Assalamualaikum wrt...
Semalam balik kerja sejurus SA keluar dari office hujan lebat betul...nasib baik naik MRT so xde la kena hujan ke apa..dengan xde payung apa segala kan..hujan lebat betul..sampai Kajang lagi lebat..x pernah experienced hujan lebat melampau..suami plak dh sampai..lencun gak la SA masa nak masuk kereta..sejuk giler dibuatnya...
Jalan sedikit jammed sebab kereta banyak slow..air dah mula banyak bertakung kiri kanan jalan..memang kena cepat...lepas aje dari KTM UKM Bangi ingat dh ok..kat area Alamsari tu...air dah mula naik...redah je la sebab x tinggi lagi...x pernah-pernah hadap banjir kilat kan...nasib baik lepas...
Residensi Adelia rumah Acu pun x nampak sebab hujan lebat
Ini area Alamsari
Dengarnya hari ni bakal hujan lagi..tapi harap sangat la x hujan..setakat waktu ni masih lagi terang benderang langit ni...semalam hujan lebat dua laluan kat MRT Kajang tu dinaiki air..nasib SA dan suami cepat..sebab lepas je kami gerak tu ramai yang sangkut....lambat sikit je confirm kereta dalam banjir walau air x tinggi macam kat area Titiwangsa...
Syukur selamat...


Ada nampak juga orang share kat MRT Kajang air naik tinggi. Mujur juga cepat akak balik. Banjir kilat ni kalau dah naik tinggi tak dapat nak lalu. Kena tunggu air surut juga. Harapnya tak hujan berterusan lah. Pagi ni Seremban cerah elok je kan. Petang ni mendung dah. Macam nak hujan pun ye.
ReplyDeleteHati-hati sokmo tau SA. Sekarang ni memang unpredictable betul banjir ni. Semoga selamat semuanya. Harap cuaca yang mendatang semakin baik😅
ReplyDeleteAlhamdulillah...selamat memang hujan lebat betul
ReplyDeleteMinggu ni kat Lipis kejap hujan lebat, kejap panas. Cuaca tak menentu.
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah SA cepat gerak...
ReplyDeleteSemalam sekolah anak2 air naik lagi, Greenwood pun sama tapi syukur PH dah ambil diorg on time, belum hujan jadi selamatlah. Cuma kesian ramai yg tersangkut :(
Alhamdulillah.. nasib baik cepat. Kat KL/Selangor ni lambat sikit je boleh terkandas banjir kilat.
ReplyDeletesekarang musim hujan dah tak menentu,KL pula yang kerap hujan sekarang kan..biasanya akhir tahun ni pantai timur dah musim tengkujuh ni elok cuacanya
ReplyDeleteNasib baik cepat gerak. Pada 5 Dec 2025 ni kat UPM hujan lebat, angin kuat, kilat sabung menyabung. Pokok ada yang tumbang....scary SA.....
ReplyDeletesyukur SA tak stuck dlm banjir. kat area gombak pun ada jugak banjir kilat esp area tepi sungai gombak..syukur MZ tak kena...memang sgt risau bila hujan lebat dan MZ plak masih OTR time hujan (time balik keje)
ReplyDeleteAlhamdulillah, SA dan suami selamat.
ReplyDeleteLepas air naik atas jalanraya, dan bila air surut, sana sini, jalanraya berlubang pula. Huhu..
Ammi balik kerja hari Khamis haritu tak ingat pulak hujan ke tidak..tp bila tengok video banjir kat Chow Kit tu ammi macam ehhhh ini betul2 ke AI? Zaman sekarnag semua benda nak diAI kan
ReplyDeleteSekarang nih takuuut kalau hujan dah lebat sangat 😔. Kuatir banjir atau longsor lagi
ReplyDeleteMujur cepat. Kalau hujan je memang kena cepat-cepat balik.
ReplyDeleteAir naik camtu lah biasa kat jalan ke ofis.. aihhh.. risau.
Rasanya Kajang memang hotspot banjir kan Kak SA...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan yang terkesan dengan banjir, Aamiin...