Assalamualaikum...
Hi korang...
Sabtu lepas SA berekesempatan bayar Zakat Fitrah...senang settle awal- awal...SA memang bayar kat KL la sebab SA bekerja cari rezeki kat KL kan..dulu SA x tau so SA bayar kat Seremban. So bila dah tau 6 tahun kebelakangan ni SA bayar kat KL je...lagipun senang sebab ada amil yang ditugaskan di area office dan KL Sentral. Kat Plaza Sentral ni pun ada...kebetulan masa keluar Sabtu lepas yg pi MV dan KLCC tu..SA bayar je kat KL Sentral..senang bila satu perkara dah selesai kan...
Apa itu Zakat Fitrah?
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SA dah tunaikan kewajipan...anda?
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”
(Hadis riwayat Muslim)
Kadar Zakat Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Info zakat fitrah SA dapatkan di https://www.zakatselangor.com.my/
Alhamdulillah, legakan dah tunaikan kewajipan...
ReplyDeleteAlhamdulillah, legakan dan selesai kewajipan...
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteKat office Mrs. A pun hari ni ada amil datang buka kaunter untuk bayar zakat fitrah.
Saya baru lunas tadi pagi. Saya tinggal Di Bukit Mertajam tapi bayar di Kulim. Kebetulan janjitemu dengan kawan di masjid Kelang Lama. Sementara tunggu nampak kaunter bayar, saya tak buang masa. Takut ralit nanti...
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selesai kewajipan, bagus SA letak info disini, boleh refresh balik..
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selesai satu urusan
ReplyDeletealhamdulillah..lega bila dah tunaikan kewajipan..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah bayar minggu lepas :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah..settle satu perkara. Sudah juga minggu lepas :)
ReplyDelete