Assalamualaikum wrt...
Sebelum ni SA beli dessert kat Paris Baguette kan...kali ni kita beli kat tempat lain la....memandangkan meeting petang so kita amik dessert yang manis- manis semanis orang yang beli untuk bagi mood meeting naik...x ramai pun meeting ni..ada 4 orang je...
Milk & Barley ni terletak di Lower Ground Floor sebaris dengan Bread Story...mulanya SA masuk Bread Story..xde apa yang menarik...so masuk la sini plak..banyak betul yang menarik akt sini..siap S boleh makan tester lagi..bagai orang mengantuk di hulur bantal kan...SA rasa la 2-3 tester...melampau nak rasa semua...
Milk & Barley ialah sebuah bakeri di Malaysia yang terkenal dengan stesen susu layan diri dan falsafah "fresh, never overnight". Ia menjual pastri iaitu Tart yang dibakar segar setiap hari bersama susu segar, dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di NU Sentral, Berjaya Times Square, dan The Curve.
One Bite Big Joy katanya
Pistachio tart
Kunafa Choco tart
Choco Mochi
Lotus Biscoff
Oreo Choc
Golden Cheese
Crispy Egg Tart
Tiramisu Tart
Strawberry Yogurt
Snowball Strawberry Mochi
Snowball Choco Mochi
Adik tu tengah potong tester utk SA
Menarik la kat sini...Cosy je
Ni yang SA beli selepas dapatkan persetujuan dari boss...
Buy 5 free 1...
1 pcs tart RM9.30 kecuali yang Crispy Egg Tart tu RM7.30
Kalau x sebab meeting la kan..xde la SA tau kedai- kedai baru dalam NuSentral tu...banyak je kedai menarik...masa i nampak Watson Pink tapi x dan la nak pi jenguk..time kerja kan..kalau time rehat lain citer...sesekali boleh la layan tart kat Milk & Barley ni...tengok harga tart la kan...biasa SA akan cari Hokkaido Cheese Tart kalau SA nak makan tart...tapi takde plak kat NuSentral ada kat Mid Valley paling dekat ngan SA...sekarang Hokkaido Baked Cheese Tart adalah sebahagian daripada Kumpulan Secret Recipe. Ia bukanlah sebuah usahasama (JV) yang berasingan, sebaliknya ia adalah jenama di bawah payung syarikat yang sama so senang la nak dapat kan HCT...kat setiap outlet Secret Recipe ada...just kena ingat sesekali je boleh makan...x leh selalu....awak tu keturunan yang manis- manis sampai boleh potong kaki so kena la jaga....ye tak?
Semoga yang meeting kang happy la dengan apa yang SA beli..
Selamat ber meeting...















tak pernah beli lg tp kalau lalu suka baunya
ReplyDeletesedapppp hehehe
menarik tgk aneka jenis tart tu
ReplyDeleteya ampun, nampak sedap semua kak
ReplyDeleteKalau akak tak cari desserts ni, saya pun tak tahu kewujudan milk & barley ni. Menarik dia punya desserts comel-comel je. Nampak semua sedap pulak tu. Harga umangaii boleh tahan juga ye.
ReplyDeleteSaya pun sama, kalau teringin cheese tart mesti cari Hokkaido Baked cheese tu. Ada banyak perisa juga.
Manis-manis tak boleh makan selalu. Sesekali bolehlah. Risau betul ada manis-manis ni.