Monday, May 19, 2025

Lambat Lunch Hari Ini

Assalamualaikum..

SA lambat lunch hari ni sebab ada meeting..nampaknya SA akan dapat boss baru x lama lagi..masih di department yang sama..tapi dapat boss lagi besar dari yg sekarang...lepas ni akan banyak la aktiviti meeting SA...tak pernah Isnin SA sibuk macam.hari ni...ni amik masa rehat jap..

Cepat2 pi panaskan bekal..hari ni bawak nasi sikit dan lauk daging goreng kicap aje..langgar pantang dah ni...24hb SA ada dating dengan doctor...sempat ke tak sempat nak clear dalam darah nanti..risau bad cholesterol tu je..walau dah start makan ubat tapi tetap la kan...dah makan baru teringat blom boleh makan daging...hahaha...

Panaskan makanan kat pantry...

Tunggu siap

Dah siap panaskan

PZ x leh makan cili kan..so semua lauk SA ada letak cili bulat2 mcm tu..so senang...nak pedas pecahkan cili dalam Pinggan masing2...x nak jangan amik...


 Nasi sesenduk lebih skit...


Alhamdulillah  dah kenyang...SA rehat kejap..
Lepas ni nak kemaskan bilik boss...dengar nya strict skit boss ni...takpe la..layankan aje..bukan x biasa kan...harap2 dia ok la...seram..dh lama xde big boss...

19 comments:

  1. Semoga Kak SA OK dengan big boss baru...

    ReplyDelete
  2. moga yang baik2 je utk kak SA

    ReplyDelete
  3. Nak dekat hari dating dengan doctor mmg ada banyak kejadian langgar pantang...

    ReplyDelete
  4. Puashati makan bekalan sendiri, makan macam ni pun sedap.

    ReplyDelete
  5. jaga kesihatan yer kak..:)

    ReplyDelete
  6. Wah SA, lepas ni makin level up lah nampaknya. Boss besar, meeting banyak, lauk pun makin berstrategi dengan cili stand by! 😂

    Daging goreng kicap tu memang susah nak tolak, pantang ke tak pantang... hati tetap nak juga. Semoga dating 24hb dengan doktor tu smooth je ya. Jangan lupa senyum manis masa explain pasal “ter” makan tu 😅. Good luck dengan boss baru, semoga dia pun “ter” suka dengan staf legend macam SA! 💼✨

    ReplyDelete
  7. Minum banyak lemon juice sebelum jumpa doktor. Minum lepas makan, jangan perut kosong, hehe ada kawan ajar.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya daging kicap. Rumah Cie jarang masak daging. Selamat mengadap bos baru kak. Semoga baik2 je.

    ReplyDelete
  9. New boss new challenge 💪🏻
    PH pun kadang masak letak cili bulat gitu juga sbb Adik tak berapa makan pedas sangat

    ReplyDelete
  10. Kalau ada daging kicap tu mmg tak tengok dah lauk lain. Pekena plak dgn nasi panas. Silap hari bulan membukit nasinya.

    DOne follow kak SA

    ReplyDelete
  11. ALhamdulillah..Sedap lauk tu...=D

    ReplyDelete
  12. nieyl pun bawa bekal sup daging...

    ReplyDelete
  13. Seram kalau dapat bos baru ni. Harap okaylah. Suka masak kicap letak cili macam tu atau belah dua. Lagi kick rasa pedas dia bila nak makan picitkan je.

    ReplyDelete
  14. Lauk bekal banyak boleh save tu SA. Nampak menyelerakan la pulak.

    ReplyDelete
  15. Ammi lepas makan ubat kolestrol tu (walaupun byk skip) reading dah cantik doctor kata..4.2 je. Tp kene continue makan sampai next appt. Dan masa makan ubat tu ammi maintain je mkn mcm biasa sbb nak tgk keberkesanan ubat tu. Kalau dh makan ubat pastu kita beriya jaga makan baik xyah makan ubat kan

    ReplyDelete
  16. Saya juga begitu kalo masak. Sebab anak pertama tak bisa pedas langsung. Jadi supaya tak dua kali masak, saya masukkan cabe rawit merah ke dalam, siapa yg ingin pedas, pecahkan di piring masing2 😄

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......