Wednesday, November 26, 2025

Nanas Dan Khasiatnya, Cara SA Makan Nanas

Assalamualaikum wrt....

Terdapat pelbagai buah-buahan tropika yang kaya dengan manfaat, antaranya adalah buah nanas.

Korang suka makan nanas?

Nanas bukan sahaja sedap dan menyegarkan, tapi juga penuh dengan kebaikan untuk kesihatan. Berikut beberapa manfaat utama makan nanas:

  1. Tinggi Vitamin C – Membantu meningkatkan sistem imun, melawan jangkitan, dan menyokong kulit sihat.
  2. Mengandungi Enzim Bromelain – Membantu penghadaman protein, mengurangkan keradangan, dan boleh membantu mengurangkan sakit sendi.
  3. Sumber Antioksidan – Melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel, sekaligus membantu melambatkan penuaan.
  4. Meningkatkan Kesihatan Pencernaan – Kandungan seratnya membantu melancarkan pembuangan air besar dan mencegah sembelit.
  5. Menyokong Kesihatan Jantung – Kandungan vitamin C, kalium, dan antioksidan membantu menjaga tekanan darah dan kesihatan jantung.
  6. Membantu Turunkan Berat Badan – Rendah kalori, tinggi air, dan serat membuatkan rasa kenyang lebih lama.
  7. Menambah Tenaga Semula Jadi – Gula semula jadi dalam nanas memberi tenaga cepat tanpa terlalu membebankan tubuh.


Cara SA makan nanas, cicah dengan cili kicap...sedapppp...tukang kupas of course la PZ, SA x pandai kupas nanas...

Resepi cili kicap: Kicap +gula sesudu besar+ cili api 6 ulas+sedikit belacan (campur semua dan pecahkan cili)


Berikut senarai jenis nanas yang popular dan sering ditemui di pasaran:

  1. Nenas MD2 (Golden Pineapple / Nenas Emas)

    • Rasa manis, kurang masam, tekstur rangup.

    • Warna kuning keemasan.

    • Popular kerana sesuai dimakan segar dan untuk dijadikan jus.

  2. Nenas Josapine

    • Gabungan antara nenas “Queen” dan “Smooth Cayenne”.

    • Manis dengan sedikit rasa masam.

    • Tekstur lembut dan berair.

  3. Nenas Queen

    • Saiz kecil hingga sederhana.

    • Rasa lebih masam manis.

    • Kulit kekuningan dengan mata yang lebih kecil.

  4. Nenas Cayenne

    • Rasa manis dan sedikit masam.

    • Tekstur agak berair dan lembut.

    • Biasanya digunakan untuk jus atau dimakan segar.

  5. Nenas Sarawak

    • Popular di Malaysia, saiz sederhana.

    • Rasa manis sederhana, sedikit masam.

    • Sesuai untuk dimakan segar atau dimasak.


SA paling suka nanas MD2...sebab bila makan x lidas lidah...banyak jus, manis dan crunchy jugak...

Nanas MD2 ialah varieti nanas premium yang popular dan ia mempunyai ciri seperti isi berwarna keemasan, tekstur rangup, dan kulit nipis yang mudah dikupas, serta kadar gula antara (13-18) darjah Brix. Nanas ini mempunyai potensi eksport yang tinggi dan boleh memberikan hasil lumayan kepada pengusaha pertanian. (info:wikipedia)

Panggilannya Nenas ke Nanas?

Confuse plak SA kat situ....

7 comments:

  1. Sedapnya nanas 🤤 dulu masa kecik2 tak reti makan nanas, dah besar suka pulak. Favourite saya pun nanas MD2 tu. Sama la kita SA, tak reti kupas nanas. Kalau beli nanas kena tunggu suami kupaskan sbb bapak mertua ada kebun nanas jadi dia dah biasa kupas nanas hehe

    ReplyDelete
  2. Panggilan yang betul Nanas tapi dari dulu saya sebut Nenas. MD2 ada ditanam di UPM. Boleh dibeli jugak. Kalau kat tempat SA tengok bunga tu depan sikit je lagi tempat dia jual nanas, jagung dan cendawan.

    ReplyDelete
  3. Nanas MD2 memang tak tajam di lidah dan rasanya lazimnya manis. SA boleh la datang ke Saudagar Nanas Agrofarm di Kg Sg Merab Luar. Ada MD2 jugak kat situ. Memang dekat sangat dengan Experiment Kitchen. Lalu Experiment Kitchen dulu baru Saudagar Nanas Agrofarm yang terletak atas bukit.

    ReplyDelete
  4. Nenas bagus. Ahkak pun suka makan cecah kicap cili. Kalau dapat yang manis kupas makan ramai2 sekajap je abis

    ReplyDelete
  5. Nanas manis makan macam tu je ..kalau lidas, Linda tabur garam..hihi...boleh la kupas nanas, tapi mcm tak lawa je.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Saya suka nanas tapi tak elok pulak makan selalu sebab manis. Suka nanas manis MD2 atau nanas madu atau baby pineapple. Cicah dengan sambal kicap gitu sedap kak. Kecur air liur.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......