Thursday, May 9, 2024

Murtabak Majid Kampung Kurnia JB

Assalamualaikum...

Hi korang...

Last entry rasanya ni..dah campur- campur plak ha...okey la Sabtu tu plan asal kami nak pi Paradigm Mall, SA dah pergi dulu dengan Dania tapi takde parking...keluar balaik jumpa suami kat Plaza Angsana and parking situ then baru kami pergi Paradigm Mall Semula...dah shopping apa segala kami teruskan perjalanan ke rumah abang ipar SA kat Kempas...

Sebelum tu singgah beli Murtabak Majid dulu...Dani kan suka murtabak..SA kureng skit murtabak ni...so beli la 2 keping murtabak. Satu cheese dan satu biasa...boleh tahan gak harga murtabaknya...menurut suami murtabak ni popular...kadang- kadang beratur orang nak beli murtabak..

Murtabak Cheese Majid ataupun Murtabak Majid Special No 1 ni telah pun beroperasi lebih dari 40 tahun dan merupakan perniagaan warisan tradisi. Pada awalnya Murtabak Majid berasal dari Muar, Johor tetapi turut dijual di Singapura. Oleh sebab itulah, murtabak ini ada persamaan dengan murtabak singapura. Walaupun telah lama menjual murtabak, tetapi resepi Murtabak Cheese hanya diperkenalkan semenjak 5 tahun yang lepas. Memandangkan cheese sangat terkenal dan sering dimasukkan di dalam apa juga jenis makanan, Murtabak Cheese Majid menjadi diantara makanan yang trending di Johor sekarang - Kredit Blog Mohdzarin.com
 


SA sorang je turun


Dah order bayar la kan..


 SA beli dua- dua murtabak daging..


Anak dara ni tak leh jumpa kucing...


Lupa la plak nama kucing ni...



Kami beraya sambil tengok movie...biras SA masak spaghetti carbonara


Besar tau dia ni...


Geram aje ...tak nak sangat kat orang


sama macam si brown..suka baring golek- golek macam ni...


Tak lama pun kami kat sana...dalam pukul 6 lebih kami pun balik...nak ke Midvalley Southkey plak masa tu...Abang Ipar takde..dia ada kelas dengan student dia..Abang Ipar SA Lecturer UniKL Cawangan Johor..

Adik Ipar SA yang last ada kat Gombak rasanya...x pasti plak...itupun jarang jumpa tu..last jumpa rasanya masa family gathering last year...masa tu SA baru kahwin...Raya hari tu memang x dan nak jumpa...

Apapun tiada komen dari Dania tentang murtabak majid tu...takde komen tu maknanya sedap la tu kan...SA plak x makan banyak..makan skit je...sebab fikir lepas tu nak makan Carl's Junior Burger

Wednesday, May 8, 2024

Resepi Sambal Ikan Bawal Hitam

Assalamualaikum...

Selalu Ikan bawal ni popular di goreng garing dan di makan cicah cili kicap ataupun masak kicap kan? Kali ni SA jumpa versi sambal plak...which is jarang sekali SA buat...ni boleh la buat kalau dah xde idea nak masak apa kan...boleh jugak buat idea nak bawak bekal pi kerja . Cuma SA blom rajin sejak x sihat ni nak bawak bekal pi kerja...selera makan dah ke laut dalam...cuma banyak makan roti dan buah- buah je dulu nak bagi tekak ni rasa ok semula...

Panjang plak ngomel..meh la kita tengok resepi




RESEPI IKAN BAWAL SAMBAL

Menu untuk Ramadhan pertama😊

6 potongan ikan bawal (saiz sederhana)

1 biji bawang besar (dipotong bulat)

½ biji tomato(dibelah 4)

2 helai Daun limau purut

1 sudu besar gula melaka

1 sudu besar gula putih

1 sudu kecil rata garam

1 sudu kecil serbuk perasa

2 sudu besar perahan asam jawa


BAHAN KISAR(cili kisar)

10 batang cili kering

2 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 sudu kecil belacan kiub


CARA MEMASAK

1)basuh ikan sehingga bersih,lumurkan garam dan kunyit .panaskan api dan goreng ikan sehingga masak

2)panaskan minyak,Tumis bahan Yang telah dikisar sehingga pecah minyak(api sederhana)

3)masukkan perahan asam jawa Dan daun limau purut.masak sehingga sambal agak kering Dan kemerahan

4)masukkan garam,gula, Dan serbuk perasa..gaulkan rata Dan masak sehingga warna merah gelap...

5) kemudian,masukkan bawang merah dan tomato..Dan akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng serta gaul rata

6)siap dihidang


Kredit resepi : FB Resepi Sedap

Selamat Pengantin Baru Buat Adik Sepupu SA

Assalamualaikum...

Sabtu lepas berlangsungnya majlis pernikahan adik sepupu SA sebelah Pak Zain..Mohd Hilmi Razak dan pasangannya alaaa...lupa nama plak...ingat nanti SA update erk...jauh orangnya...nun dari Sabah..dan kampungnya pendalaman menurut kata Mak Cik SA yang dah pergi ke sana tahun lepas...pergi meminang. Majlis perkahwinan/ pernikahan ni di buat di sebuah masjid di Sepang kalau tak salah..SA tak dapat pergi sebab ada appointment follow up hari tu kat KPJ Seremban. So wakil family SA cuma Pak Zain, Acu dan Dania je yang pergi...

Alhamdulillah selamat dah bernikah...tunggu majlis besar plak nanti pada 25hb May 2024 akan datang..uiii birthday kembar masa tu....




makcik ni gambar dia depan pelamin kena ada..kalau tak jenuh nak layan rajuk dia


satu je gambar Pak Zain SA jumpa

















Video yang diorang share




 

Gambar Dania dengan kazen dia...Dania ni ramai kazen kecik-kecik...yang besar2 tu dia tak berapa rapat...biasalah jarang jumpa kan...

Alhamdulillah majlis pun dah selesai...pukul berapa diorang balik pun SA x sedar sebab SA diarahkan tido oleh suami lepas makan ubat...petang tengok diorang dah ada dah...malam tu jugak Acu balik ke Bangi...sunyi semula rumah...

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Ubi

 Assalamualaikum...

Siapa peminat siput sedut?

SA ni tengah tak sedap tekak, tekak pahit..batuk masih ada..lalu lalang plak kat FB resepi siput sedut masak lemak cili api ni....lain orang lain cara kan.,..SA plak ada juga cara tersendiri...tapi rasa menarik dan tertarik dengan resepi ni terus amik resepi dan simpan kat blog dulu...nanti dah sihat dah boleh makan macam biasa boleh la SA beli siput sedut...hari tu beli perut muda lembu pun tak masak lagi...tetiba darah naik tinggi plak..stop dulu la makan daging or seafood...

Jom tengok resepi...korang kalau nak cuba pun dipersilakan amik resepi ye...



SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI


1 kg siput sedut

2 ikat pucuk ubi

5 ulas bawang merah ~ kisar halus

3 ulas bawang putih ~ kisar halus

2 inc kunyit hidup ~ kisar halus

2 inc halia ~ kisar halus

15 tangkai cipi padi ~ kisar halus

2 batang serai ~ di titik

500 ml santan


Siput sedut di berus hingga bersih

Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur

Potong bahagian ekornya

Cuci bersih dan toskan


Pucuk ubi ambil bahagian pucuk daun yang lembut

Rebus hingga empuk, angkat dan toskan


Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum

Masukkan santan, serai dan siput

Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak

Masukkan pucuk ubi

Perasakan dengan garam

Masak hingga kuah sedikit pekat

Sedia di hidangkan


Kredit Resepi Oleh : Pak Engku

Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

Buat Hal Betul...

Assalamualaikum...

Sempat semalam SA snap gambar BP high SA..nasib baik machine ni ada ye..kalau xde x tau la macam.mana nak monitor tekanan darah SA...kawan opis sorang dah masuk ward dari Isnin akibat tekanan darah rendah..lepas tu buat operation sinus plak..baru je SA hantar fruit basket kat dia...ni jangan SA plak yang warded...hahaha....

Fruit basket dah claim dah pun tunggu approval...mahal oiii...kena cepat-cepat claim..dah la process claim lambek...

Ni koleksi bacaan tekanan darah SA semalam...memang buat SA lemah...


Ni bacaan pagi yg SA notice tekanan darah naik tu...


Pukul 3 petang semalam..SA x tido..tp SA berkurung dalam gelap dalam bilik


Ni pukul 6 petang semalam


 Yg ni plak last pukul 9pm...

Dah tengok tekanan ok walau kepala masih pening...SA terus tido...segelap2 dunia SA tido...konon nak bagi pening tu hilang...non hado ye...tetap la pening sampai sekarang ni ha...suami suruh amik black coffee...SA dh minum dan rasa segar skit...

Ni kang x tau la nak makan apa...td pagi makan karipap je 2 biji..x rasa nak makan...beli gak air barli untuk turunkan tekanan darah...harap ok la walau pening masih ada lagi..pening sebelah kiri kepala ni...

SA suruh adik admin tutup lampu atas kepala SA 1 bulb..sakit mata SA..screen laptop SA kurangkan brightness  dia...kalau boleh semua SA nak tutup..nasib baik x boleh kan...

Doakan SA Kembali Sihat


 Assalamualaikum..

Semalam SA on MC again, BP tiba-tiba mencanak naik...SA dah siap mandi pukul 4 lebih pagi semalam..memang SA sakit kepala dari pukul 12 tengah malam..check tekanan darah..sekali 180/100 ko...ermmm....msg boss kecik, bagi gambar tekanan darah tu..SA tarik selimut, on aircond and tido semula

Pergi klinik semalam dapat MC...balik makan ubat terus tido sampai kul 2pm...bilik SA memang gelap waktu siang...memang duduk dalam bilik gelap sambil monitor BP...

Pagi ni SA pi kerja, kepala masih pening tapi bukan pusing...tekanan darah dah normal 135/80. SA x tau apa punca pening ni..kalau masih x ok, SA terpaksa la check in hospital..BP kena control, x leh biarkan...even SA makan ubat tapi tekanan masih tinggi tu yg pelik bin ajaib...

Sebab tu semalam 1 entry pun xde...semua benda x leh nak buat...hp pun x tengok sangat sampai suami risau...

Monday, May 6, 2024

Dinner Burger Mahal Di Carl's Junior Mid Valley Southkey JB

Assalamualaikum...

Sabtu malam tu lepas kami ziarah raya family Abang Ipar kat Kempas, Kami bertiga teruskan perjalanan ke Mid Valley Southkey pulak...sebenarnya nak jenjalan jer...bawak Dania jalan sini...x pernah bawak dia lagi...

Jalan pusing- pusing, singgah macam- macam kedai...ada yang SA kena paw gak...sabar jer la...lepas tu SA singgah Poh Kong tanya harga emas berapa sekarang...haaa...masa tu RM370 per gram...mahaiiii...pi kedai emas besyer2 jer la kat luar...SA nak tukar gelang ni nak tambah bagi besar skit..atau x yah beli gelang tapi beli rantai plak...lepas tu cincin tunang tu SAa nak tukar or kecikkan sebab longgar betul...masa beli tu takde la longgar...dah kahwin ni longgar plak...hari tu kan dapat anugerah LTSA tu...so dapat la duit dan SA cadang nak lekatkan kat barang emas...at least something la kan...masa SA dapat LTSA untuk 10 tahun SA beli hp sebab hp SA dah nazak masa tu...kali ni nekad nak lekatkan ke barang kemas...tengok la nanti macam mana, sampai sekarang x pi lagi cari..suami balik baru ni SA plak x sihat...

Lepas dah pusing- pusing tu...SA decided nak makan kat Carl's Junior...sesekali belanja Dania dan Suami makan burger mahal...makan sini best sebab air free refill...


Ada beberapa burger yang menarik perhatian kami


Nak order ke nak ajak gaduh ni...


Semua x reti nak pilih dan eragak- agak..nasib baik pelanggan kami je masa tu


Eh....cepat la order


Pose jap depan ni


SA nak bagi tau Carl's Jr ni certified halal...


Sabar menanti order..2 air jer...sebab SA amik burger jer...


Philly Cheesesteak Angus untuk Suami


Kong Burger untuk Dania


One more snap


Original Angus Beef untuk SA


Juicy betul burger SA ni


Burger en suami...pun sama gak..


Orange rasanya ni


Coke share ngan suami


total damage RM122.50


Alhamdulillah dapat belanja diorang makan kat sini...

Sebab utama pilih Carl's Junior ni sebab dia je tak ramai orang...tempat lain semua penuh dan food court dia macam x yakin halal...so makan je la kat sini. Carl's Jr ni dalam senarai boikot ke tak SA x tau...kalau ye..cukup la sekali tu makan...kalau tak nanti bila- bila boleh makan lagi...haha...Macam biasa burgernya sedap, bosar gadang kata orang Minang. Dua orang tu habis ye burgernya...SA macam biasa la...x habis...hahahaha...mentamak lagi tak nak share...apo bondo share kan....kata nak belanja...sudahnya siapa lagi yang jadi mangsa...En Suami la yang kena habiskan...

Hahahaha....