Wednesday, December 3, 2025

Sarapan SA Hari ini 3 Disember 2025

Assalamualaikum wrt,

Selamat pagi semua...

SA sampai awal hari ni kat office...belum 7.30am SA dah ada kat cubicle SA..letak handbag lepas tu SA terus turun bawah beli sarapan..cadangnya nak beli mee goreng sekali tu kan mee goreng x menarik so SA beli la bihun...

Ambik bihun, sambal skit dan telur goreng RM5. Esok amik yang sama sure berlainan harga...hahahaha



Bihun goreng+ telur mata+ sambal RM5


Nescafe O no sugar


Today's look


Hari ni untuk lunch SA bawak bekal macam biasa...nasi dan lauk ikan talapia goreng bersantan..x tua la menu mana Dania ikut..dia la masak semalam..sekali 2 lauk ikan dia masak..ikan talapia tu pedas so atuk x boleh makan...lepas tu dia masakkan atuk dia ikan tenggiri masak singgang...nanti SA update la next entry...

Happy working semua bagi yang bekerja..buat kawan- kawan surirumah dipermudahkan urusan rumahtangga...

Jangan lupa sarapan ye...

9 comments:

  1. Sama la kita pg ni sarapan mihun goreng...swlamat bekerja juga

    ReplyDelete
  2. Boleh pulak hari lain harga lain ek. Macam-macam lah peniaga ni. Tapi bihun goreng ada sambal tu yang buat lagi sedap makan. Baguslah Dania ada tolong masak, ada lauk extra boleh buat bekal. Rajin dia memasak pun.

    ReplyDelete
  3. wahhh rajin dah dania masak sekarang ni.... mudahla akak

    ReplyDelete
  4. Hari ni Linda beli mihun goreng dekat kafe..pergi tadi, takde orang beratur..terus lah beli..kalau ramai, tak beli . Hahaha..

    Mihun, telur mata, sambal + nescafe ais RM7.

    ReplyDelete
  5. Done sarapan nasi goreng dengan suami.

    ReplyDelete
  6. Nice...Simple tapi bleh buat sy kenyang =)

    ReplyDelete
  7. Rajinnya Dania masak. Bagus betul..
    Tempat sama, makanan sama, harga berubah ubah. Kadang peniaga pun confuse nak bagi harga berapa. Main sebut je.. lagi lagi kalau ramai orang. Otak pun main congak je.

    ReplyDelete
  8. Kan, esok try ambil lain pula harganya ye, pandai dah Dania masak untuk mamanya..

    ReplyDelete
  9. muka SA nampak fresh dan berseri2 laaa

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......