Thursday, July 3, 2025

Vertigo ~ Dunia Rasa Berpusing Tiba-Tiba!

Assalamualaikum....


Pernah tak tiba-tiba rasa dunia ni macam berpusing-pusing walaupun kita tengah duduk diam? Kalau pernah, haa… mungkin itu tanda-tanda vertigo! Ramai orang ingat vertigo ni cuma pening biasa, tapi sebenarnya ia lebih dari tu.

SA pernah MC gara- gara vertigo ni...dia bukan sakit kepala, lebih kepada pening dan keliling kita berpusing- pusing...nak bangun rasa nak tumbang..sebab tu SA sekarang kalau bangun dari katil kena duduk dulu dalam beberapa saat  dan dah ok baru bangun...dia x menentu ye..kadang kita dah ok bangun tapi tiba- tiba satu bilik berpusing...memang kena baring semula la nampaknya...dan memang kena cuti sebab SA akan kena dalam tempoh lama beberapa jam...

Vertigo ni dikaitkan dengan masalah dalam telinga...betul ke? jom baca info di bawah...




Apa Itu Vertigo?

Vertigo bukanlah nama penyakit, tapi lebih kepada gejala di mana seseorang rasa seolah-olah dia atau persekitaran dia sedang berpusing atau bergerak, walaupun sebenarnya tak pun. Rasa tu boleh datang tiba-tiba dan boleh jadi sekejap… atau boleh berlarutan berjam-jam.

Kebiasaannya vertigo ni berpunca dari masalah dalam telinga bahagian dalam kita yang bantu kawal keseimbangan badan. Antara punca paling biasa ialah:
  1. BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo) – pening bila ubah posisi kepala.
  2. Labyrinthitis atau Vestibular Neuritis – jangkitan pada saraf keseimbangan.
  3. Meniere's disease – keadaan kronik yang ada simptom vertigo, telinga berdengung dan hilang pendengaran.

Adakah Vertigo Merbahaya?
Vertigo jarang mengancam nyawa, tapi ia sangat mengganggu aktiviti harian. Bayangkan tengah drive, tiba-tiba rasa dunia ni berpusing — bahaya, kan? Ada juga yang sampai jatuh sebab hilang keseimbangan.

Kalau vertigo disebabkan oleh masalah saraf atau jangkitan serius, rawatan segera sangat penting.


Apa Nak Buat Kalau Kena Vertigo?

Kalau tiba-tiba diserang vertigo, jangan panik. Cuba langkah-langkah ni:

1. Duduk atau baring dengan tenang. Elak bergerak laju.
2. Pejam mata sekejap dan tarik nafas dalam-dalam.
3. Elakkan cahaya terang atau bunyi bising.
4. Jangan terus pandu atau naik tangga.
5. Minum air kosong secukupnya. Dehidrasi pun boleh buat pening bertambah.
6. Kalau kerap berlaku, jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan dapatkan ubat yang sesuai.


Jangan Ambil Ringan!

Walaupun vertigo bukan penyakit kronik, tapi bila ia menyerang, memang boleh buat hidup kita terhenti sekejap. Jadi, jangan abaikan tanda-tanda awal. Dapatkan rawatan awal dan jaga kesihatan telinga dan keseimbangan badan.

16 comments:

  1. pernah terbaca jugak psl vertigo ni haritu.. moga dijauhkanlah ha risauuu kitaa

    ReplyDelete
  2. kita sama SA...moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Dulu biasa alami.. lebih lebih lagi ketika diserang GERD anxiety

    ReplyDelete
  4. kena sentiasa bertenang bila hendak buat apa-apa.
    kita pernah kena masa PKP, agaknya lama sangat tak bercakap dgn orang lain, stress dgn kerja sekola anak masatu. rasa letih betul.

    ReplyDelete
  5. Wahhh bahaya jugak kalau berada kat luar macam ni...

    ReplyDelete
  6. Dulu tak tahu tp sekarang banyak awareness pasal vertigo ni... Wpun tak pernah kena tapi kena hati² selalu kan

    ReplyDelete
  7. Pernah sekali kena. Waktu itu sangat stress tak tidur tiga malam siapkan bahan untuk kursus peningkatan professionalisme peringkat daerah. Tiba-tiba saja dapat arahan dari orang atas. Hanya diberi tempoh 4 hari untuk buat persiapan. Mana nak kejar kerja hakiki, mana nak fikir beri ceranah, tak kan cakap kosong dan caca merba. Lepas tu doktor beri cuti sakit tiga hari dengan pesanan jangan fikir kerja, berehat betul-betul.

    ReplyDelete
  8. Bahaya juga vertigo ni. Ingat pening biasa je. Kalau kat rumah okay lagi. Kalau di luar tu, minta dijauhkanlah.

    ReplyDelete
  9. baru tau ttg vertigo ni bila tgk cerita projek bapa2, kan Ramli MS vertigo, take care arr SA

    ReplyDelete
  10. MZ pernah kena...few yrs back...sampai muntah2 sbb terlalu pening..syukur dh sembuh dan tak berulang

    ReplyDelete
  11. Pernah juga kena beberapa Kali... Alhamdulillah dah lama juga tak kena...kdg2 kena,tak boleh baring..kdang2 kena,tak boleh duduk...pernah sekali tu,dtg dengan pakej loya2 nak muntah..

    ReplyDelete
  12. Sis tak pernah kena, kalau sakit kepala biasa tu pernah, semalam sakit kepala macam nak pecah, dah tau punca sebab dah 5 hari tak minum kopi hu² .. kawan Sis sampai operate telinga vertigo ni SA ..

    ReplyDelete
  13. Semuga cepat sembuh SA. Apa pun jangan stress2. Kadang dek kerana stress boleh jadi vertigo juga.

    ReplyDelete
  14. Pernah kena sekali. Tiba2 rasa berpusing. Terus la pejamkan mata untuk lelap sekejap.

    ReplyDelete
  15. First time kena BPPV, masa tu lah baru tau vertigo dan seangkatannya.

    ReplyDelete
  16. pernah dengar pasal vertigo ni..memang x boleh amik mudah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......