Wednesday, May 7, 2025

Rutin Balik Kerja Kami Suami Isteri, Movie, Jammed Dan Jajan

Assalamualaikum...

Perangai laki bini bila balik kerja..


Balik kerja selalunya sinonim dengan penat, lapar, dan... jammed! Tapi SA dan Suami dah 'upgrade' pengalaman balik kerja kami jadi lebih seronok. Boleh kata setiap kali tersekat dalam kesesakan jalan raya, kami dah ada satu rutin yang memang kami nantikan iaitu menonton movie dalam kereta!

Ya, betul. Kami siap buka Netflix atau Disney+ Hotstar, layan cerita-cerita yang buat kami lupa sekejap tentang jammed. Yang kelakar, cerita Frozen 1 & 2 pun kami layan sama-sama! Suami pun boleh hafal dialog Elsa dan sekarang asyik nyanyi lagu cerita frozen ni, walaupun dia tak nak mengaku. Kadang-kadang, kami tukar selera sikit, layan cerita seram Indonesia yang buat SA terjerit kecil dan suami gelak tengok reaksi SA...eh...adakala dia pun sama terjerit kalau ada part jump scared tu..


Antara jajan kami


Putu bambu kegemaran SA




Yang bawah ni tengok citer Cruella


Bun yang SA beli masa lunch



yang ni masa tengok Frozen 1 & 2...


cheezels fav SA


Movie terbaru yang kami layan? The Devil Wears Prada! SA yang paling semangat sebab memang suka watak-watak fesyen dalam tu. Tapi nak dijadikan cerita, walaupun SA yang lebih banyak menonton (sebab suami kena fokus memandu), dia tetap ‘join’ sekali bab komen-komen fesyen dan karakter dalam cerita tu.

Paling penting, kami tak lupa jajan! Ada masa kami siap sediakan twisties, kerepek, atau air kotak sebelum bergerak balik. Macam mini wayang bergerak pula rasa.

Bagi SA, momen-momen kecil macam ni yang buat hari kami jadi lebih bermakna. Walaupun dalam jammed, kami masih boleh cipta memori dan gelak ketawa bersama...ececeh....tercerita plak aktiviti mengekalkan hubungan ...hahahaha...

Tepat pukul 5.00 petang suami dah tunggu kat bawah sambil scroll filem untuk kami tonton..bila buat aktiviti macam ni kan..tak terasa bila terperangkap dalam jammed hari- hari...

Hari ni nak tengok cerita apa plak agaknya... 

20 comments:

  1. so true..nampak simple je kan, but tu la masa2 yg best dpt spend masa bersama..
    sweet..

    ReplyDelete
  2. wow... siap dengan jajan sekali tu....
    terbaik...

    ReplyDelete
  3. kalau linda yang drive, kena buka lagu yang linda suka dan kudapan kena ada...jenis tak boleh jammed, mula lah ngantok.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Omaigod akak still aktif blog. kagum terus. blog pun cantik.

    ReplyDelete
  5. Ini semua terjadi waktu kami otw blk KB / dlm jammed ke KB/ dr KB sis..Blk perak pun kadang2 terjadi =D

    ReplyDelete
  6. yessss moment2 cmni lah mmg jd kenangan!

    ReplyDelete
  7. putu buluh world ni feveret Datin Seri Mak Bonda juga hehehe

    ReplyDelete
  8. Nak hadap jammed mmg kena stand by food. Kena ada kudap² baru tak ngantuk hihi

    ReplyDelete
  9. Devil Wears Prada tu best juga. Cuba tengok Confessions of a Shopaholic. Best juga.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya putu bambu ni selalu beli kalau jumpa.

    ReplyDelete
  11. Dlm jem pun boleh cipta kenangan kan? bonding time ni kak SA... piknik dlm kereta, hati² kang overweight pulak... hihihi

    ReplyDelete
  12. Baguslah kan gitu.. takdelah terasa lama perjalanan.
    Akk walau dekat kadang kat traffic light pun layan KD.

    ReplyDelete
  13. Memori tercipta semasa jem. Movie prada tu best suka tenguk fesyen pakaian mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..bag2 designer segala dia bg mcm tu je kat kawan dia...agaknya in reality memang benda berjenama ni diorang dah muak pakai kan

      Delete
  14. seb baik dah pindah pluto, ambilla bumi ni kak.
    my asben, where are you??? hahahaaa. kita mmg kena fokus memandu, even nak makan kena org suapkan, habis2 kita karok sesorang. bila asben yg memandu, i is zzzZZZzzzz... keke!

    ReplyDelete
  15. Bagus Kak SA melayan HB sambil dalam jem tu...

    ReplyDelete
  16. Bab menonton tu setuju. Tp bab mengonyeh jajan tu x setuju. Haipppp brother and sista briskwalk bila mau pigi haaa?

    ReplyDelete
  17. bagus idea mcm ni
    tau2 je nanti
    ehh smpi dah
    hehehe

    ReplyDelete
  18. Baik-baik, takut tak nampak lubang kat jalanraya. Termasuk lubang, ouch! Belok rim kete. :D

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......