Thursday, May 8, 2025

Redmi A5 Handphone Baru PZ Selepas OPPO A15 Diserang Virus

Assalamualaikum...

Beberapa minggu lepas, handphone lama PZ, OPPO A15 yang telah digunakan hampir 3 tahun tiba-tiba mula menunjukkan masalah pelik. Iklan muncul tanpa henti, aplikasi terbuka sendiri, dan prestasi telefon makin perlahan. SA cuba pelbagai cara, cuba factory reset, pasang antivirus, dan bersihkan cache,  tapi virus masih muncul semula. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk cari pengganti baru.

Memandangkan bajet terhad, SA dan PZ kongsi beli telefon baru. PZ keluarkan RM200 dari duit simpanannya, dan SA tambah lagi RM200. SA pilih Redmi A5, satu pilihan yang sangat berbaloi dengan harga sekitar RM400 sahaja.






 Handphone sekarang dah semakin murah..


SA beli kat AEON Nilai



Kenapa Redmi A5?

  1. Skrin besar & jelas – sesuai untuk mata orang berusia.
  2. Bateri tahan lama, tak perlu cas berkali-kali.
  3. Kamera AI walaupun telefon bajet, hasil gambar tetap nampak cantik dan “mahal”.
  4. Rekaan moden dan ringan, mudah digunakan.

PZ ni bukan jenis yang guna telefon untuk perkara kompleks. Cukup dengan panggilan, WhatsApp, dan layan TikTok, Redmi A5 memang memenuhi keperluannya.

SA sempat pesan pada PZ “Jaga elok-elok telefon ni, bukan senang nak tukar setiap kali rosak.” Walaupun harganya tak mahal, ia tetap satu pelaburan yang penting. Lagipun, zaman sekarang, handphone bukan sekadar alat komunikasi sebaliknya ia keperluan harian.

Semoga Redmi A5 ini tahan lama dan memberi manfaat sepenuhnya untuk PZ.

20 comments:

  1. Kalau dah 3 tahun pakai tu kira berbaloi jugak la kak SA, mmg dh nk kena tukar jugak kot.. tp betul la hp skrg ni dh jd keprluan dah

    ReplyDelete
  2. Eloklah kan skrin besar senang nak tengok.
    PZ macam mak akak juga layan TT.. kadang akak tidur sebelah mak, sampai ke malam dok layan ceramah agama, mistiklah, pasal haiwanlah... katanya mana yang lalu kat TT.

    ReplyDelete
  3. Wah PZ dapat handphone baru......
    Moga murah rezeki SA berbakti pada ayahandanya....

    ReplyDelete
  4. sronok PZ dpt handphone baru tu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. semoga dengan HP baru dapat memberikan semangat lagi untuk berjaya di masa hadapan.

    ReplyDelete
  6. Wahhh..Nmpk berbaloi spec dgn harga..Semoga bertahan lama...Amin

    ReplyDelete
  7. skrg ni kalau beli hp yang penting boleh call, wasap, beteri tahan lama..dah ok dah kan..
    ni nieyl pun tgh fikir nak belikan mak nieyl 1 hp sbb nak pergi umrah ni kena ada hp sorang satu, sbb semua skrg guna apps

    ReplyDelete
  8. comel je pesanan akak buat PZ. yeay, dpt hp bawuuu... tido peluk hp.

    ReplyDelete
  9. Lepas ni PZ kena rajin selfie atau update masakan la..hehehehehe..

    ReplyDelete
  10. TQ kongsi spesifikasi telefon dengan harga.

    ReplyDelete
  11. Moga murah rezeki akak lagi belanja PZ..

    ReplyDelete
  12. Betul tu Kak SA, HP sekarang dah makin canggih, tapi harga berpatutan..banyak choice dah kan..

    ReplyDelete
  13. yg sy perasan laa hp laa ni max guna 3 thn je lps tu dia akan start mcm2 ragam...

    ReplyDelete
  14. wahhhh berbaloi tu harga 400 redmi! moga elok utk PZ guna lg 3-4 tahun aminn

    ReplyDelete
  15. iklan tanpa sebab tanda2 HP dah nak out...
    moga2 HP linda bertahan lagi...nak kumpul duit sat... hihihi

    ReplyDelete
  16. moga murah rezeki kak SA...aamiin

    ReplyDelete
  17. Berpatutan harga tu, dapat handphone baru. Kalau layan tiktok, jangan klik link sebarangan. Pernah terjadi kat handphone bapa saya juga. Keluar iklan banyak. Tekan X pun, dia keluar iklan lain pula, tak henti-henti. Nasib baik boleh ok, tapi hantar ke kedai repair juga. :)

    ReplyDelete
  18. Moga lama la phone ni dapat berkhidmat dengan PZ. Screen dia puas hati juga sebab besar.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......