Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian, kadang kita sangka anak sulung ni nampak kuat… tapi sebenarnya dalam hati dia pun manusia biasa.
Kadang-kadang orang nampak anak sulung ni macam garang, tegas, atau suka mengarah. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati, anak sulung ni cepat terasa dan cepat rasa tanggungjawab bila sesuatu berlaku dalam keluarga.
Sejak kecil lagi, anak sulung dah “dilatih” untuk jadi contoh. Kalau buat salah, cepat ditegur sebab “adik tengok”. Kalau buat betul, orang tak selalu puji sebab itu dah dianggap tanggungjawab.
Anak sulung lelaki ke, perempuan ke dua-dua ada beban yang tak selalu nampak. Lelaki mungkin rasa perlu jadi pelindung, perempuan pula selalu jadi tempat rujuk, tempat curhat, tempat ibu lepaskan beban bila nak berbicara tentang adik-adik.
Tapi tak semuanya berat. Ada juga manisnya. Bila tengok adik-adik berjaya, rasa bangga tu luar biasa. Bila dapat bantu keluarga walaupun sedikit, hati rasa tenang.
Anak sulung ni mungkin nampak kuat luarannya, tapi dalam diam dia pun perlukan bahu untuk bersandar. Kadang cuma nak dengar, “Terima kasih sebab jaga semua orang,” pun dah cukup buat dia rasa dihargai.
Kalau ada antara korang anak sulung, tepuk bahu sendiri sekarang, korang dah buat yang terbaik. Dan kalau korang bukan anak sulung, mungkin hari ni masa yang sesuai untuk hargai abang atau kakak sulung dalam keluarga.
Percayalah, kata-kata kecil pun boleh buat hati mereka rasa besar.
Begitulah.. kan. Tahniah jadi anak sulung yg tabah!
ReplyDeleteFaham dgn apa yg SA tulis ni sebab macam ni la saya tengok kakak sulung saya. Dia garang tapi baik hati dengan adik2, rajin belanja makan. Anak no. 2 kurang sikit beban tu dan banyak ikut kepala sendiri (saya la tu 🤭)
ReplyDeleteSaya anak sulung. Bab sensitif tu ya juga.....:)
ReplyDeleteKak Ngah ada sorang kakak sulung... Karektor dia sangatlah pendiam...Pendiam tapi tegas...garang pun ya..dulu dia jeling aje kita dah kecut perut...kalo A kata dia A lah.... Bila balik kg nak dengar sebutir suara dia pun susah.... Lama kelamaan bila Kak Ngah dan adik dah umur 30an baru dia berubah pelan2..dari pendiam jadi semakin terbuka utk berbual any topik..dan sekarang ni dia umur 50an n still single lagi rapat kami adik beradik (3 org n semua gegirl)..x leh putus dah hubungan kami adik beradik ni..ada hikmah disebalik semua ni..
ReplyDeleteBesar peranan anak sulung ni dalam sesebuah keluarga. Banyak berkorban pun anak sulung.
ReplyDeletesama.... ayu pun anak sulung, bab sensitif tu..yess
ReplyDeletesebak pulakkk baca...eqin ank no 2 tapi dah rasa macam ank sulung gak SA
ReplyDeleteStay strong sis...=)
ReplyDeleteAnak sulung hadir! Hehe.
ReplyDeleteSetuju....
ReplyDeleteTapi saya ni nak kata sulung ...anak no 2 tapi macam anak sulung🤭
selalu orang kata anak sulong ni manja dan berhati lembut
ReplyDeleteAnak sulung amat istimewa kerana dengan kehadirannya, tarikh lahirnya adalah tarikh kita bergelar ibu ayah.. moga sentiasa kuat dan sukses anak-anak sulung semua.. anak pertama bukan anak yang ayahnya nama sulung.. hehe
ReplyDeleteSaya anak 'sulung' generasi/batch kedua sbb gap saya dan kakak ialah 12 thn, dan gap saya dgn 3 org adik dekat2..so saya sulung utk 3 org adik saya..yg atas2 3 org dah lama settle down ie keje dan kawin masa saya dan 3 org adik masih belajar/kecik2 lg
ReplyDeleteSemoga SA terus kuat. Insya-Allah, setiap perbuatan baik ada ganjarannya.
ReplyDeleteMasa kecik² memang selalu bergaduh dengan kakak sulung, sekarang Alhamdulillah, baik² je..
ReplyDelete