain nak makan Masak Lemak Cili Api campur asam kundang. Mak Pah plak nak makan sup cendawan..SA plak nak makan ikan keli sambal dan kangkung celur cicah sambal belacan. Sambal belacan SA sedap plak hari ni...pedas dan padu...sudahnya masak semua lauk tu...tapi masak dalam kuantiti sikit jer la....

Jom tengok apa yang SA masak hari ni....



Ikan Talapia Merah Masak Lemak Cili Api campur asam Kundang


Ikan Keli Goreng sambal


Sayur kangkung celur


Sambal Belacan campur hirisan kulit limau kasturi


Sup Cendawan Tiram.

Sedap Mak dan Abah makan hari ni...Dania pun makan je lauk yang ada...dia boleh jer makan since dah muak makan ayam kan..tapi kalau dah takde pilihan mama masak jugak ayam dia makan jugak. Atuk dia lagi best...stok ayam memang tak putus la kat dalam rumah ni...memang dia akan pastikan stok ayam sentiasa ada. Khas untuk cucu kesayangan dia tu...dia paling risau kalau cucu dia tu xde lauk nak makan...kalau tgok fridge SA tu..penuh ayam...haih pening kadang2. Bukan masalah apa..masalah dah x reti nak gayakan masakan ayam tu macam mana. Dah jemu pun satu hal..tapi tu la..ayam je yang murah compare barang basah lain....

14 comments:

  1. Aduh ikan keli sambal tu kenapa ya..kenapa ya..adoiiii. Idea masak esok ni. In sya Allah kalau ada ikan keli mahu disambalkan juga ni.

    ReplyDelete
  2. Semua nampak best. Untung pandai masak. 🙂

    ReplyDelete
  3. wahh..meriah lauk pauk. Asam kundang boleh buat lauk? Ya ampun... kali pertama nampak... lain padang lain belalang kan...

    ReplyDelete
  4. Ikan keli masak sambal tu sedap. Tak sabar nak lihat ikan keli peliharaan saya membesar, boleh makan ikan keli.

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa semua.. lama kite tak masak hehe

    ReplyDelete
  6. Sambal belacan tu la pembuka selera hehe

    ReplyDelete
  7. Wow, kalu saya nie memang ratah jea lauk pauk nie... Nampak sedap dan menyelerakan...

    ReplyDelete
  8. sedap pulak nampak sup cendawan tu..esok nak buatlah pastu lawankan dengan sambal gesek

    ReplyDelete
  9. smlm br buat menu ikan keli tp goreng je..lama btul tk mkn sbb kt umh mertua depa xmkn ikan keli

    ReplyDelete
  10. Sedap-sedap semuanya. Masak lemak cili padi pun ada.
    Kali ini Kak Amie nak hirup sup cendawan tiram pulak...sluuurrppp!

    ReplyDelete
  11. Menu lauk akak tak pernah sikit hahah mesti meriah meja

    ReplyDelete
  12. Masing masing ada selera lauk lain-lain. Sedap lauk mak akak tu. Suka cendawan masak air. Musim kundang pun ye jugak sekarang ni kan. Betul tu kak, jemu dah dengan ayam. Kena seminggu sekali baru masak ayam.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......