Assalamualaikum wrt...
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (16 Disember 2025) mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan Perdana Putra di sini.
Pelantikan itu adalah langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.
Rombakan Kabinet sulung Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.
Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan 28 lantikan termasuk menteri dan timbalan menteri serta pertukaran portfolio bagi beberapa kementerian.
Berikut senarai kemaskini terbaru menteri dan semua porfolio kerajaan Madani.
Secara keseluruhan, rombakan ini bukanlah perubahan besar-besaran dalam struktur kerajaan tetapi lebih kepada penambahbaikan fungsi Kabinet dan mengisi kekosongan portfolio bagi memastikan pentadbiran lebih efektif menjelang cabaran semasa.
PM Anwar sebelum ini menyatakan bahawa rombakan besar tidak dirancang, namun kekosongan di beberapa jawatan menyebabkan penstrukturan semula perlu bagi memastikan kesemua portfolio diisi dan berfungsi sepenuhnya.
Upacara angkat sumpah barisan Kabinet baharu dijadual di Istana Negara sehari selepas pengumuman, dan Kabinet akan memulakan mesyuarat rasmi selepas itu.
Kenapa SA perlu tahu details rombakan ini?
Sebagai seorang secretary, SA percaya mengambil tahu tentang rombakan ini bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi melatih diri untuk sentiasa bersedia. Kerana profesionalisme kadang-kadang bermula daripada perkara kecil yang kita ambil peduli.


Rombakan kecil kan.....cumanya Marhamah Rosli ni...beliau memperjuangkan untuk Zara Qairina.....
ReplyDeleteye betul, rombakan kecil dan ada menteri yang dah xde portfolio dah...
Deletepetang semalam sempat juga mengikut siaran langsung pengumuman..
ReplyDeletekementerian nieyl masih lagi menteri yg sama hehehe...apa yg boleh dikatakan dan diharapan sebagai rakyat, Negara yang aman, kebajikan rakyat di utamakan..
Betul tu...akak setuju
DeleteSebagai rakyat biasa atau surirumah mcm PH pun kena cakna juga SA... Hal² politik ni tidak dapat tidak kesannya kena pada setiap org; polisi, akta dsbnya tu kan
ReplyDeletebetul tu PH, bukan termaktub untuk mereka yang bekerja aje kena tau kan...semua pun kena cakna
Deletemoga2 semua yg baru dilantik akan menunaikan amanah yg diberikan dgn penuh integriti
ReplyDeleteKementerian akak dapat timbalan menteri baru perempuan
ReplyDeleteCuya amik maklum kak.. Thank you sharing
ReplyDelete