Sunday, August 17, 2025

Kopi Pekat & Nasi Lemak Sambal Udang, Sarapan Pagi Lengkap Air Tangan Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat pagi...selamat berhujung minggu semua..apa program hari ni?

Pagi ini SA rajinkan diri masak nasi lemak sambal udang setelah suami berzikir dari minggu lepas kata SA dah lama x buat nasi lemak..Bukan setakat nasi lemak kosong ya, tapi siap lengkap dengan condiments yang wajib ada iaitu telur rebus, kacang goreng rangup, ikan bilis goreng garing, hirisan timun Jepun yang segar, dan special sikit SA tambah ayam goreng tepung.

Memang penuh satu pinggan, macam sarapan pagi hari Ahad di rumah mak dulu-dulu. Lagipun masak nasi lemak mudah dan cepat kan..kalau malas manumis sambal waktu pagi boleh buat waktu malam..jimat masa dan tenaga..tapi SA pilih semuanya masak pagi ni...dah masak terus makan je...

So hari ni cheating day bagi SA...esok start semula dan makan makanan sihat ikut plan diet SA..


Sepinggan kebahagiaan...

Nasi lemak guna beras basmati dan SA campurkam halba sedikit ..

Kacang tanah dan ikan bilis goreng garing

Telur rebus

Hirisan timun jepun segar

Sambal tumis udang

Ayam goreng tepung


 Kopi 434

Nasi Lemak sarapan pagi pilihan ramai dimana-mana sahaja di Malaysia..

Bau sambal tumis yang naik dari dapur terus buat rasa rindu zaman kecil dulu, bila mak hidang nasi lemak dalam pinggan enamel putih biru. Bezanya, pagi ini SA sendiri yang jadi “mak” kat dapur..😄

Untuk melengkapkan suasana, PZ bancuh satu flusk kopi 434. Tuang ke cawan dan hirup perlahan-lahan, sambil menikmati sarapan yang simple tapi buat hati rasa tenang dan kenyang.

SA masak agak banyak juga hari ini, 2 pot setengah beras. Jadi bukan saja untuk sarapan, tapi boleh sambung makan sampai ke tengahari. Senanglah sikit, tak payah fikir lauk lain untuk lunch nanti.

Kadang-kadang, bahagia itu semudah nasi lemak panas + kopi pekat di pagi hari..kan..

Korang setuju?

Kalau korang pula, lauk wajib dalam nasi lemak yang tak boleh tinggal apa ya?

7 comments:

  1. Wah... Nasi Lemak sambal udang, ada ayam goreng tepung lagi. Sedap... sedap... Saya pun dah lama tak buat nasi lemak.

    ReplyDelete
  2. Ngam sangat tu nasi lemak dan kopi o. Sedapnya nasi lemak sambal udang lengkap dengan bahan sampingan.

    ReplyDelete
  3. Makan sampai tengahari....
    Kalau masak sendiri lauk wajib telur rebus.
    Kalau beli pilih telur goreng.

    ReplyDelete
  4. SA dah boleh jual nasi lemak dah ni. Sedapnya dia masak...
    Lauk wajib dalam nasi lemak? Sama je macam SA masak di atas. Tapi kadang, saya goreng ikan masin bulu ayam tu.

    ReplyDelete
  5. Nasi lemak ni makan bila2 pun memang terbaik la. Kalau nasi lemak ni bab kacang tu selalu saya dan Dania pass kat suami. Dia je suka kacang. Lauk2 apa2 pun ngam pair dengan nasi lemak.....

    ReplyDelete
  6. Suami kalau dah berzikir tu mmg kena la masak kan haaha.. sedap nya tgk gambar gambar ni semua.. biasa kalau masak nasi lemak mmg makan terus sampai ke malam.. tak yah masak pape dah hahahaha.. 😅

    ReplyDelete
  7. sedapnya..pakai beras basmathi nampak berderai nasi nya...nice!! kalau lauk nasi lemak, akk suka sambal tumis ikan bilis...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......