Wednesday, July 28, 2021

WW~ Semakin Ramai Yang Positive Covid 19

 Assalamualaikum...

Hi korang..

Hidup kita selama 2 tahun diuji dengan virus Covid 19. Virus ni  berada di sekeliling kita..ada dalam udara yang kita hirup hari- hari. Semakin hari berita- berita mereka yang gugur semakin bertalu dan menyesakkan hati dan perasaan. Apatah lagi mereka yang kehilangan keluarga, sahabat dan orang terdekat. Kes semakin tinggi, jumlah yang meninggal pun semakin tinggi. Sedih..tak tahu nak buat apa dan fikir macam mana lagi..

Yang tak dapat balik kampung jumpa Ibu Bapa? Yang tak jumpa husband & wife? Tak jumpa anak- anak...yang tiba- tiba semua jadi yatim piatu..suami isteri meninggal dan tinggalkan anak- anak yang kecil. Anak- anak yang x sempat balik ibu ayah meninggal akibat covid? Isteri ramai jadi balu, suami yang jadi duda kehilangan isteri? Allahu...SA x dapat nak terima dengan tenang. Dengar jer berita family members yang positive dan ada yang meninggal buat SA jadi Anxiety. Tak dapat SA nak bayangkan kalau antara mangsa tu adalah SA atau ahli keluarga SA...mintak dijauhkan la...


Hari ni SA terima perkhabaran sahabat dan kawan office yang positive satu family. Aduhai...terus SA rasa tak tenang....walaupun mereka hanya kuarantin di rumah sebab tidak bergejala, tetap menambah kes positive harian kan?Kawan office satu family bermula demam selepas dapat vaksin. On and off demam sampai berjangkit- jangkit dengan anak-anak dan suami. Memang dia fully WFH. Pun kena juga kan..kawan FB sorang lagi...x tau dapat dari mana. Satu family positive termasuk bayi kecil...kuarantin dirumah juga..Ada jugak terbaca kawan- kawan blogger yang agak rapat positive juga...Syafakallah semuanya.....

Ya allah ya tuhanku..angkat lah wabak ini...nyahkan lah dari muka bumi ini. semakin ramai yang jadi anak yatim piatu, semakin ramai jadi balu, semakin ramai yang jadi duda...semakin ramai hilang ibu bapa dan tak sempat jumpa. Kasihani lah kami hambamu..berikanlah kami hidup yang selesa seperti sediakala..amin....

Update Adam Kushairy. Aadam dah discharged hari ni...tapi masih perlu kuarantin kendiri di rumah. Adam sampaikan ucapan terima kasih diatas doa- doa kawan- kawan semua.

Semakin SA dengar ramai yang positive semakin SA rasa virus ni dekat ngan kita..macam ada kat sebelah aje...semoga allah lindungi kita semua....amin...... 

8 comments:

  1. Allahu.. kawan bakers Sk pun ada yang jadi mangsa covid ni, sedih sangat 😭

    ReplyDelete
  2. betul setiap hari ada je berita pasal covid ni..
    kat area rumah pun ramai dah 'pergi'..
    seriau laaa...semoga kita semua dilindungi dr covid ni

    ReplyDelete
  3. Betul tu SA. Sudahla sedih dengan berita kematian, nak ziarah pun tak dapat. Walaupun kita elak berita luar, tapi kalau jiran, saudara dan kawan-kawan sendiri tak kan nak buat tak reti kan. Amin YRA. Semoga Allah makbulkan doa kita

    ReplyDelete
  4. Allahu.. skrng ni sngt takut dngar word covid-19.. smoga kita smua sihat hendaknya.. akak jaga diri tau.. smoga sntiasa dilindungi olehNYA.. ameen

    ReplyDelete
  5. Saya dah bawak emak saya tinggal di rumah saya. Di kampung, rumah depan dan belakang rumah mak dah ada yang kena covid.

    ReplyDelete
  6. Ye kak, dulu rasa covid ni jauh dan boleh berlalu pergi. Sekarang makin dekat dengan kita. Ramai kenalan terdekat positive dan ada yang dah pergi ke negeri abadi. Family pun pernah dijangkiti. Semoga cepatlah Covid ni pupus. tak sabar nak jumpa family semua dan kembali hidup normal.

    ReplyDelete
  7. Sama ada percaya atau tidak, covid sudah hidup bersama kita. Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  8. Allahu. Moga dijauhkn virus covid19 nii

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......