Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua kawan- kawan...yeay akhirnya it's Friday and Friyayyyy...esok cuti dah...boleh rehat lama- lama...pagi ni SA sampai office pukul 7.15am...menonong je jalan sampai office...otak ni berlegar-legar memikirkan Allahyarham Dato' Bung Mukhtar yang dikhabarkan telah kembali ke Rahmatullah akibat kegagalan buah pinggang...antara percaya dan x percaya tapi kena percaya...sudah sampak ajalnya...Innalillahiwainnailaihirojiun...Al-fatihah...salam takziah buat seluruh ahli keluarga...
Hari ni SA x bawak bekal...ada sebabnya...nanti SA citer next entry...
Lambat SA turun cari sarapan...SA decided nak beli cucur je...x tau la cucur apa, ada sayur2 dan ada rasa udang kering tapi sedap..3 biji RM1, SA beli RM2 dan ada rezeki tambahan ada orang sedekah kuih keria, akak tu suruh ambik je berapa SA nak...SA amim la 3 ketul..
Kuih keria yg org sedekah
Cucur apa x tau la nama dia...x de plak tanya tadi...amik je..
Sos untuk cucur tu...
Beli gak mee goreng tp dari kedai lain.. Rm5.50
Nescafe O no sugar
Today's look...hari ni pakai tunic bohemian ni..tudung kelabu mana ntah x jumpa capai je tudung ash blue ni
Mee goreng tu x usik lagi sebab dh kenyang...makan tengahari nanti la...hari ni walau rehat panjang, SA x keluar kot...hujan..malas la..tido and tgok Kdrama lagi best kot....hehehe...ntah bila nak habis citer Love Contract tu ntah..citer dia best...heroin lawa giler si Park Min-young dan hero Go Kyung- pyo dan Kim Jae-young. Muka hero Go Kyunh-pyo tu macam Nubhan tp versi badan berisi skit...Nubhan kurus...ada lagi 3 episode nak kena tengok...
Okey la korang...kita jumpa next entry ye...






Morning sis..Cucur kucai kot =)
ReplyDeletehari jumaat memang hari yang gembira..saya pun senang hati haha.. terliur pula kat mee goreng, ada pulak telur mata, memang lengkaplah
ReplyDeleteterkejut juga baca berita bung mukhtar dah meninggal, baru je menang pilihanraya minggu lepas, tak sangka ajal dia dah sampai. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Happy working kak SA!
ReplyDeletehi... happy friyeyyyyyy
ReplyDeletekuih keria tu dapat kat saya.. habis tu.. yummyyy
ReplyDeleteSeronoknya hari Jumaat sebab esok boleh bersantai-santai gitu. Terkejut juga baca berita tu pagi ni. Al fatihah...
ReplyDeleteLama rasa tak makan kuih keria klasik ni.
Oo kedai ni mahal sikit 50 sen dari kedai semalam ek. Tak tengok pulak drama ni.
sarapan dgn makanan yg ringan2 je. Lain la dgn sy org Kelantan ni. Kalau sarapan selalunya pekena nasi.
ReplyDeleteHari Jumaat kebiasaannya memang membahagiakan sebab akan ketemu weekend๐ Al-Fatihah untuk arwah Bung Mokhtar. Best ke SA cerita Love Contract tu? KSarie tak tengok-tengok lagi
ReplyDeleteTu la pagi tadi buka je Fb terus nampak berita arwah Bung Mokhtar. Mulanya ingatkan macam khabar angin je. Rupanya betul. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Bertebaran kisah kebaikan arwah.
ReplyDeleteMZ singgah sini ari sabtu mlm :) BW ni mlm2 sbb siang hari kuar ronda2
ReplyDeleteCucur dan sos itu fav laaah ๐๐. Awal2 saya pikir itu donat salut gula kak. Ternyata kue keria yaaa.
ReplyDeleteEh live contract bagus kah? Saya masih penasaran dengan endingnya dulu . Kalau happy ending, baru nak nonton ๐
ammi tengah tengok Empress Ki...tapi berminggu2 dah tak habis2. tengok 20minit pastu ternguap2 ngantuk
ReplyDeleteKuih Keria tu yang terpaling menarik Kak SA hihi
ReplyDelete