Tuesday, November 25, 2025

Lepaskan Dan Jauhkan Diri

Assalamualaikum....

Saje nak meluah sikit...SA baru masuk office hari ni...mood sedikit kelaut...SA suka ayat- ayat kat bawah tu...ayat tu sangat kena dengan SA dan apa yang SA hadapi ketika ini...ikutkan SA x pernah tunjuk apa yang SA rasa..tapi tak baik untuk disimpan...tidak bagus untuk kesihatan...tidak bagus dalam pergaulan...sudahnya lepaskan aje...jauhkan diri dan cipta moment indah dengan orang yang menghargai...tak mati takde kawan, SA ok je...dah biasa sorang....dan dah biasa xde bff..


Ada satu masa dalam hidup di mana kita bukan lagi marah, bukan lagi kecewa, bukan lagi tercarik emosi.

Kita cuma letih.

Sampai satu titik, hati pun diam. 

Bukan sebab marah atas perbuatan mereka, sebab rasa marah pun tidak ada lagi dah, tapi sebab kita tahu kita tak mampu buat apa-apa lagi.

Waktu itu, doa yang kita langitkan adalah, 

“Ya Allah… uruskanlah mereka.”

Bukan sebab kita benci. Bukan sebab kita nak balas.

Tapi kerana kita sedar, urusan manusia tak semua mampu disentuh dengan tangan sendiri.

Ada urusan yang kena serah kepada Tuhan.

Supaya Dia yang timbang, Dia yang nilai, Dia yang balas dengan cara yang paling tepat.

Doa “Ya Allah, uruskanlah mereka” adalah doa orang yang sudah melepaskan.

Yang tak mahu menyimpan dendam, tapi juga tak mahu terus disakiti.

Doa ini adalah garis terakhir antara mempertahankan diri dan menggadaikan hati.

Melepaskan kepada Allah adalah satu-satunya cara untuk hati kita terus hidup.

9 comments:

  1. Takde kawan or takde BFF pun takpe Kak SA...kita hidup je to the fullest dengan orang keliling yang menghargai kita je...kita ikut cara yang kita prefer, tak payah nak jaga hati orang lain lagi dah..free n easy...cuma faham..sekali sekala memang akan terasa..i feel you Kak SA...tapi in sha Allah we will be OK🥰....

    ReplyDelete
  2. Laaa....what happen SA? Moga baik2 ajer ya.....kita kawan dengan orang yang menghargai kita je SA. Yang tak menghargai tu kita bye bye kan ajer. Pernah ada seorang kawan dulu masa belajar....dia orang tak senang....ibu ayah dah bercerai. Sanggup jalan kaki dari Chow Kit tu (sebab rumah dia area berdekatan) untuk teman dia sama-sama ke Perhentian Putra tempat tunggu bas nak ke Terengganu. Ikutkan family saya boleh hantar saya terus ke Perhentian Bas je....papa saya belanja tiket bas Business Class untuk kami sama2 balik Terengganu. Bila habis belajar dia buka kedai. Dia mintak tolong tengok2 kan kedai dia...ya saya bantu juga. Free je ya tak dibayar. Masa tu nak travel Damansara ke S*** **** tu dalam 30-40 minit ya. Tak berkira saya bab minyak tol semua. Nak bantu katanya. Lepas tu dia keruntuhan rumahtangga pulak. Dia cari kita ni nak meluah. Siapa yang menangis teruk??? Saya jugak. Menyesal pulak rasnaya menangis beriya camtu...huh....

    Fast forward....saya keluar group whatsapp atas sebab sebab tertentu. Kemudian ada reunion. Lepas tu dia cakap tak payah la ajak Ezna tu sebab dia bla bla bla. Saya tak diajak.....ohhhh bila time dah senang semua kita yang ada time dia susah dilupakan ya???. Ok since that day saya buang terus contact dengan dia social media semua. Sedih sangat rasanya SA. FB, TT, IG semua tak follow dah. Oh ya phone number pun blocked. Janji hati tak tersakiti lagi.

    Maaf terpanjang. Dalam kita berkawan ni macam2 jenis kawan SA...yg dianggap baik pun kadang2 boleh menyakiti hati kita. Kita cari kawan yang tahu menghargai kita. Kalau masuk circle yang salah memang kita ni orang tak nampak tapi bila masuk circle yang betul....orang akan nampak kita dan menghargai kita....

    Saya doakan yang baik2 untuk SA ya.

    ReplyDelete
  3. Agreed..Ketenangan dtg dr diri sndiri...Bkn dr org sekeliling...

    ReplyDelete
  4. you do you kak SA.. luar kita boleh ada kawan yng gelak2 tapi bila kita sedih, kita menangis kadang2 org jauhkan diri dari ktia. takpelah...

    ReplyDelete
  5. Betul kak, dana dah pernah rasa . Ada bff pun tak guna masa senang je bila susah hilang. Sekarang ada kawan tak ramai tapi menyenangkan. Hari cuti memang dana cuma dengan family je. Kita jaga hati kita je kak...

    ReplyDelete
  6. Ye, lebih baik tak ada bff. Tak sakit hati. Lebih baik menjauhkan diri daripada tersakiti. Hidup ni kita nak tenang-tenang je.

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar...semuga yang baik-baik saje buat SA. Betul tu lepaskan je . Insya Allah semuga Allah datangkan orang yang baik-baik nanti. Pinggan tak retak nasi tak dingin orang tak hendak kita tak hingin.

    ReplyDelete
  8. Semoga yang baik² je untuk kak SA.. yessza, Linda pun memilih untuk takde BFF... Malas nak pening²...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......