Assalamualaikum...
Kalau kita tengok drama keluarga kat TV tu biasa dah kan? Tapi filem Indonesia terbaru ni lain macam — sebab kisahnya diangkat daripada kejadian benar yang pernah jadi viral. Serius, bila tengok filem ni memang bercampur baur rasa marah, sedih, geram… semua ada!
Filem ini bukan sekadar cerita skandal, tapi lebih kepada perjalanan emosi seorang wanita yang cuba bangkit selepas dikhianati orang yang paling dia percaya.
Menyirap weyh tengok citer ni ..SA x nak bagi spoiler banyak...korang kena tengok sendiri. SA bagi sinopsis aje la dulu...
Sinopsis
Filem ni mengisahkan Norma Risma (Tissa Biani), seorang wanita yang nampak bahagia dengan perkahwinannya bersama Irfan (Yusuf Mahardika). Suaminya nampak penyayang, malah jadi menantu kesayangan mertua.
Tapi siapa sangka, di sebalik semua itu ada rahsia besar Irfan sebenarnya curang… dan yang paling tak masuk akal, dengan ibu mertua sendiri, Rina (lakonan mantap Wulan Guritno!).
Bila rahsia tu terbongkar, hidup Norma terus musnah. Dia bukan saja kehilangan kepercayaan pada suami, tapi juga rasa dikhianati oleh ibunya sendiri.
Pelakon Utama
- Tissa Biani Azzahra sebagai Norma Risma
- Yusuf Mahardika sebagai Irfan / Rozi
- Wulan Guritno sebagai Rina (ibu Norma)
- Rukman Rosadi sebagai Abdul (ayah Norma)
- Nunung sebagai Bude Fitri
- Erick Estrada sebagai Yahya
- Naura Hakim sebagai Etni
- Adila Fitri sebagai Ribka
- Neysa Chandria sebagai Firza
- Tomy Babap sebagai Fajri
Apa Yang Menarik?
👉 Lakonan mantap – Tissa Biani berjaya buat penonton betul-betul rasa simpati dengan watak Norma. Wulan Guritno pula memang jadi “watak yang buat kita sakit hati” gila-gila.
👉 Emosi sampai ke hati – Jalan ceritanya bikin kita fikir, “apa jadi kalau kita kat tempat Norma?” Memang susah nak hadap.
👉 Kisah benar – Sebab ia diangkat dari kejadian sebenar, feel dia tu lebih ‘menusuk’ dan realistik.
Kalau korang suka filem drama keluarga penuh konflik dan sarat emosi, Norma: Antara Mertua dan Menantu memang wajib masuk dalam list tontonan. Tapi hati-hati ya, jangan tengok seorang diri kalau jenis cepat emosi nanti habis tisu sekotak!
Ditayangkan bermula 31 Mac 2025 di pawagam, dan sekarang dah masuk Netflix.
Soalan untuk korang, kalau korang berada di tempat Norma, apa tindakan pertama yang akan korang buat? Terus fail cerai, bersemuka dengan suami & ibu, atau serah je pada takdir?
Share pandangan kat ruangan komen 👇
geram...mak dia pun macam takde perasaan bersalah...
ReplyDeleteSy x bleh tgk cite gini...Nnt ter-overthinking lps tu duk fikir dgn dunia nyata...=D
ReplyDeletesis selalu tengok snapshot kat fb reels masa awal2 movie ni keluar dulu.. kalau tengok sikit2 pun sis dah emosi, inikan kalau tengok full.. mau sakit jiwa dibuatnya.. huhuhu..
ReplyDeleteAllahuakbar. Kalau ahkak nak ketuk 3 kepala iaitu 1. bapak norma kerana dok jauh tinggalkan anak isteri sampaikan isteri kesunyian. Yang kedua ketuk mak dia napa dengan manantu pulak buat hal takde jantan lain ke. Lepas tu suami norma pulak ko dah ada isteri yang cantik apa tak cukup lagi ke sampaikan buat hal dengan mak mertua. hishhhh geram sungguh.
ReplyDeletepernah tgk preview nya..mcm x leh blah kan...
ReplyDeleteDalam list ni, belum start tengok.
ReplyDeleterasa macam takut lak nak tengok kak. takut terlebih emo!
ReplyDeleteDah tengok lepas tu rasa geli dengan mak dan suami dia.
ReplyDeleteeiiiii bab byk emosi ni kakmieja tak leh tengok....
ReplyDeleteBoleh pulak jadi dengan mak sendiri yek. Nanti la, nak tengok.
ReplyDeleteada nmpk org share cite ni..nanti bole tgk
ReplyDeleteMemang tak bisa saya tengok cerita tema begini kak. Saya cukup baca spoiler . Tak kuat... Overthinking, lalu emosi sangat bisa2.
ReplyDeleteGa terbayang apa yg saya lakukan saat di posisi norma.
Yg pasti cerai. Ga ada solusi lain. Jijiiik. Tp terhadap ibu sendiri, dah pasti saya akan menjauuuuh. Jangan ketemu kalau bisa. Itu bukan ibu. Ibu yg baik tak mungkin melakukan hal begitu.
Ada blog lain, entry cerita ni..jia ada kesempatan nak tonton juga tapi anak2 asyik dengan korean,,dah berumur pun tumpang sekaki..
ReplyDeletetengok ipar adalah maut pun sakit hati.. apatah lagi yang ni.. hahaha macam malas nak tengok.. mesti bertambah-tambah sakit hati..
ReplyDeletesy tak tengok lagi. tp drpd komen2 ramai kata lg 'dahsyat mencarut' kalau tgk Norma ni berbanding Ipar Adalah Maut hahahaha...
ReplyDeletekalau sy laa... mmg say good bye laa... sebabnya dua2 dah mengkhianati sy. org khianat ni tak patut ada dlm circle sy...
layannn..
ReplyDelete