Assalamualaikum...
Hi korang...
Semalam SA balik kerja...dari dalam train SA dah check whatsaap SA...group Alumni Sek lama kat PD dulu..SA memang aktif la kat group tu...tak ramai pun dalam tu...berbilang bangsa, ada melayu, india, cina dan Sikh..dalam ramai- ramai tu ada seorang yang terjejas teruk banjir di Shah Alam. Dari masa SA type entry ni rumahnya masih ada air lagi..keadaan rumah memang totally loss..so kami sebulat suara nak buat kutipan derma seikhlas hati dari rakan- rakan yang lain. Sebabnya kami tau la kat dalam tu siapa yang mampu dan siapa yang kurang mampu. Sepanjang kami duk communicate kami hanya tahu sorang tu je yang terjejas teruk...tetiba malam tadi SA tengok 2 kawan melayu dah left the group. Kenapa kan? SA pun call salah sorang yang kami lantik jadi leader. Dia kata yang dua ornag tu x puas hati. Kenapa kutipan derma untuk sorang tu je sedangkan mereka berdua terjejas jugak. Allahurabbi...diorang tak inform pun.Lillahitaala takde siapa tau pun dua tu terkesan. Yang kawan india kami tu siap hantar gambar dari hari Ahad lagi. Dengan berapa hari x makan...tak cukup air bersih nak minum...segalanya la...SA like...what the hell....memalukan orang melayu perangai macam ni...katanya kami racist memberi bantuan. allahu...masalahnya diorang tak inform kami at the first place. Kalau betul terjejas kenapa x hantar gambar atau bagi tau...SA semalam memang tarbiahkan dua- dua tu. Dalam situasi yang darurat macam ni semua orang bantu membantu tak kira la agama ke bangsa apa ke..semua kita bantu sama rata...ini kawan- kawan dah usaha dah ni...usaha nak bantu walau kebanyakkan kawan- kawan x mampu dari segi wang ringgit. Geram betul SA dengan sikap dua orang tu, bukan nak hargai inisiatif kawan- kawan malah pertikai plak usaha kawan- kawan yang tampil membantu...#donebebel
Korang tau la kan..SA kalau dah hangin satu badan, SA akan lepaskan dengan masak...hahahah....sebenarnya ad alauk rendang daging Mak Pah buat ngan Abah..tapi SA masak jugak...nak tengok apa yang jadi?
Sambal telur mata...
Bok choy goreng
tongkeng ayam goreng..ada 3 ketul je
Ni rendang daging Mak Pah ngan Pak Zain masak..
Hambek ko....buat SA naik angin lagi....kecewa dengan sikap orang macam ni. Kalau kar Medsos lagi la sakit hati dengan sikap segelintir netizen yang hanya reti mengkritik tapi tak turun membantu...tau nak complain , complain dan complain...cuba jangan complain tapi turun padang bantu kat mana- mana tempat yang terjejas. Pandai cakap aje...apa nak jadi la sekarang ni...fitnah dihujung jari...semua orang berusaha kot...sigh.....
org camtu pun ada ek SA... adoi la time2 camni ada plak bole pk kita racist...
ReplyDeletememang tak patut la diorang pk camtu. Betul tu, dah drg pun x inform awal2 kan keadaan drg mcm mana, kita mana le nk tau drg pun kena musibah juga, ye dak?!!!
aihh patut kena tarbiah sket...
Dia macam mana, kalo lagi marah, lagi bertambah sedap tak masakan tu? Ahahahhaha! 😝
ReplyDeleteAda jugak orang gini ek, patutnya bagitau lah..jangan harap semua orang tahu kalo kita tak bagitahu...uhuhuhu
mcm tu pun boleh kan? marah than left group..mcm x matang pun ada, ckp je la ko pun terlibat sama...terus terang.emm..mcm2 kan
ReplyDeletepart best tu..geram gi masak..hah.. tu best. he he he
ayu semalam pun tido lambat..baca pasal banjir2 ni..mcm2 kesah..marah2 & maki2 org yg tlg, sbb apa lambat dtg bantu, napa x antar makanan..kasi nasi lemak, x nak..request nasi ayam plak
eh eh..hangin plak baca
x semua la of coz but still... x bersyukur langsung kan..
ntah la..kita hanya mampu berdoa semoga urusan mereka yg terlibat & mereka yg membantu..dipermudahkan... aamiin..
Eh, kita kalau naik hangin, lagi tamaw masak, hahaha
ReplyDeleteini yg menambah pening kepala...
ReplyDeletedahlah tak beritau, tetiba sentap..mrka berdua tu malu tapi mahu..malu nk beritau hal sebenar, tapi nak bantuan..appa dah..
ReplyDeleteadeh..yg kwn SA lagi 2 orang tu dah kenapa. Diaorang yang tak bgitau kena juga banjir, pas tu sentap, emo tak tlg dorang. Dah tak dicakap, macamana orang nak tahu.
ReplyDeletesambal telur mata kerbau itu mmg manchongkam., nyum2
ReplyDeletemungkin mereka terasa hati. tapi.. lauk SA tu buat saya terliur tau
ReplyDeleteMungkin nak perhatian dalam saat genting,.
ReplyDeletelepas geram dengan masakkan nampak sedap semuanya. Moga dipermudahkan urusan mereka Aameen.
Allahuakbar...kalau bagitahu, dah tentu semua orang bantu. Takpelah, mungkin dalam keadaan darurat banjir ni masing masing jiwa tengah upside down. Apapun kita doakan mereka semua selamat dan dapat bantuan.
ReplyDeleteTerus merendang jadinya tu. Sedap! Lagi lagi air tangan mak pah dan pak zain.
Rare betul kak SA kalau marah terus g masak. Saya kalau marah suka mengemas
ReplyDeletealahai buat ralat org lain aje. bgtau je la kalau jadi mangsa banjir gak adudu
ReplyDeleteMarah-marah pun siap 2 lauk tu..Kalau macam ni dah pecah rahsia la...
ReplyDeleteLepas ni kalau nak minta SA masak banyak2...kena prank kasi marah lebih la..hihihi..
Marah pun tetap ayu🥰
adoii.. geramnya dgr kisah SA ni. huhu.
ReplyDeletehrp bersabar ya.
Moga yang terbaik buat mereka yang terkesan.....bab netizen tu memang itulah tugasnya pun...tau nak menghentam je. Cuba kena kat batang hidung sendiri.
ReplyDelete