Friday, November 4, 2022

3 Petua Sebelum Berpacaran Dengan Warga Emas / Janda/Duda

Assalamualiakum..

Hi korang...

Salam Jumaat buat semua...hari ni SA nak share satu perkongsian yang SA baca kat mana SA macam lupa plak...rasanya baca kat FB...perkongsian tentang hubungan percintaan buat mereka yang sama status ngan SA dan mereka yang masih belum bertemu jodoh...poyo la SA kan...semua nak share...bukan apa uolls...SA ni dah penat ngan sindiran demi sindiran sampai la SA berusaha cari sendiri jodoh. Kalau dulu SA hanya menanti tanpa usaha. Selalu cakap kalau ada jodoh, ada lah..kalau takde takpe la..jaga la mak abah sampai tua dan jaga anak dara kesayangan SA tu je..malas SA nak fikir lebih- lebih kan..sampai la suatu ketika allah gerakkan pintu hati SA..terlintas di fikiran. SA ada anak sorang je...kemana hala tuju SA bila Mak Abah dah takde nanti? Siapa nak jaga SA? Dania kalau dah kahwin dah di bawah tanggungjawab suami dia..Nak ke dia jaga SA dan SA duduk serumah dengan dia? Sejak tu SA usaha...berkawan dengan ramai lelaki. Macam- macam jenis lelaki SA jumpa. Yang bujang, yang suami orang dan yang hidung belang...beberapa kali kena scam pun ada...bongok betul bila fikir semula...hahaha...



Alhamdulillah SA jumpa uncle Dania ni...walau perkenalan kami hanya sebagai kawan biasa pada mulanya..akhirnya terbuka pintu hati SA...x tau la camana dia leh ngorat SA...hahahaha...citer lanjut pasal ni nanti la...bila dah ready SA akan cerita perkenalan SA dengan sidia...SA nak simpan dalam blog ni, nanti bila- bila boleh baca semula..

Cinta tidak kenal usia. Mungkin ada benarnya disebalik kenyataan tersebut. Namun sebelum anda mula jalinkan hubungan lebih serius dengan si dia yang agak berusia berbanding diri anda yang belia itu, disini kami senaraikan beberapa persoalan yang harus dititikberatkan.

Nak anak atau tak nak anak?

Kahwin dengan duda/janda kita perlu fikir dan pertimbangkan hakikat bahawa anda bukan kahwin dia seorang. Adakah si dia miliki anak daripada perkahwinan terdahulu? Bolehkah anda tangani anak si dia? Adakah anda tidak suka budak? Soal budak-budak jangan main-main ya, takut jadi macam filem The Parent Trap nanti.

Ish, kawan-kawan si dia semua tua!

Dah nama pun pasangan yang miliki perbezaan usia. Sudah tentu anda miliki teman-teman yang berbeza. Bolehkah anda layan sembang kawan-kawan si dia yang suka bermain golf? Sekiranya anda kahwini janda berhias, tahukah anda tas tangan terhangat di pasaran musim ini? Contoh sahaja, mungkin janda berhias gemar bersembang tentang politik dan bukan tas tangan. Yang penting di sini, secara pendek kata, bolehkah anda ngam dengan kawan-kawan dan gaya hidup si dia untuk jangka masa panjang?

Hehehe...beza usia SA dengan sidia hanya setahun je..so takde masalah kot bab ni...

Akhir sekali, sanggup ke tak persoalan utama.

Sepandai mana seseorang menjaga kesihatan dan badan, hakikatnya si dia dah tua. Maka dengan umur tersebut datanglah pelbagai penyakit. Sanggup ke anda jaga si dia apabila tiba masa tersebut? Sudahlah kena jaga ibu bapa yang dah berusia, tambah lagi kena jaga pasangan yang hampir sebaya dengan ibu bapa. Waktu bercinta semua sanggup, tetapi perkara seperti ini akan mula membuatkan anda persoalkan cinta. Betul ke cinta tak kenal usia? Renungkanlah.


Apa Kata Suriaamanda?

Hurm..persoalan bercinta ngan Janda ke Duda ke itu x penting...yang penting keikhlasan dan penerimaan seseorang itu terhadap seseorang yang dah ada status tu...x semua Janda atau Duda tu jahat kan....yang penting jodoh dan pertemuan ditangan tuhan...ada yang Janda bertemu Duda...Duda bertemu Janda..tapi kan....Duda atau janda bertemu orang bujang or yang lebih muda dari dia pun ada jugak kan....semuanya pokok pangkal pada JODOH....dah tertulis perjalanan jodohnya sebegitu. Macam SA dah hampir 17 tahun menjanda, akhirnya bertemu jodoh. Tapi banyak perkara perlu dititik beratkan..masing- masing ada anak dari perkahwinan yang terdahulu. Apapun dua- dua kena pandai mainkan peranan, kena give and take dan x boleh pentingkan diri sendiri..Bukan senang ye nak jadi ibu tiri dan ayah tiri. Banyak benda SA kena belajar dan perlu ambil tahu. Mulanya SA macam agak mudah terasa sebab si dia lebih tumpukan perhatian kat anak dia..tapi SA husnuzon semula...itu tanggungjawab dia..aku x boleh pentingkan diri sendiri, anak dia masih kecik lagi baru 9 tahun kan..so bila dah ada kesedaran macam tu baru la SA okey dan boleh give and take.

Apa pendapat korang?

9 comments:

  1. assalamualaikum SA. lama aida tak jejak perkataan di sini.
    membaca tanpa tinggal jejak. yg ni berminat nak titipkan few words.
    bercerai. bukan satu kesalahan. sometimes word ni amat beri negatif thinking kat org lain, kan. berkahwin semula bukan pula satu dosa. jodoh di tgn Allah. mungkin yg ni la yg bakal bersama kita di jannah nanti.
    benar. ikhlas dlm menerima. penting kan. kisah lalu, ambil tahu dan simpan. kita buka buku baru. anak-anak. layan mcm anak kita, then rasa jeles tu akan berkurang in shaa Allah :)
    aida wish SA jumpa kebahagiaan yg eternal :)

    ReplyDelete
  2. walau apa pun sebab,punca dan siapa jodoh kita semuanya hanya asbab yang berlaku atas izinNya.Pasti ada hikmah dan rahmahnya.Moga berbahagia SA! kami sentiasa doakan yang terbaik untuk SA&family

    ReplyDelete
  3. sy belum kahwin sis SA.. masih mencari.. moga dipermudahkan urusan SA & moga diberikan kebahagian sentiasa :)

    ReplyDelete
  4. Pernah gak hampir nak berkawan ngan duda.. Tu ms kita muda belia tp dah kata muda belia, rs ms tu blm mampu nak jaga anak dia sekali... Terus x jadi nak teruskan berkwn.. Tkut dengankomitmen.. Skrg pun rsnya masih ada perasaan tkut dg n komitmen berkwn dgn duda esp yg ada anak... X pasti sama ada kita fobia dgn lelaki atau perkahwinan tu itself haaha..

    ReplyDelete
  5. Status bukan ukuran. Yang penting, kalau dah jodoh tak kemana. Tolak ansur dan komunikasi tu kunci utama. InshaAllah..semoga Allah permudah perjalanan baru akak. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. I agree wt you.. Tak kisah duda atau janda yang penting keikhlasan dan kejujuran antara satu sama lain.. No hiding or by acting.. And also must give and take between personal life.. klau he/she accepts then it's our jodoh.. The more you get to know their lives the more you will get close to each there..

    ReplyDelete
  7. Semoga yang sudah bertemu jodoh akan kekal bahagian hingga ke Jannah..Yang sedang mencari dan menanti semoga tiba jodohnya..
    Yang sudah hampir jodohnya semoga dimudahkan urusan...
    🤲🤲🤲

    ReplyDelete
  8. good sharing kak..doakan saya bertemu jodoh jgk..:)

    ReplyDelete
  9. betul...give and take itu penting dalam perkahwinan yang melibatkan pasangan yang pernah berkahwin dulu. kita pun kena betul2 ikhlas terima anak dia, jangan ada rasa kenapa lebihkan anak dia, bukan anak kita (dah namapun anak dia kan), jangan hanya harap dia je ikhlas terima anak dan ibu bapa kita. Insyaallah.

    ammi cakap ni sebab arwah ayah mertua (selepas hampir 8 tahun arwah mak meninggal) kahwin dengan janda anak 4...timbullah isu anak kita anak awak...hmmmm.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......