Wednesday, December 17, 2025

Sarapan Pagi Dengan Encik Suami..

Assalamualaikum wrt...

Hujan turun sepanjang malam, membawa sampai ke pagi, sejuk betul pagi ni..mandi pun air rasa macam air batu. Terjerit kecil SA pagi tadi...selalu SA x pernah rasa sejuk kan...Bunyi titisan hujan kat tingkap macam muzik latar untuk permulaan hari yang slow dan tenang. 

Siapa suka dengar bunyi titisan hujan?

Kebetulan hari ni suami cuti. Jadi pagi ni dia hantar SA ke tempat kerja. Perjalanan pagi ni dalam hujan memang lain la..dengan jalan basah, lampu kereta pantul kat jalan dan kami berdua banyak diam sambil layan momen.. risau pun ye jugak sebab bahaya memandu dalam hujan yang lebat, tak boleh laju sebab air banyak bertakung kan..tapi tu la..lori dan bas laju betul..sebab tu kena hati- hati...sempat la SA lelap sekejap..

Lepas Tol Sungai Besi, SA terjaga..

Suami tiba-tiba bersuara sambil mata focus ke jalan.

“Awal gila kita sampai ni. KL pun baru nak bangun,” dia cakap.

SA gelak kecil. “Tak pe lah, kita pretend macam orang KL rajin bangun pagi.”


Kami sampai KL lebih kurang jam 6.40 pagi. Awal gila, memang awal sangat. Bandar masih sunyi, trafik pun belum sibuk. Suami pandang jam kat dashboard dan terus bagi cadangan yang SA dah agak. Dia teringat la tu moment sebelum dia mula kerja dulu..hari- hari kami minum kat kedai mamak yang sama...

“Ni mesti u nak ajak sarapan mamak kan?”

SA senyum. “Eh, u yang suggest tu kan.”


Roti telur of course untuk SA


Roti kosong untuk suami


Nescafe O Panas


Gebu roti canai dia


Lately ni jerawat banyak muncul di muka...stress kot..
 

Kami singgah kat kedai mamak yang biasa. Lampu terang benderang, meja-meja banyak kosong, dan bau kopi panas terus sambut kami. Suami buat muka puas bila roti canai sampai.

“Ni baru breakfast orang cuti,” dia cakap sambil koyak roti.

SA pandang dia, “Kalau lambat, memang tak sempat nak rasa comfort pagi ni.”

Dia buat muka serius sekejap, lepas tu gelak. “Hujan macam ni, sarapan mamak memang the best. 

Nescafe O panas, roti canai garing luar lembut dalam, hujan masih setia menemani pagi. 

Sarapan ringkas, tapi cukup buat hati rasa tenang.

Sampai office kerja dah melambak tunggu...tapi sekejap aje SA settlekan...terus rasa cemburu dengan suami yang cuti hari ni..banyak urusan dia nak buat tu....biarlah dia menikmati cutinya dengan aman...next week SA plak cuti...

7 comments:

  1. Kalau cuti sekali lagi best kan SA tapi takpe...makan roti canai bersama pun dah ok....terliur pulak nampak roti telur SA tu haa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA banyak kerja plak hari ni tu yang x dan nak cuti tu

      Delete
  2. Breakfast roti telur mmg surrr pagi2.. Lama tak jengan blog akak.. rindunyee

    ReplyDelete
  3. bestnya cuti! MZ rasa mcm nak amik cuti la jugak jumaat dpn...sbb dh start cuti sek kan dan sbb cuti krismas jugak ari khamis tu

    ReplyDelete
  4. Memang nikmat, sarapan awal pagi. Ingat mamak, ingat tosei (saya la tu).
    Saya suka dengar bunyi hujan, kadang leh termenung tengok hujan turun dari cucur awning garaj. Guruh je syeram.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki awal pagi. Selalu kalau hujan syok nak tido ajer.
    Air kalau sejuk memang menggigil

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......