Assalamualaikum...
Kita stop jap tentang SA dan makanannya, kita story plak pasal Dania. Untuk semester 4 ni Dania mempelajari ilmu penternakan pula, sebelum ni pertanian kan..Ladang ternakan yang terletak di dalam UCAM ini ada lembu dan kambing dan SA nampak besar gak kandang dan banyak jugak lembu serta kambingnya..Kandang ni sememangnya terletak dalam UCAM bagi tujuan pembelajaran kan..senang untuk pelajar- pelajar mempelajari keperluan umum dan pengurusan ternakan kambing mahupun lembu.
First, Dania dan kawan- kawannya ke ladang kambing, SA x pasti plak berapa ekor kambing kat sini dan tugas Dania mula- mula kena bersihkan kandang kambing tu. Rasanya yang jaga kandang ni pun hari- hari bersihkan kandang ni. Ye la nak bela kambing ni persekitaran kandang dia kena bersih untuk elakkan dari kambing-kambing ni dijangkiti penyakit kan..
Eh jom la tengok gambar..macam best je subject penternakan / perladangan ni...
Mari kita ke ladang hey!!!
bersihnya kamu...mata cantik
Banyak rupanya..tengok dari gambar ni kita tau kambing- kambing ni dijaga elok oleh penjaganya
Kandang kambing
Ini mungkin baka tempatan
Air bersih perlu ditukar untuk kambing2 ni minum
Bagi makan kambing, dalam bekas tu merupakan taik minyak sawit dengan palet
nampak laparnya kambing2 tu...belajar bagi makan kambing ye..selalu bagi makan kucing je kan
ni kambing baka jamnapari kot..sebab telinga panjang..ke lain...hehehe..pandai2 je SA
Dania dan groupnya
Lepas tu kena bersihkan taik-taik kambing bawah kandang
nasib baik mama dah makan tadi...hahahaha...
Selepas bersihkan kandang kambing tu...Dania dan kawan-kawan ke kandang lembu plak, menurut Dania kandang lembu ni pelajar lelaki yang handle..SA ingat diorang buat sama- sama 2 kandang tu...rupanya perempuan settle kambing, lelaki settle lembu..
gemuk- gemuk lembunya
kena bersihkan kandang, bertabah ye nak...
SA x pasti nama apa pokok ni tapi biasa nampak kat kampung orang bagi makan lembu atau kambing tapi kena kisar dan hancurkan dulu guna mesin tu
di proses dan masuk dalam guni terus
Dania dan pelajar perempuan lain pun bagi makan lembu
Bersih lembu- lembu ni..
Lalat tetap ada la kat kandang macam ni..tgok tu kat muka lembu tu...
Untuk penternakan ni SA percaya diorang mempelajari tentang teori dan juga praktikal. Sebab tu pelajar semua perlu belajar tentang penternakan moden dan pengurusan ladang..
Untuk Dania, enjoy subject ni...dapatkan pengalaman dan ilmu sepenuhnya sebab x semua orang dapat pengalaman macam awak ni, sebelum ni pertanian kan..merasa tanam sayur dan belajar tentang pokok getah, sekarang kandang kambing dan lembu plak...untuk zaman sekarang yang serba canggih ni sangat rare pelajar memilih bidang ni dan sanggup masuk ke kandang lembu dan kambing...betul tak?Tapi demi ilmu dan demi pengajian terpaksa lah masuk kandang yang korang sendiri tau bau dia macam mana kan...
Wahhh..beraninya dania...👍👍👍
ReplyDeleteYa SA memang rare la sebab hanya mereka yang betul2 minat je kan....memang tak ramai yang pilih bidang pertanian ni. Dania memang akan deal dengan haiwan nanti masuk sem baru ni. Kena belajar pasal genetik, makanan haiwan, sains pastura, kelakuan haiwan.
ReplyDeleteMacam nampak rumput ruzi untuk makanan haiwan tu.
Apa pun all the best Dania ya untuk Sem 4 ni ya.....Dania Yasmine baru nak masuk Sem 3 bulan Oktober 2025 ni.
Dapat banyak pengalaman, seronok depan mata haiwan jinak ni..dijaga rapi, dipelihara penuh kasih sayang ..tahniah ..hebat entry blog ni..
ReplyDeleteKalau ada subjek macam ni wak pun suka, tapi yang praktikallah.
ReplyDeleteYang ilmiah dah tak boleh masuk kepala otak.
Dulu itu, saya dapat scholarship dari sekolah untuk belajar Ilmu Nutrisi Makanan ternak di universitas pertanian Bogor. Tapi saya reject kak. Sebab, saya memang tak ada passion di bidang ternak 😅😅.
ReplyDeleteMakanya saluuut dengan Dania, utk belajar ini memang tak cukup hanya pandai, tapi perlu juga passion. Apalagi harus berhadapan langsung dengan ternak, bersihkan kandang, kotoran etc.
Saya lihat kotoran kambing tadi, macam merinding, Krn bulat2 kecil 😅😅. Hebaaat lah Dania 👍👍👍
syok belajar macam ni..xbosan...:)
ReplyDeleteBagus sediakan kemudahan untuk pembelajaran. Bersih betul reban kambing tu, kambing pun bersih. Tapi bab kena cuci taik tu, aduhaiii..kena bertahan lama tu. Baguslah mereka nak belajar dan minat. Kalau tak minat, tak jadi juga. Dapat pengalaman baru.
ReplyDeleteBagi makan seronok tapi bersihkan najis dia erkkk. Tapi najis kambing dan lembu ada yang buat baja tau.
ReplyDeleteHahaha ayat mama pun. Mujur ooit kambing comel2 mama. Dpt Dania share oooii lembu lagi hilang selera
ReplyDeletePokok yang dikisar tu adik ipar bagitau nama layman pokok kambing. Dia ada tanam untuk kambing²nya.
ReplyDelete