Thursday, November 20, 2025

First Time SA Beratur Beli Makanan Viral

Assalamualaikum wrt...

Balik kerja semalam, SA terjebak beratur panjang beli Sambal Cheydok yang viral kat Tik Tok tu...sambal keluaran Aunihomemade HQ. Kali ni diorang berjualan di area Sikamat berdepan dengan Zemart tu...adik- adik SA dah bagi tahu SA lama dah...minggu lepas lagi..so diorang ebrtiga dah mintak tolong SA belikan sebab dekat dengan rumah...SA ingat takde la kena beratur panjang- panjang sebab masa lalu pukul 7pm tu memang xde apa lagi...rupanya masa SA sampai pukul 8 malam nak beratur tu barisan dah panjang ye...depan SA dah ada dalam 20 lebih orang termasuk Personal Shopper dan belakang SA dah panjang giler dah orang beratur...Cultural Shock SA kejap...first time ni beli makanan viral...

Jom tengok gambar...masa ni hujan gerimis..nasib baik x lama tu berhenti dah...rezeki buat peniaga la kot..cuma lama tunggu sebab PS amik order diorang dulu...


Ni depan SA


Diorang baru nak set up


Dengan bawak anak kecik dan anak kecik meragam sebab malam dan beratur lama kan...



Masa ni dah start dah dan banyak bekas dah kosong dah...SA risau je tak sempat nak beli order adik- adik SA


semua sibuk pack masuk bekas kecik- kecik yang dijual dengan harga RM10 sebekas..yang dia pack on the spot Paru Sambal je...


Nampakkk...SA dah dekat tapi banyak bekas dah kosong sebab PS banyak kan...


Ni belakang SA...ramai..ada sekitar Sikamat dan ada yang dari pelbagai tempat...


Nasib baik orang sebelah tu x buat hal macam budak kecik depan SA tu..ahahah...thanks Bie..awak sangat membantu


Masa ni sedang bz dengan group family


Pekerja sedang masukkan sambal dalam bekas2




Paru Crispy dalam bekas besar RM40 ye...bekas kecik RM10


Terima kasih sentiasa menemani..tudia...semua order adik2 SA..kalau x sayang kakak x tau la nak cakap apa



Total semua RM150 termasuk 1 bekas kecik paru crispy untuk SA


Jual sambal dan makanan viral ni boleh buat duit gak erk...no wonder la harga paru kat pasar melambung naik...SA nak open order sambal paru la kat opis nak puasa nanti...nak buat macam sebelum ni...sebelum tu nak buat tester dulu...hehehe...

1 jam lebih SA beratur malam tadi...perut dah lapar terus pi makan kat Bob Burger...SA order burger daging double dna suami makan nasi lemak ayam berempah...ditemani si Manja....nanti SA share part tu erk...lambat SA balik sebab melayan Manja...lambat jugak la SA tido malam tadi...ni petang ni balik kerja nak hantar sambal tu kat adik bongsu kat Bangi Avenue...dua adik yang lain diorang amik je la kat rumah...kagum SA orang yang boleh beratur lama- lama ni..SA ni pun sebab adik- adik mintak tolong je..first time ni...lepas ni nak cuba lagi ke beratur? hahahaha...tengok keadaan la....

15 comments:

  1. Wah, kalau SA open order sambal paru saya nak booking la. Mesti sedap 😄
    Rajinnya SA beratur nak beli sambal viral ni. Saya mmg sejenis malas nak beratur beli makanan viral. Tunggu dah tak berapa viral baru la pergi 🤭

    ReplyDelete
  2. ooo yang ni la kot anak cakap malam tadi tapi saya tak response sangat sebab tak boleh bayang sambal parunya macam mana. ramai betul orang belakang SA tu

    ReplyDelete
  3. Aduhaiiiii bercinta tau kalau kena beratur panjang macam ni sampai berjam-jam. Tak kuasa akak. Sedap sangat ke sambalnya sampai viral macam tu. Rasa nak suruh je orang tu buat siap-siap order tinggal ambil je sebekas-sebekas ikut harga. Ni nak kena tanya nak apa lah nak itu lah baru di buat mana taknya lambat

    ReplyDelete
  4. Hari tu ada kat Batu Caves tapi tak sempat nak pergi sebab tengok post lepas sehari. Rasanya orang yang sama..

    ReplyDelete
  5. sedap ker paru tu SA? i pun suka paru tp suka yg versi tak crispy sgt

    ReplyDelete
  6. Banyak jenis sambalnya tu... dapat sebekas RM10 ok lah... boleh beli beberapa jenis.

    ReplyDelete
  7. sebab kan adik2 je nie SA sanggup beratur.. kalau linda, adik beradik ke tak.. malas nak beratur lama2 gitu.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Tak tahu pulak sambal cheydok ni. Ramai betul yang beratur. Mujurlah dapat juga beli apa yang dipesan. Pengorbanan seorang kakak untuk adik-adiknya.

    ReplyDelete
  9. huu..panjangnya .. kalau saya rasanya tak lah kut, jenis malas beratur..haha. mungkin sambalnya sedap dan kena dengan selera kut tu yang ramai sanggup beratur..

    ReplyDelete
  10. wahhh sambal paru kak SA boleh pos tak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak leh la Afzan..sampai sana kang basi plak...hehehe..

      Delete
  11. Kita tak sanggup SA haha...
    Anyway kalau beli banyak gitu berbaloi la beratur. Sedap ke SA?

    ReplyDelete
  12. Sedap sangat ke semua rajin beratur tu? Panjang barisan tu memang tak kose nak menunggu. Tapi demi adik2 berkorban la jugak kan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......